5 Syarat Hadis Sahih
#JOMBELAJARULUMHADIS Part 1
5 Syarat Hadis Sahih
Apa yang dimaksudkan dengan hadis?
Hadis disisi ulama hadis bermaksud segala apa sahaja yang dinisbahkan pada Nabi Muhammad ﷺ dari segi perkataan, perbuatan, taqrir(Pengakuan) atau sifat samada fizikal atau akhlak dan sirah samada sebelum dan selepas menjadi Rasul.
Bagi mereka yang melazimi diri dengan Ilmu Hadis, pastinya sentiasa mendengar hadis yang disebut sebagai hadis sahih, hadis hasan, hadis dhaif dan hadis Maudhu (Palsu).
Keempat darjat hadis ini berlaku apabila cukup 5 syarat ini dipanggil hadis sahih, dan jika berkurang salah satu syarat maka akan diturunkan peringkat darjat itu bawah daripada Hadis Sahih.
Apakah 5 Syarat Hadis Sahih?
Imam Al-Bayquni didalam kitab Manzhumah Al-Baiquniyyah menerangkan ada 5 syarat bagi hadis itu diterima ( Sahih ) . Apabila cukup kelima-lima syarat ini maka hadis itu darjatnya sahih, tanpa hilang satu daripada syarat tersebut.
Imam Al-Bayquni menyebut :
أَوَّلُهَا الصَّحِيْحُ وَهْوَ مَا اتَّصَلْ * إِسْنَادُهُ وَلَمْ يَشُذَّ أَوْ يُعَلّْ
يَرْوِيْهِ عَدْلٌ ضَابِطٌ عَنْ مِثْلِهِ * مُعْتَمَدٌ فِي ضَبْطِهِ وَنَقْلِهِ
Maksudnya :
Pertama, Sahih itu ada apa yang bersambung sanadnya dan
tiada syaz dan tiada ‘Ilah,
Perawi nya mestilah ‘Adil Dhobit yang seumpanya nya yang diakui akan dhabit dan riwayatnya,
Disini kita dapat keluarkan 5 syarat hadis sahih itu :
1.SANAD YANG BERSAMBUNG
Sanad sebuah hadis itu mestilah bersambung diantara setiap perawi daripada awal sehingga akhir sanad tersebut. Bersambung hadis tersebut disetiap zaman dan pasti wujudnya pertemuan diantara perawi perawi tersebut hingga ke Nabi ﷺ.
2.PERAWI HADIS MESTILAH SEORANG ‘ADIL
Perawi mestilah seorang yang dikenali bertaqwa dan tidak melakukan dosa secara berterusan.
Maksud ‘Adil didalam ilmu hadis terhadap perawi dilihat atas 5 ciri : Islam,baligh,berakal,tidak fasiq,menjaga maruah.
3.Perawi hadis mestilah seorang yang Dhabit:
Dhabit pula bermaksud orang yang kuat dan sempurna hafazannya, selamat daripada melakukan kesalahan dan berkemampuan untuk menghadirkan apa yang dihafalnya pada bila–bila masa yang dikehendaki.
Dhabit terbahagi kepada dua iaitu Dhabit Shodri (hafalan) dan Dhabit Kitabi (tulisan):
Dhabit Sodri: Perawi yang menghafaz apa yang didengarnya dan mampu untuk memberitahu apa yang didengar atau dihafalnya pada bila-bila masa sahaja.
Dhabit Kitabi: Perawi yang menjaga catatannya daripada hilang, dicuri, diubah atau diseleweng bermula dari saat dia mencatatnya sehinggalah dia diminta untuk mengemukakan catatannya.
4.Tiada Syaz
Hadis atau riwayat tersebut tidak bertentangan dengan riwayat lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah daripadanya. Hadis syaz ialah hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi bertentangan dengan hadis atau riwayat lain yang lebih thiqah daripadanya.
5.Tiada ‘Illah
Riwayat atau hadis selamat daripada kecacatan iaitu sebarang kecacatan yang boleh menghalang sesebuah hadis itu daripada mencapai darjat sahih seperti hadis yang terkandung di dalam sanadnya perawi yang fasiq atau pemalsu dan pendusta hadis.
Hal ini merupakan disiplin yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama hadis terdahulu untuk menerima sesuatu periwayatan yang disandarkan kepada Nabi ﷺ. Jika kelima syarat ini dipastikan wujud maka hadis itu akan disandarkan dengan ucapan , perbuatan atau pengakuan Nabi ﷺ.
Kerana tidak semua hadis yang akan diterima, kemungkinan ada yang dicipta oleh mereka yang sengaja untuk memuaskan kehendak nafsu mereka. Wujudnya perbezaan terhadap kata kata Nabi ﷺ.
Kerana kata kata Nabi ﷺ merupakan sumber hukum didalam agama, sedangkan kata-kata yang direka, hanya lah menjadi fitnah kepada agama.
Semoga Allah melindungi kita. Ayuh Semak Hadis Sebelum Menyebarkan-nya.
Ibn RamzĪ,
Team Hakaza Sunnah,
https://t.me/hakazasunnah
Comments
Post a Comment