Doa Isteri
🤲🏽 Doa Para Isteri dari Asmaul Husna.
Para Isteri yang pernah bersedih dengan sikap suami, janganlah berputus asa atau kecewa.
Boleh jadi selama ini kita meminta untuk dihargai daripada manusia. Meminta dari manusia pasti akan kecewa.
Tetapi mohonlah kepada Allah, Allah tidak pernah mengecewakan.
Selepas solat sebutlah
اللهم يا منع
Allahumma Ya Mani'..
40 kali...
Ya Allah yang maha Penghalang, halanglah suami aku dari berkata buruk tentang aku.
Dan bacalah
اللهم يا شكور..
Allahumma ya Syakur...
Ya Allah yang Maha Menghargai. Jadikanlah suamiku sentiasa menghargai aku.
Mintalah pada Allah..
Mengadulah pada Allah..
Dia Maha mendengar..
Jika menangis mengadu pada suami minta dia berubah, belum tentu dia akan berubah.
Kerana yang pegang hati suami adalah Allah..
Namun..
Sebelum kita meminta, memohon dari Allah...
Perbaikilah diri kita..
Tutup aurat dengan sempurna.
Jaga Solat dengan sempurna..
Kerana jika kita melakukan maksiat kepada Allah.. Engkar kepada Allah.
Tidak hairanlah Allah kekalkan hati suami kita menjadi keras..
Ustazah Asma Harun.
Comments
Post a Comment