Posts

Showing posts from January, 2023

Pencen bebanan kerajaan?

Wang Pencen. 1.0 Soalan. Adakah duit pencen ini duit dari kutipan hasil cukai Jawapan. Tidak. Pencen adalah duit tabungan kita dari gaji semasa kita berkhidmat. 2.0 Sebanyak 17.5% dari gaji kita dicarumkan ke dalam Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).  mentadbirkan wang ini dan diberi pada warga pesara menurut perkiraan tertentu. Perkiraan melalui kaedah akturial dapat menampung saraan warga pesara sepanjang hayatnya. Atau pencen terbitan jika pesara meninggal dunia.  3.0 KWAP tidak menerima wang dari setiap belanjawan tahunan negara. Ia adalah entiti yg diperbadankan. Pesara tidak dibayar gaji tetapi pesara ini mendapat imbuhan bulan melalui simpanan yg telah dicarumkan ke KWAP semasa hayat perkhidmatan. Harap penerangan ini dapat  menangkis pandangan negatif terhadap warga pesara.

Anxiety

✏️Anxiety.  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  اما بعد Apabila kita terlalu stress, terlalu takut, terlalu risau atau semua kerja kita nak siapkan serentak (multi-tasking), kita terdedah kepada satu penyakit psikologi yang bergelar Anxiety.  Ia adalah kegelisahan atau kerisauan melampau kerana ingin segera menyelesaikan satu perkara tetapi hakikatnya luar kemampuan.  Hal ini boleh kelihatan pada tingkah-laku diri kita seperti mengejar masa, terburu-buru, tergesa-gesa, terlalu banyak bertanya, terlalu banyak mencari maklumat dan terlalu melindungi diri. Rasulullah SAW bersabda  عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ Dari sahabat Sahl bin Sa’ad radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya sikap tergesa-gesa itu dari syaitan." HR Imam at-Tirmizi.  Ia bermaksud sikap tergesa-gesa membawa keburukan sebagaimana syaitan membawa manusia ke t