Posts

Showing posts from April, 2014

MENU SIHAT DAN LAZAT

Image
Anggapan orang, Masakan sihat biasa tidak menarik dan enak kerana kurang rasa dan perisa... Pernah tak anda semua rasa nak makan makanan sihat tetapi sedap? Disini saya kongsikan sedikit ilmu yang saya belajar dari pembelajaran saya sewaktu di kolej... saya gabungkan rasa dan teknik memasak supaya makanan sihat dapat dimakan dengan keenakannya yang tersendiri... Nasi Ayam Sihat Ala Hainan Bahan - Bahan Utama: 1. Seekor Ayam (Jangan Dipotong) 2. Sebiji Timun Jepun (Japanesse cucumber) 3. Kicap Cair (Light Soy Sauce) 4. Minyak Bijan (Sesame Oil) 5. Daun Bawang (Green Onion) 6. Beras (ikut bilangan hidangan)  7. Sedikit Mentega/ Butter 8. Sedikit Garam. Cara Masakan : 1. Sediakan air dalam satu periuk yang boleh memuatkan seekor ayam dan didihkan air tersebut sehingga mendidih. 2. Apabila air telah mendidih, tutup api dan masukkan ayam (tanpa dipotong) selama 5 minit serta jangan lupa untuk tutup periuk tadi. 3. Keluarkan semula seekor ayam tadi d