Sabda Rasulullah SAW di hadapan Kaum Ansar selepas Perang Hunain.

:: Bercucuran Air Mata Kaum Ansar Membasahi Janggut Selepas Mendengar Ucapan Rasulullah ﷺ Ini ::

Dr. Sa’id Ramadhan al-Buthi (1434 H) Rahimahullah mengisahkan cerita ini juga tidak dapat menahan air mata ketika menceritakan kisah ini.

• Diterjemah oleh Ustaz Muhammad Najmi Rohaizad

Rasulullah ﷺ memberikan ucapan ini selepas sebahagian kaum Ansar tidak berpuas hati kerana Rasulullah membahagikan harta rampasan perang (ghanimah) lebih banyak kepasa kaum Quraisy (Ghatfan, Tamim) , sedangkan kaum Ansar yang berhempas-pulas dalam peperangan Hunain  (berlaku bulan Syawal tahun ke-8 Hijrah). Lalu sampai berita ini kepada Rasulullah ﷺ dan Baginda memberikan ucapan ini.

Sebahagian kaum Ansar bertemu dan berbisik-bisik di antara mereka, masing-masing berkata di antara mereka : “Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya ﷺ.”

Baginda ﷺ memberikan (ghanimah) kepada satu kaum dan membiarkan kita sedangkan pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka. Pada hari peperangan itu kaum kuffar mungkin saja boleh membunuh mereka lalu sampai berita ini kepada Rasulullah ﷺ.

Dan Rasulullah ﷺ menghimpunkan kaum Ansar di hujung perkampungan jauh sedikit dari ahli Mekah. Rasulullah ﷺ memberi ucapan yang sangat menusuk jiwa kepada mereka, satu ucapan yang penuh kelembutan dan membuatkan lidah terkelu.

Aku sangat berharap kalau boleh setiap orang muslim hafaz ucapan ini. Selepas memuji Allah Subhanahu wa Ta’ala lalu Rasulullah bersabda: “Wahai kaum Ansar! Aku telah dengar apa yang kalian perkatakan. Bukankah ketika aku datang kalian masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah melalui perantaraan aku? Dan ketika itu kalian masih bermusuhan, kemudian Allah satukan hati kalian melalui perantaraanku? Dan ketika itu kalian menderita kemudian Allah membuat kalian rasa cukup dengan perantaraanku?”

Benar, hanya bagi Allah dan RasulNya segala sifat pemurah dan keutamaan. Lalu Rasulullah ﷺ berdiri dan berkata: “Kenapa kalian tidak menjawab wahai kaum Ansar?” 

Mereka menjawab: “Kami telah sahut wahai Rasulullah, kami berkata hanya bagi Allah dan RasulNya segala sifat pemurah dan keutamaan.”

Rasulullah berkata lagi: “Kenapa kalian tidak menjawab wahai kaum Ansar?” 

Mereka menjawab: “Kami telah sahut wahai Rasulullah.” 

Rasulullah berkata: “Jika kalian mahu, tentu kalian dapat menjawab dengan jawapan ini kalian akan berkata benar dan ucapan kalian akan dibenarkan kalian datang sebagai orang yang dihinakan, kemudian kami bela datang sebagai orang yang didustakan, kemudian kami benarkan datang sebagai orang yang susah, kemudian kami bantu. Katakanlah wahai kaum Ansar, katakan. Kalau kalian katakan pasti kalian benar dan akan dibenarkan.”

Kaum Ansar menjawab: “Tidak wahai Rasulullah, hanya bagi Allah dan RasulNya segala sifat pemurah dan keutamaan.”

Rasulullah ﷺ berkata lagi: “Wahai kaum Ansar, adakah kalian marah terhadapku hanya kerana kenikmatan duniawi yang aku gunakan untuk melembutkan hati satu kaum supaya mereka terima Islam? Dan aku menjadi saksi atas keislamanmu itu. Adakah kalian tidak redha melihat mereka pulang dengan kambing dan unta, sedangkan kalian pulang ke negeri kalian dengan membawa Rasulullah. Demi Allah, apa yang kalian bawa pulang itu lebih baik daripada apa yang mereka bawa pulang. Demi Allah yang menguasai diriku, kalau bukan kerana hijrah nescaya aku menjadi salah seorang dari kaum Ansar, orang lain pembantuku tetapi kaum Ansar adalah pendampingku. Sesungguhnya kalian akan menghadapi ujian maka bersabarlah sehingga kalian bertemu denganku di telaga Syurga. Ya Allah, ya Tuhanku! Limpahkan rahmat-Mu kepada kaum Ansar, kepada anak-anak kaum Ansar dan kepada cucu-cicit mereka.”

Menangis ke semua kaum Ansar dan basah janggut-janggut mereka dengan titisan air mata disebabkan ucapan yang sangat menusuk kalbu iaitu ucapan yang disampaikan oleh Rasulullah ﷺ kepada mereka. Khutbah dan ucapan ini sepatutnya diberi perhatian dan dihafaz, diulang-ulang supaya dengannya kita dapat menjiwai kalam-kalam daripada Rasulullah ﷺ .

HR. Al-Bukhari (no. 4330, 4331) Muslim (no. 1059, 1061, 1775) Imam Ahmad (no. 11547, 12952, 16470) dalam musnadnya, dan berbagai lagi riwayat lain.

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

-SM-

Mahu bacaan lain? Sila klik di link ini👇🏻👇🏻

https://t.me/skuadpemudaislam

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?