Posts

Showing posts from May, 2019

Doa apabila melihat musibah orang lain.

BACAAN APABILA MELIHAT ORANG YANG DITIMPA MUSIBAH. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu, Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam bersabda: مَنْ رَأَى مُبْتَلًى فَقَالَ : اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا لَمْ يُصِبْهُ ذَلِكَ الْبَلَاءُ "Barangsiapa melihat orang yang ditimpa musibah (seperti sakit berat) lalu dia membaca: اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku daripada apa yang telah aku alami ini dan melebihkan aku daripada kebanyakan makhluk-Nya dengan suatu kelebihan. Nescaya tidak akan tertimpa bala tersebut pada dirinya."(Riwayat al-Tirmizi dengan sanad yang hasan). Para ulama Mazhab Syafi'i dan ulama lain telah menyatakan bahawa bacaan tersebut diucapkan dengan sirr (perlahan), iaitu tanpa didengari oleh orang lain supaya orang yang ditimpa musiba

Doa ketika ditimpa kesusahan.

DOA KETIKA DITIMPA KESUSAHAN Diriwayatkan daripada Sayyiduna Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam mengucapkan doa ini ketika ditimpa kesusahan: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ العَظِيمُ الحَلِيمُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ رَبُّ العَرْشِ العَظِيمِ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ رَبُّ العَرْشِ الكَرِيمِ. “Tiada tuhan selain Allah, yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada tuhan selain Allah, Tuhan Pemilik ‘Arasy yang Agung. Tiada tuhan selain Allah Tuhan Pemilik langit, bumi dan ‘Arasy yang mulia.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Koleksi Doa Nabawi https://t.me/ koleksidoanabawi

Akhlak Muslim

📍Di dalam Kitabul Jami' min Bulughil Maram - Bab Al-Adab Hadits no. 3: وَعَنْ اَلنَوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ – رضي الله عنه – قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – عَنْ اَلْبِرِّ وَالْإِثْمِ? فَقَالَ: – اَلْبِرُّ: حُسْنُ اَلْخُلُقِ, وَالْإِثْمُ: مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ, وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ اَلنَّاسُ – أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ Dari an-Nawwas bin Sam’an radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang al-birr (kebaikan) dan al-itsm (dosa).” Beliau menjawab, “Al-birr adalah husnul khuluq (akhlak yang baik). Sedangkan al-itsm adalah apa yang menggelisahkan dalam dadamu. Engkau tidak suka jika hal itu nampak di hadapan orang lain.” [HR Muslim, no. 2553] Begitulah akhlak seorang muslim. Bila dia buat dosa dia akan gelisah dan malu jika orang lain tahu. Dan sentiasa cuba menjadi yang terbaik. Wallahualam. 📮Page Jalan-jalan Cari Ilmu

Doa Isteri

🤲🏽 Doa Para Isteri dari Asmaul Husna. Para Isteri yang pernah bersedih dengan sikap suami, janganlah berputus asa atau kecewa. Boleh jadi selama ini kita meminta untuk dihargai daripada manusia. Meminta dari manusia pasti akan kecewa. Tetapi mohonlah kepada Allah, Allah tidak pernah mengecewakan. Selepas solat sebutlah اللهم يا منع Allahumma Ya Mani'.. 40 kali... Ya Allah yang maha Penghalang, halanglah suami aku dari berkata buruk tentang aku. Dan bacalah اللهم يا شكور.. Allahumma ya Syakur... Ya Allah yang Maha Menghargai. Jadikanlah suamiku sentiasa menghargai aku. Mintalah pada Allah.. Mengadulah pada Allah.. Dia Maha mendengar.. Jika menangis mengadu pada suami minta dia berubah, belum tentu dia akan berubah. Kerana yang pegang hati suami adalah Allah.. Namun.. Sebelum kita meminta, memohon dari Allah... Perbaikilah diri kita.. Tutup aurat dengan sempurna. Jaga Solat dengan sempurna.. Kerana jika kita melakukan maksiat kepada Allah.. Engkar kepada All