Dosa besar ke 39 : Orang Yamg suka Melaknat


Manusia tercipta dengan 2 gaya berfikir iaitu :

1. Baik

2. Jahat

Menjadi lumrah manusia apabila tidak suka pada sesuatu,

Dia akan berkata tidak baik tentang perkara tersebut.

Sama ada pada orang, haiwan, benda, tempat dan sebagainya.

Berkata tidak baik ini adalah sifat melaknat dan mencela.

Ia merupakan sifat mazmumah, yang perlu dibuang dari diri seorang mukmin.

 
Lebih - lebih lagi apabila yang dicelanya itu adalah  orang beriman.

Sabda Rasulullah SAW,

"Melaknat seorang Mukmin itu seumpama membunuhnya"

Muttafaqun alaih, daripada Tsabit bin Al-Dhahhak.

Perbuatan melaknat atau mencela orang Islam digambarkan seperti membunuhnya.

Membunuh orang Islam adalah suatu dosa yang besar.

Dan tempatnya di neraka Jahannam.

Berhati - hati dalam kita berkata - kata, kerana sesama Islam perlu menjaga lidah dari melaknat atau mencela.

 Rasulullah SAW bersabda lagi,

"Mencela seorang Muslim merupakan perbuatan fasiq dan membunuhnya pula kufur."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Mas'ud.

Perbuatan ini boleh menjadikan pelakunya kufur, bermaksud, ia telah mendekati kekafiran.

 Rasulullah SAW bersabda lagi,

"Para pelaknat tidak dapat menjadi pemberi syafaat dan saksi pada hari kiamat"

Riwayat Muslim, daripada Abu Darda'

Setiap Muslim mampu memberi penyaksian dan syafaat kepada sahabat atau kenalan atau yang pernah melakukan kebaikan bersama seperti solat jemaah, berpuasa bersama, haji bersama, bermuzakarah dan lain - lain kebajikan.

Penyaksian dan syafaat ini menguatkan ikatan di Mahsyar lalu peluang untuk ke Syurga lebih tinggi.

Apabila melakukan laknat dan celaan, maka, keistimewaan ini akan terhapus.

Pelakunya akan bersendirian di Mahsyar kelak.

Rasulullah SAW melarang perbuatan laknat. Sabda Rasulullah SAW,

"Tidak sepatutnya seorang sahabat menjadi orang yang suka melaknat (sahabatnya)."

Riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah.

Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Seorang Mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, melaknat, jahat dan bermulut celupar."

Riwayat Al-Tirmizi, daripada Ibnu Mas'ud.

Bermaksud, orang yang suka mencela, melaknat, jahat dan bermulut celupar adalah orang yang tidak beriman kepada Allah SWT.

Hadis di atas dihukum sebagai hasan oleh Al-Tirmizi.

Rasulullah SAW menggambarkan perjalanan laknat dalam sebuah hadis, sabda baginda,

"Sesungguhnya apabila seorang hamba melaknat sesuatu, laknat tersebut akan naik ke langit lalu pintu langit tertutup hadapannya.

Kemudian ia turun ke bumi lalu pintunya juga tertutup dihadapannya.

Kemudian ia akan menuju ke kanan dan kiri. Jika tidak mendapati tempat masuk, ia akan 

kembali kepada orang yang dilaknat jika benar dia berciri sedemikian.

Jika tidak, ia akan kembali kepada orang yang mengucapkannya. "

Riwayat Abu Daud, daripada Abu Darda'.

Perhatikan apa yang diri kita ucapkan, sekiranya kita melaknat tanpa sebarang sebab yang benar, ia umpama kita melaknat diri kita sendiri.

Rasulullah SAW pernah menghukum seorang perempuan yang melaknat untanya apabila ia merentapnya.

Dalam hadis tersebut dinukilkan oleh Imran bahawa,

"Ketika Rasulullah SAW berada dalam satu perjalanan, dan bersamanya juga seorang wanita Ansar yang menaiki unta. Tiba - tiba unta itu bergerak dengan kuat, lantas perempuan itu melaknatnya.

Rasulullah SAW mendengar ucapan perempuan itu, lalu bersabda:

"Ambillah segala barang yang ada diatasnya (unta) dan biarkan ia, kerana ia sudah dilaknat."

'Imran berkata :

"sekarang, aku dapat melihatnya seolah - olah sedang berjalan ditengah manusia dan tiada siapa pun yang menghalangnya."

Riwayat Muslim.

Melaknat haiwan dengan sesuka hati, lantas haiwan itu tidak boleh dimanfaatkan lagi atas perintah Rasulullah SAW.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda,

"Sesungguhnya riba yang paling berat ialah seseorang yang mengaibkan kehormatan saudara Muslimnya."

Riwayat Abu Daud.

Menurut Al - Amir Al - Shan'ani,

Riba bermaksud lebihan dan tidak khusus pada harta sahaja, bahkan ia berlaku pada ucapan dan perbuatan yang dilakukan secara berlebihan dan tidak dibenarkan syarak.

Marilah kita sama - sama memelihara hati dan lidah kita daripada perbuatan mencela, memaki, melaknat atau apa - apa yang menyakiti hati orang lain.

Dosa ini merupakan dosa yang berat, hinggakan kita jauh dari syafaat dan penyaksian di akhirat.

Pastinya kita tidak mahu bersendirian di sana.

Maka, sebaiknya kita menjaga dan menghindari perbuatan dosa, agar kita termasuk di kalangan orang yang beriman.

Kitab Dosa - dosa Besar, Terjemahan Al- Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.
 

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih