Posts

Showing posts from 2020

Tips menulis pendahuluan

Tips menulis pendahuluan.  Baca soalan untuk gambaran, dan ambil sedikit maklumat. Kemudian kembangkan.  Contoh soalan Tugasan ini untuk menilai kebolehan  pelajar membincangkan Tamadun China dan sumbangannya terhadap peradaban dunia. Kata kunci  1. Tamadun China 2. Sumbangan Fokus kepada 2 kata kunci ini.  Contoh pendahuluan. Tamadun China telah dikenalpasti bermula sejak 4000 SM. Tamadun ini terkenal dengan perubahan dinasti pemerintahan dari zaman ke zaman. Sepanjang perubahan dinasti itu, terhasil pelbagai teknologi yang menjadi penyumbang kepada peradaban dunia. Sebahagian sumbangan itu masih kekal hingga hari ini.  Ambil beberapa frasa dari soalan bagi membuktikan kita memahami kehendak soalan.  Semoga bermanfaat.

Peranan Ayah Kepada Anak.

✏️ Peranan Ayah Kepada Anak.  Bapa adalah tempat rujuk bagi anak. Berkongsi masalah dan meminta pandangan.  Contoh peranan bapa ini diperlihatkan oleh Allah SWT dalam Firman-Nya : Surah Yusuf 12:4 إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِى سَٰجِدِينَ  [Of these stories mention] when Joseph said to his father, "O my father, indeed I have seen [in a dream] eleven stars and the sun and the moon; I saw them prostrating to me." (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". ... Namun begitu,  Keadaan ini hanya akan wujud jika hubungan bapa dan anak sangat baik.  Interaksi yang baik, akan mewujudkan suasana yang mesra antara bapa dan anak.  Anak melihat bapanya sangat berketrampilan dan berilmu. Dan anak sangat bangga dengan bapanya.  Hal ini

'UTBAH, DARIPADA PEMBENCI KEPADA PENCINTA NABI SAW BHG. II

'UTBAH, DARIPADA PEMBENCI KEPADA PENCINTA NABI SAW BHG. II Rasulullah SAW membaca ayat 1 hingga 54 daripada surah Fussilat, “Ha Mim, (Ini merupakan ucapan) yang diturunkan dari Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sebuah kitab bacaan berbahasa Arab yang diperincikan makna ayatnya bagi mereka yang mengetahui. (Ia datang sebagai) pemberi berita gembira dan amaran, tetapi ramai mereka berpaling kerana enggan mendengar (isi) nya. Mereka berkata, 'Sesungguhnya hati kami telah tertutup rapat dari mendengar apa yang kamu serukan...'” Rasulullah SAW terus melantunkan ayat-ayat yang menempelak kuffar Quraysh yang degil itu. Ayat-ayat tersebut menegaskan bahawa mereka berada dalam kerugian kerana enggan menerima ajaran Baginda (ayat ke-19 hingga 36). Allah maha berkuasa dan pada hari akhirat akan ditentukan nasib mereka akibat dari perbuatan ingkar yang dilakukan di dunia (ayat ke-37 hingga 52). Apabila membacakan ayat yang mengandungi sajdah (sujud tilawah), Baginda bersujud dan

'UTBAH, DARIPADA PEMBENCI KEPADA PENCINTA NABI SAW BHG. I

'UTBAH, DARIPADA PEMBENCI KEPADA PENCINTA NABI SAW BHG. I Pengislaman Hamzah ibn Abd al-Muttalib merupakan suatu peristiwa yang bersejarah bagi umat Islam. Sementara itu di pihak Kafir Quraisy, ia adalah malapetaka kerana telah menguatkan lagi pengaruh umat Islam di kota Mekah. Hamzah memeluk Islam pada tahun ke-2 kenabian (612 Masihi) dan kenyataan itu telah menarik ramai manusia untuk mengikuti agama baharu yang diperkenalkan Nabi SAW. Ini menjadikan pemimpin Quraish semakin bingung dan buntu. 'Utbah ibn Rabi’ah sebagai seorang pemuka Quraysh daripada kabilah ‘Abd Shams tidak berdiam diri. Setiap hari bilangan pengikut Muhammad semakin bertambah. Dia melihat Rasulullah SAW duduk sendirian dekat Kaabah lalu bangun seraya berkata kepada pemuka-pemuka Quraish yang lain, “Biarlah aku bercakap dengannya (yakni Rasulullah SAW). Mungkin dia akan berminat dan menerima sebahagian daripada apa yang aku katakan nanti.” Semakin beliau menghampiri Rasulullah SAW yang sedang duduk, dia ber

Kaitan Dosa dan Bencana ‎: ‏Amaran Dari Rasulullah ‎صل الله عليه وسلم .

✏️ Kaitan Dosa dan Bencana : Amaran Dari Rasulullah  صل الله عليه وسلم . Bencana atau bala hadir kerana dosa yang kita lakukan.  Bencana dan bala ini hadir dalam pelbagai bentuk seperti Wabak Penyakit, Kemarau, Kelaparan, Krisis Politik, Orang Islam dikuasai orang kafir, Permusuhan sesama bangsa dan agama.  Perhatikan keadaan kita mutakhir ini.  Pejam mata, diam dan berfikir.  Kemudian kita amati sabda Rasulullah صل الله عليه وسلم  : يا مَعشَرَ المُهاجِرينَ، خَمسُ خِصالٍ إذا ابتُليتُم بهنَّ -وأعوذُ باللهِ أنْ تُدرِكوهنَّ-:  Wahai sekalian kaum Muhajirin, ada lima hal yang jika kalian terjatuh ke dalamnya, dan aku berlindung kepada Allah supaya kalian tidak menjumpainya :- ١.  لم تَظهَرِ الفاحِشةُ في قَومٍ قَطُّ حتى يُعلِنوا بها إلَّا فَشا فيهمُ الطَّاعونُ والأوجاعُ التي لم تَكُنْ مَضَتْ في أسلافِهمُ الذين مَضَوْا، 1. Tidaklah nampak zina di suatu kaum, sehingga dilakukan secara terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka taun (wabak) dan penyakit-penyakit yang tidak p

Islam Mundur?

✏️ Orang Islam Mundur?  Pernah suatu ketika, sekitar Disember 2018, seorang ulama pergi ke London untuk menyampaikan penerangan dan dakwah.  Tanpa di sangka, hadir di dalam majlis itu orang yang belum-Islam. Apabila dibuka sesi soal jawab, maka, berdirilah dia bertanyakan soalan. Soalannya ialah, mengapa orang melayu Islam sangat Racist dalam berpolitik? Dan panjang lagi ayatnya.  Soalan beliau sebenarnya kurang jelas. Jika diamati, lebih kepada luahan rasa tidak puas hati.  Tetapi, Apa yang ingin saya petik adalah kenyataan beliau iaitu "otak orang Islam tersangkut dalam buku abad ke-6 (Your head stucked in the 6th century book) " Beliau maksudkan buku itu adalah Al-Quran Al-Karim.  --- Kenyataan beliau mungkin bermaksud Orang Islam tidak boleh maju, tidak akan maju kerana fikiran Orang Islam kekal dalam abad ke-6 Masihi.  Barangkali ada yang tidak memahami apa itu Islam pada sudut yang betul.  --- Penjelasan. "Buku" Al-Quran merupakan wahyu atau panduan dari Allah

Diuji dengan mulut dan lintasan hati sendiri.

✏️Diuji dengan mulut dan lintasan hati sendiri.  1. Apabila melihat orang melakukan kebaikan, terlintas dihati mengatakan orang itu ingin menunjuk. Lalu, apabila kita melakukan kebaikan, kita sendiri yang terniat untuk menunjuk.  2. Apabila melihat ada diantara ahli keluarga  sukar meluang masa untuk keluarga kita mengatakan dia tidak pandai merancang dan tidak mengambil cuti. Suatu hari, kita diuji dengan kesibukan melampau, yang memaksa kita tidak dapat meluangkan masa dengan keluarga sekian lama.  3. Apabila ada dikalangan adik beradik yang kita lihat suka membandingkan kehebatan diri mereka, kita terlintas mengatakan mereka berbangga diri, tiba-tiba kita diuji dengan pasangan yang suka membanding.  Berhati - hati dengan sangkaan hati dan luahan mulut.  Aku sendiri beberapa kali diuji dengan apa yang aku pernah katakan.  Allah maha mengetahui apa yang zahir dan apa yang tersembunyi. Perbanyakkan Doa Untuk Orang Lain.  Buang Sangkaan Buruk.  Buang Hasad Dengki.  #MuhasabahDiri Mohd N

Fitnah Akhir Zaman : Gelap Malam

✏️Fitnah Akhir Zaman : Gelap Malam. Kita telah ditakdirkan Allah SWT menjadi Umat akhir zaman. Makna akhir zaman ini menurut Ulama adalah zaman Islam ditekan dari setiap penjuru sehingga Islam sangat asing dalam dunia. Melihat orang beramal dengan Islam adalah suatu kepelikan dan kemunduran.  Berada di zaman ini, memerlukan kekuatan aqidah yang konkrit. Asas yang benar - benar utuh.  Kerana "FITNAH" dalam maksud musibah dan bencana aqidah semakin berleluasa.  Sehinggakan kita tidak mampu membezakan dengan jelas antara yang HAQ (Benar)  dan BATIL (Salah).  Rasulullah SAW bersabda melalui riwayat Abu Hurairah RA.  بَادِرُوا بالأعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ المُظْلِمِ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا، يَبِيعُ دِينَهُ بعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا. #الفتن #فتنة "Bersegeralah melakukan amalan soleh sebelum datangnya fitnah (musibah) seperti potongan malam yang gelap iaitu seseorang pada waktu pagi dalam keadaan berim

Tanda Keampunan Dari Allah.

✏️Tanda Keampunan Dari Allah. Apabila tiba suatu ketika,  Sekelompok manusia akan rasa bersalah dan mengakui dosanya kepada Allah.  Lalu bangunlah dia pada waktu malam, berlinang air mata, memohon ampun kepada Allah.  Merayu dengan sesungguh hati.  Adakah Allah akan menerima taubat ini? Adakah Allah akan mengampunkan dosa yang pernah dilakukan? Allah khabarkan kepada kita, tanda keampunan Allah untuk kita.  Firman Allah SWT An-Nur 24:22 وَلَا يَأْتَلِ أُو۟لُوا۟ ٱلْفَضْلِ مِنكُمْ وَٱلسَّعَةِ أَن يُؤْتُوٓا۟ أُو۟لِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينَ وَٱلْمُهَٰجِرِينَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَلْيَعْفُوا۟ وَلْيَصْفَحُوٓا۟ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ ٱللَّهُ لَكُمْۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ  And let not those of virtue among you and wealth swear not to give [aid] to their relatives and the needy and the emigrants for the cause of Allah, and let them pardon and overlook. Would you not like that Allah should forgive you? And Allah is Forgiving and Merciful. Dan janganlah orang-orang yang berharta

Keutamaan 10 hari awal Bulan Zulhijjah.

✏️ Keutamaan 10 hari awal Bulan Zulhijjah.  1. Firman Allah dalam Surah al-Fajr ayat 1-2: وَالْفَجْرِ (1) وَلَيَالٍ عَشْرٍ (2) (maksudnya: Demi waktu fajar. Dan (demi) malam-malam yang sepuluh) ... Menurut Ibn ‘Abbas,  Apabila Allah bersumpah dengan sepuluh hari Zulhijjah tersebut, pasti ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. ... 2. Dalam hadis Nabi s.a.w : عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَا مِنْ أَيَّامٍ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ العَشْرِ"، فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ" Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya paling Allah sukai melebihi sepuluh hari ini (sepuluh hari awal Zulhijjah)”. M

Tuduh

✏️ Tuduhan? : Ia Akan Kembali Semula.  Antara sikap yang paling sukar dibuang dari diri manusia adalah bersangka - sangka dan menuduh. Kerana ia adalah Nafsu. Keseronokan dan Kepuasan dalam hati dengan hasil tuduhan itu yang membuatkan manusia sangat suka menuduh.  Kita suka perjalanan hidup ini mengikut kehendak kita, Sedangkan Allah telah menetapkan takdir.  Maka, perjalanan hidup ini perlu ikut acuan Allah sebagaimana yang telah dititahkan.  Sekiranya kita menuduh orang melakukan sesuatu, tanpa ada bukti atau fakta.  Hanya sesedap rasa, Sebenarnya tuduhan itu akan kembali kepada diri kita sendiri.  Misalnya, kita menuduh orang lain menjaja cerita tentang keburukan diri kita, sedangkan tiada bukti menunjukkan orang itu menjaja cerita, lalu kita mengadu kepada orang tentang hal itu, dari seorang kepada seorang yang lain, apabila diteliti, siapa yang sebenarnya menjaja keburukan tersebut?  Kebenaran ini disabdakan oleh Rasulullah SAW : عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ سَم

Sikit - Sikit Al-Quran

✏️Hujah dan Bukti : Sikit - sikit Al-Quran.  Sejak kali pertama manusia mengadakan sembahan, pujaan selain Allah (Syirik), Allah telah mula mengutuskan Rasul untuk membetulkan kembali pemikiran manusia.  Dari menjadi hamba makhluk, kepada menjadi hamba Allah yang Maha Berkuasa. Tuhan yang sebenar.   Bukan sekadar itu,  Allah datangkan bersama para Rasul, Firman dan Kalam - Nya sebagai bukti kebenaran.  Firman Allah dalam surah Ali Imran (Chapter 3 : Verse 184) فَإِن كَذَّبُوكَ فَقَدْ كُذِّبَ رُسُلٌ مِّن قَبْلِكَ جَآءُو بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِ وَٱلْكِتَٰبِ ٱلْمُنِيرِ  Then if they deny you, [O Muhammad] -  so were messengers denied before you, who brought clear proofs and written ordinances and the enlightening Scripture. Oleh itu, jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad, maka janganlah engkau berdukacita), kerana sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu telah didustakan juga; mereka telah membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat peng

Wanita Setaraf Lelaki?

✏️Liberal Feminisme : Wanita Setaraf Lelaki?  بسم الله الرحمن الرحيم،  Sering kali hujah para feminisme menggunakan ayat Al-Quran yang menunjukkan bahawa Islam itu menindas wanita. Dan antara ayat yang digunakan adalah Firman Allah yang berikut : An-Nisa' 4:34 ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ.....  Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan..... Apabila berhujah tanpa jalan yang benar, menurut hawa nafsu dan akal sendiri, maka, hujah itu seakan - akan benar.  Namun,  Sebagai hamba Allah, kita sepatutnya meneliti dengan cara yang betul. Kerana Islam datang secara menyeluruh.  Golongan feminisme ini menjadikan standard kemuliaan wanita adalah setaraf lelaki.  Misalnya,  Wanita layak menjadi Imam solat seperti lelaki,  Wanita layak menerima pusaka sama banyak dengan lelaki

Sifat Ahli Syurga : Surah Ali Imran

✏️ Tadabbur Surah 3 (Ali Imran 134 - 136) : Sifat Ahli Syurga.  Rentetan dari tadabbur surah Az - Zariyat tentang sifat ahli syurga, dikhabarkan juga sifat - sifat ini melalui Surah Ali Imran.  .. Ahli syurga yang terdiri dari orang bertaqwa memiliki sifat terpuji yang pelbagai, tidak tertumpu pada 1 kebaikan sahaja.  1. Mengeluarkan harta pada jalan Allah dalam waktu senang atau susah.  2. Menahan marah di dalam hati iaitu apabila dia dikuasai marah, orang di sekelilingnya tidak terkena lempias marahnya.  3. Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain terhadap dirinya.  Ali Imran 3:134 ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلْكَٰظِمِينَ ٱلْغَيْظَ وَٱلْعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ  Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; ... Namun, orang yang

Sifat Ahli Syurga : Surah Az-Zariyat (51)

✏️Tadaabur Surah 51 Az -Zariyat : Sifat - Sifat Ahli Syurga. Antara bukti kasih sayang Allah kepada kita adalah ganjaran Syurga yang kekal abadi.  Syurga ini buruan Orang bertaqwa, syurga ini mahal harganya, sangat sukar dicari, melainkan bagi orang yang sangat mencintai  Allah.  Firman Allah SWT Az-Zariyat 51:15 إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى جَنَّٰتٍ وَعُيُونٍ  Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. ... Syurga adalah tempat segala nikmat. Hasil kesabaran dan penat menahan nafsu, syahwat, maksiat dan pelbagai larangan dari Allah ketika di dunia.  Ia juga hasil buruan orang bertaqwa dengan cara mengamal segala perintah Allah dan melakukan amal soleh dengan bersungguh - sungguh.  Firman Allah SWT  Az-Zariyat 51:16 ءَاخِذِينَ مَآ ءَاتَىٰهُمْ رَبُّهُمْۚ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ  (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Se

Sabda Rasulullah SAW di hadapan Kaum Ansar selepas Perang Hunain.

:: Bercucuran Air Mata Kaum Ansar Membasahi Janggut Selepas Mendengar Ucapan Rasulullah ﷺ Ini :: Dr. Sa’id Ramadhan al-Buthi (1434 H) Rahimahullah mengisahkan cerita ini juga tidak dapat menahan air mata ketika menceritakan kisah ini. • Diterjemah oleh Ustaz Muhammad Najmi Rohaizad Rasulullah ﷺ memberikan ucapan ini selepas sebahagian kaum Ansar tidak berpuas hati kerana Rasulullah membahagikan harta rampasan perang (ghanimah) lebih banyak kepasa kaum Quraisy (Ghatfan, Tamim) , sedangkan kaum Ansar yang berhempas-pulas dalam peperangan Hunain  (berlaku bulan Syawal tahun ke-8 Hijrah). Lalu sampai berita ini kepada Rasulullah ﷺ dan Baginda memberikan ucapan ini. Sebahagian kaum Ansar bertemu dan berbisik-bisik di antara mereka, masing-masing berkata di antara mereka : “Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya ﷺ.” Baginda ﷺ memberikan (ghanimah) kepada satu kaum dan membiarkan kita sedangkan pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka. Pada hari peperangan itu kaum kuffar mungkin saja bole

5 Syarat Hadis Sahih

#JOMBELAJARULUMHADIS Part 1   5 Syarat Hadis Sahih   Apa yang dimaksudkan dengan hadis? Hadis disisi ulama hadis bermaksud segala apa sahaja yang dinisbahkan pada Nabi Muhammad ﷺ dari segi perkataan, perbuatan, taqrir(Pengakuan) atau sifat samada fizikal atau akhlak dan sirah samada sebelum dan selepas menjadi Rasul. Bagi mereka yang melazimi diri dengan Ilmu Hadis, pastinya sentiasa mendengar hadis yang disebut sebagai hadis sahih, hadis hasan, hadis dhaif dan hadis Maudhu (Palsu).   Keempat darjat hadis ini berlaku apabila cukup 5 syarat ini dipanggil hadis sahih, dan jika berkurang salah satu syarat maka akan diturunkan peringkat darjat itu bawah daripada Hadis Sahih.   Apakah 5 Syarat Hadis Sahih?  Imam Al-Bayquni didalam kitab Manzhumah Al-Baiquniyyah menerangkan ada 5 syarat bagi hadis itu diterima ( Sahih ) . Apabila cukup kelima-lima syarat ini maka hadis itu darjatnya sahih, tanpa hilang satu daripada syarat tersebut.  Imam Al-Bayquni menyebut :  أَوَّلُهَا الصَّحِيْحُ وَهْوَ

Narsisisme Dan Ujub

✏️Narsisisme = Ujub Narsisisme adalah perkataan Yunani yang bermaksud memuja diri sendiri.  Ia juga digunakan dalam istilah kesihatan mental merujuk kepada penyakit Narcisistic Mental Disorder iaitu perasaan diri terlalu istimewa berbanding orang lain.  Orang seperti ini sangat percaya pada diri sendiri kerana rasa dirinya yang terbaik. Sifat ini dapat membentuk keyakinan kepada diri sendiri, Tetapi sifat ini sebenarnya palsu kerana keyakinan itu sangat rapuh dan mudah runtuh apabila diberi kritikan.  Dalam ilmu tasawwuf, Narsisisme ini digelar sebagai Ujub.  Bermaksud bangga dengan diri sendiri.  Imam Al - Ghazali RH menyatakan bahawa ujub adalah merasakan diri sendiri lebih soleh berbanding orang lain.  Sifat Ujub termasuk daripada sifat-sifat yang dicela. Allah SWT berfirman: فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ Maksudnya: maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang b

Qunut dibaca Jahar atau kuat pada keseluruhan bacaan.

Imam baca slow doa Qunut bahagian Faiinaka Taqdhi. Di dalam Doa Qunut yang selalu dibaca, ada  3 bahagian iaitu: 1- Permintaan. 2-  Pujian kepada Allah (الثناء)  3-  Selawat ke atas Nabi. Bahagian permintaan ialah kita meminta kepada Allah supaya memberi hidayah, afiah (kesihatan), pemeliharaan, keberkatan dan keselamatan daripada keburukan yang telah ditakdirkanNya. Setelah selesai meminta kepada Allah, maka kita pun memuji ALLAH dengan mengucapkan: فإنك تقضي ولا يقضى عليك،   Maksudnya: Maka Sesungguhnya Engkaulah yang menghukum (mentakdirkan sesuatu) dan tidaklah Engkau yang kena hukum.(yakni tiada yang akan dapat memberi mudarat  kepada Allah) إنه لا يذل من واليت Sesungguhnya tiada kehinaan bagi sesiapa yang yang telah Engkau pimpin (beri kemuliaan) ولا يعز من عاديت Dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi. تباركت ربنا وتعاليت Maha suci Engkau dan Maha Tinggi Engkau Wahai Tuhan kami. Isu Apabila solat berjemaah, Imam yang akan mewakili kita membacakan doa Qunut. Maka part

Nabi Adam AS Berdosa?

Saya terima soalan berkaitan Nabi Adam AS berdosa?  وعليكم السلام ورحمة الله.  بسم الله الرحمن الرحيم ، 1. Rasulullah SAW bersabda   كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ Maksudnya: Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat. Riwayat Ibn Majah (4392) Maksud anak adam itu adalah manusia, termasuk Nabi Adam AS.  2. Firman Allah SWT  Al-Mulk 67:2 ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًاۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ  Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Allah berhak menentukan Dosa Dan Pahala, Bukan kita.  3. Maksud maksum yang disepakati para Ulama adalah : A.  Amanah dalam menyampaikan wahyu tanpa mengubah dan menyembunyikan.  B.

Sejarah Syirik

✏️ Sejarah Syirik. بسم الله االرحمن الرحيم، Ibnu Jarir (2/334)menukilkan daripada Ibnu Abbas RA. Bahawa beliau menceritakan tentang kesyirikan manusia.  Kata Ibnu Abbas RA.  Manusia tidak pernah syirik kepada Allah sebelum zaman Nabi Nuh AS. Antara Nabi Adam AS hingga Nabi Nuh AS terdapat 10 generasi (1000 tahun).  Ketika zaman Nabi Nuh AS, manusia mula memyembah selain daripada Allah. Lalu Allah utus Nabi Nuh AS. Tetapi yang mendengar seruan Nabi Nuh AS tidak sampai 100 orang selepas 950tahun berdakwah. Maka Allah bersihkan dunia ini dari kesyirikan. Selepas Nabi Nuh AS wafat, anak dan pengikutnya yang taat telah membina peradaban dunia dan melahirkan zuriat yang baharu.  Sampai satu saat, para pengikut Nabi Nuh AS juga mati. Oleh kerana sifat soleh mereka, mereka diingati dan para manusia pada ketika itu membina tugu / patung sebagai tanda peringatan dan penghormatan. Tetapi mereka tidak menyembah tugu tersebut.  Selepas itu, muncul generasi baharu yang memuliakan mereka secara berle

SUKA DUKA HIDUP IBUNDA KITA: UMMU SALAMAH (BHG. 6/6)

Ummu Salamah menjawab, "Wahai Rasulullah, mereka ditimpa dengan apa yang engkau lihat sekarang (sedih, kecewa, penat dan rindu tidak terlunas). Apa kata, kamu keluar daripada khemah tetapi tidak bercakap dengan siapa pun lalu kamu bercukur dan melakukan sembelihan. Jika kamu berbuat demikian, pasti mereka akan menurutimu." Hakikatnya, para Sahabat bukanlah ingin membantah, apatah lagi mengingkari perintah Rasulullah SAW. Mereka cuma ingin berunding. Nabi SAW pun melakukan saranan Ummu Salamah.  Melihat kelakuan Nabi SAW, fahamlah para Sahabat akan kesalahan mereka lalu mula menuruti Baginda. Ini berpunca daripada idea Ummu Salamah RA.  Selepas kewafatan Nabi SAW,  Ummu Salamah banyak meriwayatkan hadith. Para Sahabat banyak merujuknya. Ummu Salamah pernah mewasiatkan agar sekiranya beliau meninggal dunia, Sa'd bin Zaid akan memimpin Solat Jenazah ke atasnya. Namun, umurnya dipanjangkan oleh Allah SWT, Sa'd bin Zaid sendiri lebih dahulu meninggal daripadanya.  Pada sua

SUKA DUKA HIDUP IBUNDA KITA: UMMU SALAMAH (BHG. 5/6)

Ummu Salamah RA terkenal dengan kebijaksanannya. Hal ini jelas sewaktu peristiwa Perjanjian al-Hudaibiyah. Pada tahun 6H, Nabi SAW telah mimpi bertawaf di Kaabah bersama para Sahabat. Lantaran itu, Baginda mengajak para Sahabat untuk melakukan ibadah umrah. Mereka menjangka bahawa umrah dapat dijalankan pada tahun itu namun Allah menangguhkan hasrat mereka pada tahun berikutnya. Kerinduan mereka kepada Kaabah tidak dapat dibendung lagi, maka berangkatlah Nabi SAW bersama 1400 orang sahabat. Mereka berangkat secara bersenjata kerana bersedia dengan sebarang kemungkinan. Setibanya di al-Hudaibiyah (kira-kira 20 km daripada kota Mekah), mereka dihalang oleh Musyrikin Mekah.  Nabi SAW lantas mengutus Uthman bin Affan sebagai wakil masuk ke dalam Mekah. Beberapa ketika selepas itu, Uthman masih tidak pulang dan Rasulullah menyangka bahawa dia telah dibunuh atau ditangkap oleh Musyrikin. Maka Nabi melaksanakan sebuah perjanjian yang dinamakan Bai'at al-Ridwan seperti yang dirakamkan Alla

SUKA DUKA HIDUP IBUNDA KITA: UMMU SALAMAH (BHG. 4/6)

Pada suatu hari, ketika Ummu Salamah sedang membersihkan kulit binatang, datang seorang utusan Rasulullah SAW. Dia membersihkan tangan dan mengalu-alukan kedatangannya. Lalu disampaikan kepadanya lamaran daripada Baginda SAW. Ummu Salamah berkata, "Aku ini seorang perempuan yang kuat cemburu. Aku juga mempunyai anak yang ramai. Aku tiada wali (semuanya di Mekah). Aku juga sudah tua." Ketika itu, dia masih menyayangi Abu Salamah dan berasa tidak layak untuk bersama dengan Rasulullah SAW. Dia menyambung, "Orang seperti aku, tidak layak untuk dinikahi." Ketika itu, Rasulullah SAW sudah beristeri 4 iaitu Saudah, Aisyah, Hafsah dan Zainab. Nabi membalas, "Adapun kamu katakan kamu sudah tua, aku lebih tua daripadamu. Adapun anakmu ramai, tidak mengapa, aku akan uruskan. Adapun kamu kuat cemburu, aku akan berdoa kepada Allah SWT agar dihilangkan kecemburuanmu. Adapun kamu tiada wali, jika wali kamu mengetahui bahawa aku akan menikahimu, mereka pasti akan reda." U

Hadis berkaitan Wabak Akhir Zaman

Soalan : Assalamu’alaikum ustaz.  Saya ingin bertanya tentang status hadis yang banyak dikongsikan semenjak isu Covid- 19 ini yang menyatakan :  ‘’Di akhir zaman nanti akan ada banyak wabak penyakit melanda manusia di dunia, hanya umatku yang terhindar kerana memelihara wuduknya’’ -  Riwayat Al-Thabrani.  Persoalan saya, adakah hadis ini sahih ? Jawapan : Wa’alaikumussalam w.b.t.  Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T.  Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Pertama sekali, perlu dijelaskan bahawa memang terdapat nas-nas syarak yang mengkhabarkan akan berlakunya wabak penyakit berjangkit pada generasi yang terkemudian dari kalangan umat ini. Antaranya adalah seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : لَ

SUKA DUKA HIDUP IBUNDA KITA: UMMU SALAMAH (BHG. 3/6)

Ada sebuah hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa di akhirat kelak, si isteri akan bersama dengan suaminya yang terakhir di dunia. Oleh kerana hadis ini, sebilangan para Sahabat melarang isterinya menikahi orang lain setelah mereka meninggal dunia contohnya Huzaifah. Ummu Darda' menolak lamaran Muawiyah juga kerana hadis ini. Hubungan Ummu Salamah dan Abu Salamah sangat kuat dan kukuh. Ketika sedang sakit, Ummu Salamah menceritakan hadis ini kepada Abu Salamah dan berkata, "Wahai suamiku, marilah kita mengikat janji. Kalau saya meninggal, kamu jangan bernikah selepasku dan kalau kamu meninggal, aku tidak akan menikahi orang lain." Lalu Abu Salamah bertanya  "Adakah kamu taat kepada aku, wahai Ummu Salamah?" "Ya", jawab isterinya.  Abu Salamah menyambung, "Oleh itu, jika aku mati kamu kahwinlah lagi." Kemudian dia mengangkat tangannya dan berdoa, "Ya Allah, anugerahkanlah kepada Ummu Salamah suami yang lebih baik daripada aku. Lelaki itu t

Tekanan Perasaan

✏️ Tekanan Perasaan selepas 19 Hari PKP.  بسم الله الرحمن الرحيم، Segala puji bagi Allah, yang telah memberi pelbagai ni'mat.  Terperap atau terkurung dalam sebuah tempat tanpa dapat melakukan rutin kebiasaan, akan menyebabkan hati tidak keruan.  Tidak dapat berkumpul, beriadah, bersembang, bersenda gurau seperti biasa ditempat kerja, di masjid, di taman rekreasi, di kedai makan dan lain - lain.  Tekanan ini normal bagi orang yang diganggu rutin kebiasaannya.  Namun begitu,  Dalam keadaan memelihara nyawa lebih utama, maka, kita perlu hadapi situasi ini dengan sabar dan tabah.  Pesanan ini Allah rakam dalam Firman-Nya ketika Rasulullah SAW mengalami tekanan yang menyempitkan jiwanya:  An-Nahl ayat 127 وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِى ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُونَ Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan janganlah kamu bersempit dada

Disebalik doa itu senjata

✏️Disebalik doa itu senjata. Ketika saat wabak melanda, selain mematuhi perintah kerajaan, sebagai seorang Muslim,kita berdoa kepada Allah.  Doa terkenal dengan sifatnya sebagai senjata Mukmin.  Jika digambarkan sebagai senjata yang hebat, maka, pengendali senjata juga mestilah hebat.  Bayangkan, keris yang tajam dan berbisa, dihayun oleh pendekar yang ulung, tangan yang kuat dengan penggerakan yang tangkas. Digunakan pada waktu yang tepat.  Maka, keris itu sangat berkesan.  Tetapi, jika keris yang sama digunakan oleh orang biasa, tangan yang cacat dan lemah, kesannya juga akan berkurang atau tiada langsung.  Begitulah doa,  Seorang Muslim, menadah tangan berdoa dilindungi dari wabak penyakit.  Tetapi hatinya tiada keikhlasan, tiada keyakinan.  Makanan dan minumannya dari sumber yang haram. Lidah yang menyebut doa pula banyak cercaan dan makian.  Akalnya penuh dengan kelalaian.  Dirinya penuh dengan maksiat.  Lalu dia berputus asa dan mengatakan Allah tidak mendengar doanya.  Layak kah

Berjimat ketika musibah

✏️Berjimat ketika musibah.  Waktu wabak atau musibah merupakan waktu susah dan sulit bagi setiap individu. Pelbagai masalah akan muncul memberi tekanan.  Ada yang sakit,hilang pekerjaan, tiada pendapatan, kelaparan, tekanan mental dan sebagainya.  Dan disebalik kesulitan ini, janganlah kita berterusan dengan cara hidup yang bersenang lenang.  Saat ini.. Kita pandanglah dengan mata hati kita, apa yang Allah telah tunjukkan kepada kita di dalam Al-Quran melalui Firman-Nya : Yusuf ayat 47 قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِى سُنۢبُلِهِۦٓ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تَأْكُلُونَ Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan ditangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Yusuf ayat 48 ثُمَّ يَأْتِى مِنۢ بَعْدِ ذٰلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تُحْصِنُونَ Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiska

SUKA DUKA HIDUP IBUNDA KITA: UMMU SALAMAH (BHG. 1/6)

Allah SWT memilih setiap isteri Nabi SAW dengan sebab yang tersendiri dan khusus. Allah SWT pernah memberi pilihan kepada mereka, antara kesenangan dunia atau kesusahan bersama Nabi lalu mereka semuanya memilih yang kedua. Diriwayatkan bahawa rumah Nabi SAW pernah tidak menyala api, iaitu tiada masakan makanan selama 2 bulan. Ditanya kepada A'isyah apa yang mereka makan, A'isyah menjawab, "al-Aswadan," iaitu kurma dan air. Setiap sejarah ibunda kita ini, wajar digali tauladannya. Wanita yang akan dikupas kisah hidupnya kali ini adalah wanita dalam kalangan Assabiqun al-Awwalin, dia juga wanita al-Hijratain (dua kali berhijrah, Habsyah dan Madinah), dialah wanita pertama yang berhijrah ke Madinah, dialah Ummul Mukminin. Nama asal Ummu Salamah RA adalah Hind bint Abi Umayyah ibn Mughirah, daripada Bani Makhzum. Bersepupu dengan Khalid al-Walid dan Abu Jahal. Beliau juga adalah saudara susuan kepada Ammar bin Yasir. Ummu Salamah terkenal sebagai wanita yang cerdas dan je

SUKA DUKA HIDUP IBUNDA KITA: UMMU SALAMAH (BHG. 2/6)

"Aku ingin turut serta bersama suamiku di Yathrib", jawab Ummu Salamah. Uthman bin Talhah bertanya lagi, "Ada orang menemani kamu dalam perjalanan?" "Demi Allah, tiada yang menemaniku selain Allah dan anakku ini", ujar Ummu Salamah. Uthman menyambung, "Demi Allah, orang seperti kamu perlu ditolong." Tanpa bertangguh, maka dia mengambil tali unta dan memimpin perjalanan menuju Yathrib.  Ummu Salamah pernah berkata, "Aku tidak pernah menemui lelaki Arab yang lebih mulia daripada Uthman bin Talhah. Setiap kali kami menghampiri perhentian, Uthman akan menambat untaku dan mendudukkannya. Lalu dia akan menjauhi diriku. Aku akan turun bersama dengan anakku ke tempat istirehat. Lantas Uthman akan datang semula mengambil untaku bersamanya dan pergi mengambil tempat rehat yang agak jauh daripada kami. Ketika waktu telah tiba untuk menyambung perjalanan, Uthman akan mengambil untaku, mendudukkannya lalu memasang pelananya dan berkata, 'Naiklah.'