Posts

Showing posts from September, 2019

Dosa besar ke 44 : Pengukir Patung atau Lukisan Pada Pakaian dan Dinding.

Lukisan dan ukiran patung adalah antara bidang dalam perkembangan manusia. Ia memiliki nilai estetika pada hasil kerja tersebut. Kadangkala ia menjadi identiti kepada bangsa, benua atau negara. Ia adalah bukti ketamadunan dalam sesebuah negara yang memiliki kerajaan Namun begitu, terdapat sempadan had, bagi seorang muslim untuk membuktikan kemahirannya dalam bidang seni.  Kerana apa? Kerana, sejarah telah membuktikan bahawa hasil ukiran atau lukisan mampu membuatkan seseorang atau masyarakat menjadi kagum lalu menyembah ukiran atau lukisan tersebut. Firman Allah SWT Ta ha ayat 85 قَالَ فَإِنَّا قَدْ فَتَنَّا قَوْمَكَ مِنۢ بَعْدِكَ وَأَضَلَّهُمُ السَّامِرِىُّ Allah berfirman: "Maka sesungguhnya Kami telah menguji kaummu sesudah kamu tinggalkan, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri. Apa yang dilakukan oleh Samiri ini? Ta ha ayat 88 فَأَخْرَجَ لَهُمْ عِجْلًا جَسَدًا لَّهُۥ خُوَارٌ فَقَالُوا هٰذَآ إِلٰهُكُمْ وَإِلٰهُ مُوسٰى فَنَسِىَ

Dosa besar ke 43 : Pemutus Silaturahim.

  Silaturahim adalah 2 kalimah yang berbeza. 1. Silah (صلة) bermaksud jalan, penyambung atau hubungan. 2. Rahim (رحيم) bermaksud penyayang, rahim ibu, atau hubungan kerabat. Kalimah ini digabung bagi menggambarkan hubungan keluarga yang erat kerana lahir dari rahim ibu yang sama. Sama ada rahim ibu sendiri (adik beradik) Rahim nenek (adik beradik ibu atau bapa) Atau lain2 yang ada kaitan keturunan. Hubungan yang erat ini merupakan kekuatan dalam persaudaraan. Di tambah pula dengan sifat agama Islam yang sangat mementingkan persaudaraan. Mengapa silaturahim ini penting?   Kerana, sekurang - kurang hubungan keluarga itu akan kembali apa berlaku kematian. Dalam pandangan Islam, Jika berlaku kematian,  urusan kematian perlu dilakukan oleh ahli keluarga. Urusan Mandi, Kafan, Solat dan Kebumi. Ahli keluarga terdekat perlu menguruskannya. Harta, hutang, doa dan lain2 akan diurus oleh ahli keluarga. Sekiranya kita menjadi musuh dan pemutus si

Dosa besar ke 42 : Nusyuz seorang Isteri.

Nusyuz adalah sinonim dengan perkahwinan. Dan seringkali dikaitkan dengan ketaatan seorang Isteri kepada suaminya. Menuruk tafsiran Jabatan Agama Islam., Nusyuz bermaksud seorang isteri melakukan suatu yang bertentangan dengan kehendak atau kemahuan suami menurut syarak. Contoh : 1. Keluar rumah tanpa izin suami. 2. Melakukan hubungan sulit. 3. Lari dari rumah. Dan lain - lain lagi. Namun begitu, nusyuz terikat dengan perintah syarak. Apabila melawan perintah suami pada perkara yang dilarang syarak, isteri tidak lagi digelar nusyuz. Contoh : 1. Tidak mahu istimta' (bersetubuh) ketika haid, nifas atau wiladah. 2. Melawan perintah suami yang menyuruh berbuat maksiat seperti buka tudung dikhalayak ramai. 3. Lari dari rumah kerana suami kaki pukul atau dera. Ketika berlaku situasi seperti ini, dari isteri melarikan diri atau melwan kehendak suami, ia adalah kebajikan di sisi Allah SWT dan terlepas dari dosa nusyuz. Nusyuz bukan sa

Dosa besar ke 41: Membenarkan Ahli Sihir dan Tukang Tilik.

Tukang sihir dan tukang tilik ini sangat masyhur setiap zaman. Zaman Nabi Musa dan zaman selepasnya. Termasuk zaman Nabi Isa AS, Nabi Sulaiman AS, juga tidak terlepas pada zaman Nabi Muhammad SAW. Dan amalan ini kekal hingga hari ini. Sihir dan tilik tidak pernah hilang dari setiap zaman. Kerana itu, Allah meletakkan hukum haram kepada kedua dua amalan ini. Akibat daripada amalan ini sangat teruk sehingga dosa yang paling besar adalah menjadi syirik. Menjadi tukang sihir dan tukang tilik adalah dosa besar. Dalam hal yang lain pula, orang yang mengunjungi, berjumpa dengan tukang sihir dan tukang tilik ini juga adalah dosa. Dosa mengunjungi mereka inilah yang dipanggil membenarkan sihir dan tukang tilik. Termasuk di dalam dosa ini, orang yang mengatakan kata - kata tukang sihir dan tukang tilik, walaupun tidak berjumpa mereka, tidak menjadi pelanggan mereka. Percaya dengan kata - kata tukang sihir dan tukang tilik juga termasuk dalam dosa membenark

Dosa besar ke 40 : Mengkhianati Ketua dan Seumpamanya.

Ketua merupakan individu penting dalam masyarakat. Dalam apa jua keadaan, pasti memerlukan ketua sebagai pemandu Sekiranya tiada ketua, pasti akan ada masalah dalam situasi tersebut kerana tiada yang dapat menjadi rujukan. Apabila kita memilih ketua, tidak kira dalam apa keadaan sekalipun. Baik memilih ketua keluarga (memilih suami) Ketua kampung Pengerusi Penghulu Menteri dan sebagainya. Kita perlu terikat dengan perjanjian taat setia. Bagi umat Islam, taat setia ini berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Sekiranya sumber utama di atas dilanggar, maka, Orang bawah perlu menegur dan membetulkan. Sekiranya teguran itu diterima dan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah, maka,  kembalilah org bawah untuk taat. Sekiranya dia gagal untuk menerima teguran dan kembali kepada jalan yang benar,  maka ketua itu tidak lagi layak untuk ditaati. Oleh itu, umat Islam terikat dengan perjanjian taat setia dengan ketua. Sekiranya kita melan

Dosa besar ke 39 : Orang Yamg suka Melaknat

Manusia tercipta dengan 2 gaya berfikir iaitu : 1. Baik 2. Jahat Menjadi lumrah manusia apabila tidak suka pada sesuatu, Dia akan berkata tidak baik tentang perkara tersebut. Sama ada pada orang, haiwan, benda, tempat dan sebagainya. Berkata tidak baik ini adalah sifat melaknat dan mencela. Ia merupakan sifat mazmumah, yang perlu dibuang dari diri seorang mukmin.   Lebih - lebih lagi apabila yang dicelanya itu adalah  orang beriman. Sabda Rasulullah SAW, "Melaknat seorang Mukmin itu seumpama membunuhnya" Muttafaqun alaih, daripada Tsabit bin Al-Dhahhak. Perbuatan melaknat atau mencela orang Islam digambarkan seperti membunuhnya. Membunuh orang Islam adalah suatu dosa yang besar. Dan tempatnya di neraka Jahannam. Berhati - hati dalam kita berkata - kata, kerana sesama Islam perlu menjaga lidah dari melaknat atau mencela.  Rasulullah SAW bersabda lagi, "Mencela seorang Muslim merupakan perbuatan fasiq dan m