Jatuhnya Uthmaniyyah (Petanda Kiamat) episod 4

Melalui satu relung masa, kembali ke zaman Empayar Uthmaniyyah.

Melihat kekuatan Sultan Muhammad Al-Fatih hingga kedukaan Sultan Abdul Hamid selama 600 tahun.

Melihat fasa ke 4 kejatuhan islam dalam konteks agama islam.

Ditubuhkan pada tahun 1299 dan berkembang hingga tahun 1453. Lebih rancak berkembang pada tahun 1683 - 1827.

Kemerosotan empayar berlaku pada tahun 1828 dan berakhir pada tahun 1908.
Pembubaran Uthmaniyyah berlaku pada tahun 1922.

Ketika ini, rentetan kejatuhan empayar islam diukur oleh para alim ulama mengatakan bahawa dunia dan zaman umat Nabi Muhammad Saw telah benar benar memasuki fasa ke 4.

Kekuatan tentera laut, armada laut yang ditunjangi Sultan Muhammad Al- Fatih telah berjaya menumbangkan kuasa besar ketika itu.


Digeruni oleh rom yang menguasai byzantine.

1. Sudah adakah gerakan terancang untuk menghancurkan  Empayar Uthmaniyyah?


Memang ada, pada tahun 1896, Presiden Pertubuhan Zionis sedunia, Theodor Herzl telah menulis sebuah buku bertajuk "The Jewish State". Berkaitan negara yahudi.

Beliau telah berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid II untuk memohon sedikit sebanyak tanah di Palestin.

Pada tahun 1897, kongres zionis pertama diadakan di Basel, Switzerland. Maka, lahirnya W.Z.O (world zionis organization) dikepalai oleh Theodor Herzl.

Tahun 1901, beliau bertemu sekali lagi dengan Sultan Abdul Hamid II. Dia menawarkan untuk melangsaikan semua hutang Empayar Uthmaniyyah ketika itu. Sultan Abdul Hamid II tetap menolak.

Selepas itu, tahun 1908. Revolusi di Turki berlaku yang didalangi oleh yahudi. Akhirnya, pada tahun 1909, Sultan Abdul Hamid II dipecat dan dibuang negara ke Selonica, Greece.

Tahun 1917, British menguasai Palestin dan selepas itu diduduki zionis Israel secara rasminya 14 mei 1948.

Yahudi dibantu oleh British dan disokong oleh gerakan revolusi dalaman Turki yang diketuai oleh Mustafa Kamal Attartuk. Akhirnya, empayar Uthmaniyyah yang agung runtuh.

Surah Al-Baqarah ayat 120.



Al-Baqarah:120 - Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu sebelum kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)"[1]. dan jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu[2], maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu[3]. - See more at: http://www.tafsir.web.id/2013/01/tafsir-al-baqarah-ayat-120-129.html#sthash.sQDLyr0Y.dpuf
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu sebelum kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)"[1]. dan jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu[2], maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu[3]. - See more at: http://www.tafsir.web.id/2013/01/tafsir-al-baqarah-ayat-120-129.html#sthash.sQDLyr0Y.dpuf


2. Siapakah Theodor Herzl?



Beliau hidup dan mati demi yahudi. Dilahirkan pada tahun 1860 di Budapest, Hungary. Meninggal pada tahun 1904. Tahun 1896, beliau menghasilkan sebuah buku yang menceritakan tentang kepentingan Yahudi bersatu di sebuah negara tertentu iaitu Palestin sebagai tempat paling munasabah.
Untuk tujuan itu, yahudi antarabangsa telah menyokong beliau. Setahun selepas buku diterbitkan, kongres zionis pertama telah dimulakan di Basel, Switzerland pada tahun 1897.

Ketika rumusan, pertubuhan zionis sedunia telah tertubuh. Theodor Herzl adalah manusia yang berjaya menjatuhkan islam melalui penggulingan Sultan Abdul Hamid II.

Ketika Theodor Herzl menawarkan sejumlah wang sebanyak 150 juta pound sterling, Sultan Abdul Hamid II menjawab dengan tegas "sesungguhnya Palestin bukan milik saya, ia milik umat islam".
Tanda dia faham tujuan jahat yahudi.

Dalam buku catatan harian Sultan Abdul Hamid II yang dibukukan tertulis "saya tidak mahu tinggalkan tugas khalifah ini, tetapi saya sudah mendapat tekanan daripada Gerakan Turki Muda, Gerakan Turki Muda dari awal lagi mahu saya menjual Palestin".

Mustafa Kamal Attartuk yang mengetuai Gerakan Turki Muda berjaya mempengaruhi 240 orang senat Empayar Turki. Kesannya, tahun 1909, Sultan Abdul Hamid II dipecat.

Dalam buku catatan hariannya juga, terdapat seorang  insan yang datang bernama Emanual Carasso. Siapa Emanual Carasso? Dia adalah orang kanan Theodor Herzl.


Empayar yang pernah menguasai Eropah dan Asia telah tumbang berpunca dari perancangan licik yang dilakukan yahudi.

3. Ada satu pendapat bahawa, jangan disalahkan peranan yahudi. Tetapi anda harus melihat kelemahan Sultan Uthmaniyyah itu sendiri yang menyebabkan kejatuhan empayar. Adakah benar hujah ini?


Ada benarnya, disebabkan itu, ada unsur kelemahan dalaman yang dimanfaatkan oleh musuh luar.


Catatan sejarah menukilkan tentang Sultan Selim II yang menjadi khalifah pada tahun 1566 masihi. Baginda dilihat suka berfoya - foya, suka minum arak, kerja yang dikutuk Allah menjadi kesan kepada pemerintahan Uthmaniyyah.


Seterusnya, Sultan Ibrahim I yang bertakhta pada tahun 1640. Beliau dikatakan seorang yang ada 3 isteri yang dipengaruhi oleh isteri - isteri dan bonda beliau. Kesan hasutan ini, beliau memecat wazir yang terkenal dan bagus yang banyak membantu khalifah sebelum ini.

Kisah sejarah yang benar ini menjadi iktibar kepada pemimpin-pemimpin kini. Peringatan Allah kepada pemimpin melalui surah Al-A'raf ayat 96.


Al-'A`rāf:96 - Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.


As-syeikh syed hawa dalam kitab al-assafi tafsir menyatakan, inilah dalilnya bahawa kemakmuran, keharmonian sesebuah negara.

Agenda sebuah negara, haruslah berkaitan agenda iman dan taqwa. Menurut panduan Allah swt.

Kamal Attartuk mengatakan bahawa "mari kita berarak ke barat beramai - ramai dan agama islam itu hanya agama yang mundur." Siapa Kamal Attartuk? Kenapa dia berani berhujah sedemikian?


Dilahirkan pada tahun 1881 di Selonica, Greece. Meninggal pada tahun 1938 di Istanbul, Turki. Beliau adalah orang biasa yang memasuki tentera. Sehingga kemuncaknya menjadi Jeneral. Beliau menjadi terkenal selepas beberapa kempen ketenteraan yang diketuainya berjaya membawa kemenangan.

Beliau cukup cenderung membawa konsep ala barat. Beliau berbicara tentang cara untuk merubah perlembagaan. Perlembagaan yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah ingin diubah dan tidak lagi penting.


Meniru cara barat tidak salah namun, peniruan itu tidak boleh menggadaikan aqidah. Tidak mencemar Syariat. Tidak mencemar akhlak. Cuma mengambil aspek yang sesuai, munasabah dalam konteks duniawi sahaja.

Tetapi Mustafa Kamal Attartuk bukan sekadar itu yang diambil. Dia ingin mengambil budaya mereka, cara hidup mereka dan cara pemikiran mereka. Sehinggalah kepada politik, kenegaraan dan undang - undang. Dan dia rasa terhina jika mengikut islam.

Bila berakhirnya Empayar Uthmaniyyah dan digantikan dengan Republik, laungan azan dalam bahasa turki, ajaran bahasa arab tidak lagi penting, masjid diubah menjadi muzium seperti masjid Aya Sofia, wanita berhijab disuruh mengikut ala barat. Roh islam semakin hilang.

4. Kesan buruk yang terpaksa dibayar umat islam diseluruh dunia?


Kesan paling besar ialah hilangnya empayar yang berkonsepkan khilafah islamiyah. Fasa ke 4 telah bermula iaitu daripada fasa pemerintahan zalim kepada Mulkan Jabariyyah (pemerintahan kuku besi)

Kesan lain ialah kejatuhan bumi Palestin. Pada tahun 1917, tentera British yang dipimpin oleh Jeneral Allenby menguasai Palestin. Selepas itu, wujudnya Deklarasi Balfour yang ditaja British. 

Deklarasi ini adalah sebuah pernyataan yang mengizinkan yahudi berpindah dari mana mana negara mereka duduki untuk tinggal di Palestin.

Akhirnya, tanggal 14 Mei 1948, tertegaklah negara haram Israel. Keesokannya pada 15 Mei 1948, jadilah Yaumul nakbah (Hari Malapetaka). 500 perkampungan Palestin diruntuhkan. 750,000 rakyat Palestin menjadi pelarian.


Perjuangan Palestin ini bukan perjuangan bangsa. Ia adalah perjuangan islam. Kejatuhan Palestin adalah kejatuhan bagi umat islam seluruhnya. Sewajarnya menginsafkan kita.

"Pasti ada satu golongan dan umatku yang memperjuangkan yang hak. Mereka tidak akan dimudaratkan oleh orang yang memusuhi mereka. Mereka dimana Rasulullah? Di Baitul Maqdis dan sekitarnya. - al hadith.

surah Al- Haj ayat 41.

Al-Ĥaj:41 - Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.



Kupasan Dr Danial Zainal Abidin
INDIKATOR Nas Dari Al-Quran dari Ustaz Tarmizi.


#halaqahtv9

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?