Sifat Ahli Syurga : Surah Ali Imran

✏️ Tadabbur Surah 3 (Ali Imran 134 - 136) : Sifat Ahli Syurga. 

Rentetan dari tadabbur surah Az - Zariyat tentang sifat ahli syurga, dikhabarkan juga sifat - sifat ini melalui Surah Ali Imran. 

..
Ahli syurga yang terdiri dari orang bertaqwa memiliki sifat terpuji yang pelbagai, tidak tertumpu pada 1 kebaikan sahaja. 

1. Mengeluarkan harta pada jalan Allah dalam waktu senang atau susah. 

2. Menahan marah di dalam hati iaitu apabila dia dikuasai marah, orang di sekelilingnya tidak terkena lempias marahnya. 

3. Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain terhadap dirinya. 

Ali Imran 3:134

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلْكَٰظِمِينَ ٱلْغَيْظَ وَٱلْعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ 

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
...
Namun, orang yang bertaqwa, tidak terlepas dari melakukan dosa.  

Tetapi, tindak balas orang yang bertaqwa amat berbeza dari pendosa tegar.

1. Mereka segera ingat kepada Allah dan memohon ampun kerana yakin bahawa Allah sahaja yang boleh mengampunkan dosa mereka. 

2. Mereka terus meninggalkan dosa yang telah mereka lakukan, tanpa mengulangi perbuatan tersebut. 

Ali Imran 3:135

وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا۟ فَٰحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا۟ ٱللَّهَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلُوا۟ وَهُمْ يَعْلَمُونَ 

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
..

Lalu, Allah janjikan balasan terbaik buat orang yang bertaqwa. Kerana sifat yakin dan cinta kepada Allah. 

Ali Imran 3:136

أُو۟لَٰٓئِكَ جَزَآؤُهُم مَّغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَجَنَّٰتٌ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ وَنِعْمَ أَجْرُ ٱلْعَٰمِلِينَ 

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Mohd Nasyran 
Utara Perak 
2.44pm

#Muhasabah
#NilaiDiriSendiri

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?