Doa apabila melihat musibah orang lain.

BACAAN APABILA MELIHAT ORANG YANG DITIMPA MUSIBAH.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu, Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam bersabda:

مَنْ رَأَى مُبْتَلًى فَقَالَ : اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا لَمْ يُصِبْهُ ذَلِكَ الْبَلَاءُ

"Barangsiapa melihat orang yang ditimpa musibah (seperti sakit berat) lalu dia membaca:

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا

Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku daripada apa yang telah aku alami ini dan melebihkan aku daripada kebanyakan makhluk-Nya dengan suatu kelebihan.

Nescaya tidak akan tertimpa bala tersebut pada dirinya."(Riwayat al-Tirmizi dengan sanad yang hasan).

Para ulama Mazhab Syafi'i dan ulama lain telah menyatakan bahawa bacaan tersebut diucapkan dengan sirr (perlahan), iaitu tanpa didengari oleh orang lain supaya orang yang ditimpa musibah itu tidak tersinggung.

Adapun mengenai perkara kemaksiatan, tidak mengapa (harus) untuk dinyaringkan bacaan selagi mana tidak dikhuatiri akan mendatangkan perkara yang tidak diingini (mafsadah) pada dirinya.

Koleksi Doa Nabawi
https://t.me/koleksidoanabawi

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?