Posts

Showing posts from June, 2022

Anak kecil tidak wajib solat tetapi wajib disuruh.

✏️ Anak kecil tidak wajib solat tetapi wajib disuruh.  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  Kewajipan mendidik anak dengan ibadah wajib terletak atas tanggungan ibubapa dan penjaga. Ketidakupayaan anak mendirikan sembahyang kerana tidak di didik sejak kecil adalah maksiat dan keingkaran. Oleh itu, meninggalkan pendidikan itu adalah satu dosa di sisi syarak. Kewajipan ini dinyatakan oleh ulama Syafieyyah antaranya Imam Ibnu al-Bariziy (w. 738H).  وواجب على الولي الشرعي، أن يأمر الطفل بها لسبع، Dan wajib ke atas penjaga menurut Syarak (Ibubapa dan penjaga yang dipertanggungjawabkan), Untuk menyuruh kanak-kanak yang telah capai usia 7 tahun agar mendirikan sembahyang.  والضرب في العشر وفيها إن بلغ، أجزت ولم تعد إذا منها فرغ.  Dan (wajib ke atas penjaga menurut syarak) supaya memukul kanak-kanak yang telah mencapai umur 10 tahun (sebagai ancaman atau hukuman), dan jika dia telah capai umur baligh,  (Sembahyangnya) diterima dan tidak

Hadis Dhoif

✏️ Hadis Dhoif. بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين Bila sebut status hadis Dhoif, ramai orang sangka Dhoif itu ibarat hina, tercela, cacat dan lemah (DBP, Edisi 4, 2005). Sehingga ramai yang menolak hadis dhoif, memandang serong terhadap hadis dhoif.  Namun, istilah Dhoif dalam ilmu hadis bukan begitu. Hadis Dhoif ialah Hadis yang tidak memenuhi syarat Hadis Sohih dan Hadis Hasan. Oleh itu, hadis ini tidak boleh digunakan sebagai hujah penegak hukum hakam agama.  Walau bagaimanapun, hadis dhoif masih lagi hadis, ia bukan hadis palsu. Ia masih boleh menjadi sokongan sesama hadis yang lain untuk menetapkan hukum dengan syarat yang ditetapkan oleh ulama hadis. Sumber : kitab an-Nafhatu al-zakiyyah