Hadis Dhoif
✏️ Hadis Dhoif.
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Bila sebut status hadis Dhoif, ramai orang sangka Dhoif itu ibarat hina, tercela, cacat dan lemah (DBP, Edisi 4, 2005). Sehingga ramai yang menolak hadis dhoif, memandang serong terhadap hadis dhoif.
Namun, istilah Dhoif dalam ilmu hadis bukan begitu. Hadis Dhoif ialah Hadis yang tidak memenuhi syarat Hadis Sohih dan Hadis Hasan. Oleh itu, hadis ini tidak boleh digunakan sebagai hujah penegak hukum hakam agama.
Walau bagaimanapun, hadis dhoif masih lagi hadis, ia bukan hadis palsu. Ia masih boleh menjadi sokongan sesama hadis yang lain untuk menetapkan hukum dengan syarat yang ditetapkan oleh ulama hadis.
Sumber : kitab an-Nafhatu al-zakiyyah
Comments
Post a Comment