Posts

Showing posts from May, 2014

Epitaxis dan teknik nasal packing

Nak kongsi ilmu pasal epistaxis (nasal bleed) dan cara nasal packing sbb semalam baru dgr CME...   Epitaxis ialah perkara biasa terjadi di Jabatan Kecemasan..Kebanyakan pendarahan yang berlaku adalah di kawasan (Little's Area) atau dikenali juga sebagai (Kiesselbach's area). Kawasan ini terletak di bahagian anterior septum (septum hadapan) . kawasan tersebut mempunyai cabang 4 arteri utama bahagian nasal iaitu :- 1. Anterior ethmoidal artery (ophtalmic artery) 2. Sphenopalatine artery (terminal branch of maxilary artery) 3. Greater palatine artery (maxilary artery) 4. Superior labial artery (facial artery) Terdapat juga epitaxis yang berpunca daripada salur darah yang pecah akibat tekanan darah tinggi (Hypertension). Kebiasaannya pendarahan ini tidak berlaku di kawasan hadapan tetapi berlaku dikawasan Posterior (belakang) nasal. Kawasan ini mempunyai artery utama yang menjadi punca kepada cabang artery di bahagian Little's area tadi. Punca berlaku pendar