Sifat Ahli Syurga : Surah Az-Zariyat (51)
✏️Tadaabur Surah 51 Az -Zariyat : Sifat - Sifat Ahli Syurga.
Antara bukti kasih sayang Allah kepada kita adalah ganjaran Syurga yang kekal abadi.
Syurga ini buruan Orang bertaqwa, syurga ini mahal harganya, sangat sukar dicari, melainkan bagi orang yang sangat mencintai Allah.
Firman Allah SWT
Az-Zariyat 51:15
إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى جَنَّٰتٍ وَعُيُونٍ
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
...
Syurga adalah tempat segala nikmat. Hasil kesabaran dan penat menahan nafsu, syahwat, maksiat dan pelbagai larangan dari Allah ketika di dunia.
Ia juga hasil buruan orang bertaqwa dengan cara mengamal segala perintah Allah dan melakukan amal soleh dengan bersungguh - sungguh.
Firman Allah SWT
Az-Zariyat 51:16
ءَاخِذِينَ مَآ ءَاتَىٰهُمْ رَبُّهُمْۚ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ
(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
..
Mereka yang memburu kasih dan cinta Ilahi ini memiliki tanda dan sifat. Gambaran Sifat Ahli syurga ini diceritakan sebahagiannya dalam Firman Allah ini.
Sifat 1 : Kurang Tidur kerana mengingati Allah.
Az-Zariyat 51:17
كَانُوا۟ قَلِيلًا مِّنَ ٱلَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
..
Sifat 2 : Apabila tiba waktu sahur (30 - 50 Minit sebelum subuh), mereka mengingati dosa dan memohon keampunan Allah.
Az-Zariyat 51:18
وَبِٱلْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
..
Sifat 3 : Menghapus kebakhilan dari hati.
Az-Zariyat 51:19
وَفِىٓ أَمْوَٰلِهِمْ حَقٌّ لِّلسَّآئِلِ وَٱلْمَحْرُومِ
Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
...
Menjadi orang Islam hanya dengan syahadah,
Melakukan kebaikan cukup sekadar senyuman dan salam.
Tetapi menjadi orang Islam yang baik dan bertaqwa, yang memiliki sifat ahli syurga memerlukan mujahadah yang tinggi dan konsisten (istiqamah).
#PeringatanUntukDiri
#PeringatanUntukSemua
#Muhasabah
Comments
Post a Comment