Para Utusan Allah (petanda kiamat) episod 3

Surah As-Syura ayat 7
وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنْذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لَا رَيْبَ فِيهِ فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ
Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka.
Surah Al- Anbiya' ayat 73
. وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً
يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖوَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ
Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.
1. Tujuan Allah mengutuskan para nabi dan Rasul.
Allah menjadikan Adam AS dan Bani Adam sebagai khalifah. Antara maksud khalifah adalah wakil Allah di muka bumi. Tafsirannya adalah, Allah mengutuskan Adam AS dan Bani Adam adalah untuk memakmurkan bumi berdasarkan kehendak Allah.
Bagi memastikan utusan Allah melaksanakan tugas tersebut, maka Manual, Panduan dan Peta perlu diberikan kepada manusia.
Untuk menghidangkan manual ini, Allah utuskan para rasul yang tidak terkira banyaknya.
Yang wajib kita imani adalah 25 rasul.
Surah Al-Baqarah ayat 38
قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ.
Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".
Ketika Allah mengarahkan Nabi Adam, Hawa dan iblis turun ke bumi.
Itulah yang dimaksudkan sebagai peta Allah, manual Allah yang dirangkumkan sebagai "huda" untuk ia sampai kepada kita.
Mesej utama Rasul dari Nabi Allah Adam hingga Nabi Muhammad SAW ada terkandung di dalam surah An-Nahl ayat 36.
وَلَـقَدۡ بَعَثۡنَا فِىۡ كُلِّ اُمَّةٍ رَّسُوۡلًا اَنِ اعۡبُدُوا اللّٰهَ وَاجۡتَنِبُوا الطَّاغُوۡتَ​ۚ فَمِنۡهُمۡ مَّنۡ هَدَى اللّٰهُ وَمِنۡهُمۡ مَّنۡ حَقَّتۡ عَلَيۡهِ الضَّلٰلَةُ​ ؕ فَسِيۡرُوۡا فِىۡ الۡاَرۡضِ فَانْظُرُوۡا كَيۡفَ كَانَ عَاقِبَةُ الۡمُكَذِّبِيۡنَ
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
Apakah 'taghut'?
Ada ulama mentafsirkan "taghut" sebagai iblis dan syaitan.
Ada ulama mentafsirkannya sebagai segala bentuk kesesatan. Kesesatan yang wujud dahulu atau kesesatan hari ini. Dalam bentuk liberal, pentafsiran islam secara liberal, dalam bentuk pergaulan bebas, homoseksual dan sebagainya. Itu semua "TAGHUT". Maka, perkara ini haruslah dijauhi.
Itulah tujuan Allah utuskan para Rasul. Supaya manusia hidup sebagai khalifah yang ada manual. Dan manual ini datang mestilah daripada Allah.
Untuk ia datang dari Allah, Allah lantik para rasul sebagai utusan. Iaitu pemimpin lantikan Allah.
2. Walaupun manual telah pun ada, sistem telah terbentuk, wahyu Allah telah disampaikan, tetapi kenapa wujudnya penentangan manusia kepada utusan Allah?
Ada 2 punca utama :
A. Punca dari seumpama yang ada pada iblis. Bila Allah bercakap tentang keingkaran iblis, Allah mengatakan " dia ingkar dan dia sombong.
Sombong ini, antara penyebab sebahagian manusia menolak manual yang Rasul bawa.
Sombong dengan " aku diciptakan Allah dari api, Adam dari tanah. Aku lagi hebat". Masyarakat pula sombong disebabkan "kami ini bangsawan. Rasul kamu ini manusia biasa, bukan bangsawan". Sombong. Menyebabkan mereka menolak. "Keturunan kami juga hebat hebat. Pemikir juga, takkanlah ajaran datuk, nenek, moyang kami silap".
Jadi, kesombongan melahirkan fanatik, fanatik menghasilkan penolakan.
B. Mereka cuba melihat kelemahan rasul rasul. Rasul kita yakini sebagai maksum, tetapi mereka masih manusia. Tetap ada kelemahannya, maka sebahagian rasul ini tidak sepatutnya rasul, jika dia rasulullah, tidak sepatutnya dia membeli makanan di pasar pasar. Tidak sepatutnya dia sakit. Jadi, mereka melihat kelemahan rasul sebagai jalan asas untuk menolak.
Dalam surah al-anbiya ayat 73
. وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً
يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖوَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ
Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.
Cukup penting!
Bahawa rasul itu manusia seperti kamu, tetapi dia mendapat wahyu, dia manusia jujur, dia Abidin, sentiasa mengabdikan diri kepada Allah.
3. Kenapa ada para nabi dan rasul yang tidak diketahui?
Yang kita imani ada 25 orang,
Al-Quran mengatakan bukan itu sahaja.
Surah an-nisa ayat 164
وَرُسُلًا قَدۡ قَصَصۡنٰهُمۡ عَلَيۡكَ مِنۡ قَبۡلُ وَرُسُلًا لَّمۡ نَقۡصُصۡهُمۡ عَلَيۡكَ​ ؕ وَكَلَّمَ اللّٰهُ مُوۡسٰى تَكۡلِيۡمًا ​ۚ‏
Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).
Jelas, dalam nas Al-Quran, ada rasul yang nas kisahnya tidak diceritakan kepada nabi dan nabi tidak ceritakan kepada kita.
Berapa jumlahnya? Wallahu a'lam. Disebutkan daripada abu dzar RA yang pernah bertanya nabi SAW, tentang jumlah nabi dan rasul. Nabi berkata jumlah rasul 313 orang, jumlah anbiyaa' secara umumnya 124,000 orang - riwayat imam ahmad.
Tetapi ulama' kritik hadis itu, imam bukhari mengatakan, dalam perawi itu, ada seorang bernama Ali bin yazid iaitu seorang yang statusnya mungkar.
Jadi hadis ini ditolak ulama, jika ada yang mengatakan jumlah rasul 313, ia bukan aqidah berdasarkan status hadis yang dipertikaikan.
Tetapi berbalik kepada Al-Quran, jumlahnya bukan sekadar 25.
Merujuk kepada surah Faatir ayat 24.
إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَإِنْ مِنْ أُمَّةٍ
إِلا خَلا فِيهَا نَذِيرٌ.
Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (Ugama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.
Berdasarkan tafsir syed hawa, al-asasfi tafsir, beliau mengatakan ini menunjukkan bahawa semua umat ada rasul.
Bukan sekadar di timur tengah sahaja, mungkin ada di Cina, di India. Tidak mustahil. Tapi cuma kita tidak diberitahu siapakah mereka.
4. Seandainya kita terbalikkan, bahawa iblis dan syaitan itu akur kepada kejadian Adam AS, adakah akan ada manusia yang tetap ingkar kepada ajaran Allah?
Jika itu berlaku, Ertinya, tiada penghasut.
Berdasarkan sahabat Rasulullah SAW, ibnu abbas RA, asalnya iblis ini namanya Azazil mengikut bahasa suriani yang bermaksud, penjaga khazanah syurga.
Pada asalnya, iblis sangat hebat. Apabila Allah arahkan supaya malaikat sujud pada Adam, malaikat sujud kecuali iblis. Kemudian iblis dan syaitan minta izin dari Allah untuk menyesatkan manusia. Dan Allah izinkan. Maka iblis dan syaitan akan menghasut manusia kecuali hamba Allah yang mukhlisin (benar - benar ikhlas).
Maka jika tiada penghasut, manusia semua akan jadi baik. Tidak mustahil. Allah berkehendak.
Namun, Allah mahu bani adam ini diuji. Dari setiap penjuru oleh iblis dan syaitan.
Ada sebahagian ulama menyatakan iblis ini dari kalangan malaikat. Tetapi dari kalangan malaikat yang enggan sujud.
Namun bila diamati secara terperinci, maka lahir satu golongan yang lain seperti imam hassan Al- basri yang mengatakan,"tidak."
Kerana berdasarkan
surah al-kahfi ayat 50
{وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلا.
Al-Kahf:50 - Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
Jadi jelas bahawa iblis ini dalam kumpulan jin.
5. Kita biasa terdengar orang mengaku sebagai nabi walhal tugasnya bukan mudah. Penuh tentangan dan hambatan. Jelaskan fenomena ini.
Hadis sahih menyatakan bahawa akan lahir nabi -nabi palsu sebelum kiamat. Ada hadis menyatakan 30, ada hadis menyatakan lebih kurang 30, ada hadis menyatakan 27. Sampai sebelum kiamat.
Antara perkara yang perlu ada pada umat hari ini adalah kekuatan untuk menilai. Melihat sambil berfikir berdasarkan batas - batas agama. Boleh melihat, boleh mendengar ucapan sesiapa pun. Namun, adakah kita mampu menilai secara kritis? Mengikut landasan yang betul.
Untuk menilai secara betul, bagi orang islam khusunya, kekuatan Al-Quran dan sunnah itu perlu ada.
Surah al-ahzab ayat 40
مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
Al-'Aĥzāb:40 - Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Full stop. Titik. Noktah. Tiada nabi selepas Muhammad SAW.
Surah al-a'raf ayat 157
{الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الأمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالإنْجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالأغْلالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنزلَ مَعَهُ أُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (157) }
Al-'A`rāf:157 - "Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
6. Isyarat kedatangan Nabi Muhammad saw telah datang dalam kitab - kitab terdahulu. Apakah kitab yang telah memberikan isyarat awal tentang kedatangan nabi yang terakhir?
Nabi Muhammad saw, bukan sahaja diutuskan untuk bangsa arab, bukan untuk kelompok tertentu sahaja.
Surah al-anbiya ayat 107.
(107). وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Al-'Anbyā':107 - Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Sudah pasti rasul sehebat ini, datang dari penjuru Allah.
Surah Al-baqarah ayat 146
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ (١٤

Al-Baqarah:146 - Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).
Bagaimana kita mengenali anak2 kita? Nama pasti kita tahu. Maka nama nabi sudah ada dalam kitab mereka.
Perwatakan, perangai nabi tercatat dalam kitab sebelum ini. Allah perincikan tentang nabi muhammad saw dalam kitab sebelum ini.
Allah mengatakan Muhammad ini nabi yang 'Ummi'. Tidak tahu membaca mahupun menulis. Tetapi kisahnya telah berada dalam taurat dan injil.
Maka orang nasrani dan yahudi pasti telah mengetahui kehadiran muhammad.
Menurut tafsir al- azhar hamka, beliau telah menganalisis kitab sebelum ini. Taurat dan injil. The old testament. The new testament.
Menceritakan perkara khusus tentang muhammad saw. Hamka telah merujuk kepada satu kitab hebat imam qurtubi, imam ibnu hazmin yang telah mengkaji kitab terdahulu yang dikaitkan dengan nabi muhammad saw.
Seorang ulama dari india iaitu Sheikh Rahmatullah Al - hindi, telah mengarang kitab iaitu izharul haq dan hamka telah manfaatkan tulisan tersebut.
Buku tafsir al-azhar, helaian menceritakan tentang muhammad saw terdapat 50 helaian yang diceritakan dalam kitab lain juga disebut sebagai "bashorat". Berita baik kedatangan nabi.
Insan ummi ini memang dinantikan kedatangannya.
Buku yang diterbitkan oleh bina sarawak, karangan bekas reverend David Benjamin Keldani. Seorang paderi besar di urmia yang mengkaji bible. Akhirnya memeluk islam dengan nama professor abdul ahad dawud. Buku yang bertajuk Muhammad in the bible telah di karang oleh beliau.
Memang banyak ayat yang dikaitkan dengan muhammad saw dalam bible. Salah satu ayat dalam bible gospel saint john " nabi isa berkata, aku perlu pergi baru dia datang, jika aku tidak pergi, dia tidak datang".
Siapa 'dia' selepas nabi isa?
Nabi isa sebutkan dalam ayat tadi (barry cletos) dalam bahasa greek asli bermaksud yang terpuji. Selari dengan Ahmad, Muhammad juga bermaksud yang terpuji.
7. Salah satu tanda kiamat adalah kelahiran nabi muhammad saw. Berikan analisis doktor.
Berdasar hadis sahih, sabda rasullullah saw, antara aku dan kiamat, seperti ini (menunjukkan dua jari, iaitu jari telunjuk dan jari hantu).
Orang merasakan terlalu jauh, sedangkan kiasan jari ini menandakan jarak yang cukup dekat.
Ia bermaksud perutusan rasul adalah sangat penting. Menandakan bahawa para rasul mengajak manusia untuk hidup berdasarkan acuan Allah. Supaya mereka selamat diakhirat.
Apa yang mereka usahakan itu adalah bekalan untuk akhirat. Para sahabat sentiasa diperingatkan berulangkali  tentang kiamat kerana persiapan untuk menghadapi hari pembalasan yang dahsyat, hari kiamat itu dahsyat dan hari kebangkitan itu lebih dahsyat.
Kita diperingatkan supaya kita sentiasa bersiap sedia dengan amal soleh yang bertunjangkan iman.
Perbincangan analisis bersama Dr. Daniel Zainal Abidin.
#halaqahtv9

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?