Posts

Showing posts from March, 2024

✏️Inspirasi Ulama Tanah Melayu: Sheikh al- Marbawi.

✏️Inspirasi Ulama Tanah Melayu: Sheikh al- Marbawi. Antara punca bagaimana kamus al-Marbawi dan kitab  Bahrul Mazi menjadi sangat berkat adalah persekitaran dan dorongan kepada diri Sheikh Mohamed Idris. ... Kamus al-Marbawi. Beliau lahir di Mekah yang membolehkan persekitaran bahasa Arab wujud dalam dirinya. Beliau telah menghafaz 16 juzuk al-Quran, kitab al-Dam, Matan Al-Jurumiyyah dan sejumlah Hadis ketika usianya 10 tahun. Beliau didorong oleh Sheikh Muhammad Yusuf bin Muhammad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali ketika memilih untuk belajar di Kelantan bagi tujuan mendalami bahasa Arab lalu menumpukan pengajian dalam subjek Nahu dan Sarf.  Beliau telah mendalami bidang itu selama 4 tahun dan khatam beberapa kali kitab-kitab seperti Matan Al-Jurumiyyah, al-Mutammimah, Qatr al-Nada, Syudhur al-Dhahab. Selain itu kitab aras tinggi karya Ibnu Aqil dan Asymuni turut didalami dalam tempoh 4 tahun. .... Mengapa beliau memilih belajar di Kelantan? Beliau menyifatkan bahawa guru di pond

Solat Kaffarah Pada Jumaat Terakhir Ramadhan Menggantikan Solat Yang Ditinggalkan Seumur Hidup?

Image
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله اللهم صل على محمد وبعد. Saya telah ditanya beberapa orang tentang hadis yang tersebar di dalam tiktok, bahkan ia sangat tular sehingga ramai orang berkongsi tentangnya. Begitu juga rakan-rakan saya. Saya sangat khuatir tentangnya. Ia berkenaan solat Kaffarah pada Jumaat Terakhir Ramadan yang dapat menggantikan Solat yang ditinggalkan tetapi tidak diketahui bilangan rakaatnya. PERHATIAN!!!!!!!!!! Hadis ini Palsu dan batil. Tidak boleh diamalkan bahkan ia haram diamalkan kerana ia melanggar syariat. Petikan hadis dibawakan seperti di bawah. ..... Solat Kaffarah Pada Jumaat Terakhir Ramadhan Menggantikan Solat Yang Ditinggalkan Seumur Hidup? Telah tersebarnya perkataan yang dikatakan hadith berkenaan solat kaffarah yang mana menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:  مَن فَاتَتْهُ صَلَاة فِي عُمْرِهِ وَلَمْ يحصَهَا فَلْيَقُمْ فِي آخِر جُمعَة مِن رَمَضَانَ وَلْيصل أَرْبَعَ رَكَعَات بِتَشهد وَاحِد، يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةِ فَاتِحَة الْكِتَاب،