Dosa Besar ke 36 : Orang yang mengungkit - ungkit Pemberian.

Umat Islam terkenal terkenal dengan sikap pemurah dan suka memberi kepada yang memerlukan

Bahkan, Islam sangat menggalakkan bersedekah, terutama kepada ahli keluarga dan kerabat yang 
susah.

Nilai pertolongan ini, akan mendatangkan sifat terhutang budi kepada sesiapa.

Dan adakalanya sehingga dibawa mati.

Namun begitu, kita tidak lepas dari tipu daya Syaitan.

Yang terus menerus menghasut kita agar melakukan dosa.

 Antara dosa di dalam bersedekah, yang menyebabkan kita menjadi muflis di akhirat adalah sikap mengungkit

 Sikap mengungkit bukan sahaja menghapus amalan kebajikan, tetapi, yang lebib teruk, ia menambah dosa selepas melakukan kebajikan.

  Firman Allah SWT

  Al-Baqarah ayat 264

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقٰتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذٰى كَالَّذِى يُنْفِقُ مَالَهُۥ رِئَآءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْءَاخِرِ ۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُۥ وَابِلٌ فَتَرَكَهُۥ صَلْدًا ۖ لَّا يَقْدِرُونَ عَلٰى شَىْءٍ مِّمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الْكٰفِرِينَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
 
 Jangan kita hilangkan pahala amal kita dengan mengungkit sedekah kita.

Ia adalah perangai orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda,

"Tiga golongan yang Allah tidak akan berbicara dengannya dan tidak melihat mereka pada hari kiamat, tidak menyucikan mereka (daripada dosa), dan bagi mereka azab yang pedih :

1. Orang yang melabuhkan kain (kerana sombong).

2. Orang yang selalu mengungkit pemberian.

3. Peniaga yang melariskan barangan jualannya dengan sumpah dusta. "

Hadis Sahih, Riwayat Imam Muslim, daripada Abu Zar.

Dinukilkan daripada Rasulullah SAW,

"Tiga orang yang Allah tidak menerima taubat mahupun tebusan mereka :

1. Anak derhaka.

2. Orang yang mengungkit pemberian.

3. Pendusta Qada Qadar (ketentuan Allah)."

Riwayat Abu 'Asim.

Dalam hadis pertama tadi, amat rugi bahkan kecewalah orang yang berada dalam 3 golongan ini kerana.

1. Allah tidak mahu berbicara dengannya. 

2. Allah tidak mahu melihat (memandang) dia.

3. Allah tidak menyucikan dia dari dosa.

4. Allah beri azab yang pedih.

Kerana mengungkit sedikit sahaja, seluruh pahala bersedekah musnah.

Ketika itu, apa lagi yang tinggal pada kita?

Pahala kurang, doaa bertambah.

Apa lagi nilai kita di sisi Allah?

Apa lagi bayaran yang boleh kita tunjuk bagi mendapatkan Syurga Allah?

Allah..

Pelihara kami dari melakukan dosa..

Kami berlindung dari kemurkaanMu Ya Allah.

Kitab Dosa - dosa besar, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih