Dosa besar ke 43 : Pemutus Silaturahim.


  Silaturahim adalah 2 kalimah yang berbeza.

1. Silah (صلة) bermaksud jalan, penyambung atau hubungan.

2. Rahim (رحيم) bermaksud penyayang, rahim ibu, atau hubungan kerabat.

Kalimah ini digabung bagi menggambarkan hubungan keluarga yang erat kerana lahir dari rahim ibu yang sama.

Sama ada rahim ibu sendiri (adik beradik)

Rahim nenek (adik beradik ibu atau bapa)

Atau lain2 yang ada kaitan keturunan.

Hubungan yang erat ini merupakan kekuatan dalam persaudaraan. Di tambah pula dengan sifat agama Islam yang sangat mementingkan persaudaraan.

Mengapa silaturahim ini penting?
 
Kerana, sekurang - kurang hubungan keluarga itu akan kembali apa berlaku kematian.
Dalam pandangan Islam,

Jika berlaku kematian,  urusan kematian perlu dilakukan oleh ahli keluarga.

Urusan Mandi, Kafan, Solat dan Kebumi. Ahli keluarga terdekat perlu menguruskannya.
Harta, hutang, doa dan lain2 akan diurus oleh ahli keluarga.

Sekiranya kita menjadi musuh dan pemutus silaturahim ini, maka, siapa yang akan mengurus?

Siapa yang akan terus menerus mendoakan keampunan buat kita?

Orang lain mungkin ingat sehari dua. Seminggu, sebulan.

Tetapi, ahli keluarga, akan sentiasa mendoakan kita.

Terutama jika kita adalah orang yang baik dan sentiasa menyambung ukhwah silaturahim ini.

Oleh itu, Allah mewajibkan umat Islam supaya menjaga hubungan silaturahim ini.
Perintah ini disebut di dalam firman Allah SWT

 An-Nisa' ayat 1

يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِى خَلَقَكُمْ مِّنْ نَّفْسٍ وٰحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَآءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.
 
Permulaan ayat ini Allah SWT telah mulakan dengan penciptaan manusia dan kelahirannya dari rahim wanita.

Seterusnya Allah perintahkan untuk bertaqwa kepada Allah.

Iaitu takut kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi semua larangan Allah.

Kemudian, Allah perintah supaya jaga hubungan silaturahim.

Dan hujung ayat, Allah tutup dengan sifatnya yang memelihara, menjaga dan mengawasi kita setiap masa.

Allah juga pelihara dan menjaga kita, tak kan kita pula nak memutuskan hubungan silaturahim yang telah Allah cipta untuk kita.

Supaya kita bertaqwa.

Sekiranya kita tidak memelihara hubungan ini, maka, kita termasuk dikalangan orang yang tidak bertaqwa. Dan dilaknat Allah SWT..

Firman Allah SWT

Muhammad ayat 22

فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِى الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوٓا أَرْحَامَكُمْ

Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?
 
 
Muhammad ayat 23

أُولٰٓئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمٰىٓ أَبْصٰرَهُمْ

Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.
 
Allah soal kita pada ayat 22.

Hebat sangat ke kita sampai melakukan kerosakan dan memutuskan hubungan keluarga?
Allah sambung pada ayat 23..

Orang yang berperangai begini, Orang yang mengundang laknat Allah.

Orang begini degil dan mereka tidak mahu mendengar kerana Allah pekakkan telinga mereka.

Dan mereka juga degil kerana mata mereka telah dibutakan hingga hati tiada lagi perasaan.

Rasulullah SAW bersabda,

"Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Jubair bin Muth'im.

Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka dia hendaklah menghubungkan silaturahim."

Muttafaqun alaih, daripada Abu Hurairah.

Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk-Nya.

Setelah selesai, rahim berdiri lalu berkata, 'ini ialah tempat orang yang berlindung kepada-Mu daripada memutus tali silaturahim.'  Allah berfirman, 'Ya, Adakah kamu suka jika Aku menghubungkan (rahmat dan kasih sayang) orang yang menghubungmu.

Dan memutuskan (daripada rahmat dan kasih sayang) orang yang memutusmu?'

Rahim menjawab, "bahkan, Ya."

Muttafaqun alaih, daripada Abu Hurairah.

Sabda Rasulullah SAW,

"sesiapa yang suka dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hubungkanlah silaturahim."

Muttafaqun alaih, daripada Anas bin Malik.

Sabda Rasulullah SAW,

"Rahim tergantung pada Arasy sambil berkata, 'Sesiapa yang menghubungkan aku, Allah akan menghubungkannya (dengan rahmat dan kasih sayang). Sesiapa yang memutuskan aku, Allah akan memutuskannya (daripada rahmat dan kasih sayang).

Riwayat Muslim, daripada Aisyah.

Allah melaknat dengan balasan yang berat jika ada yang memutuskan sesuatu yang Allah perintahkan untuk menghubungkannya.

Firman Allah SWT

  Ar-Ra'd ayat 25

وَالَّذِينَ يَنْقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِنۢ بَعْدِ مِيثٰقِهِۦ وَيَقْطَعُونَ مَآ أَمَرَ اللَّهُ بِهِۦٓ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِى الْأَرْضِ ۙ أُولٰٓئِكَ لَهُمُ اللَّعْنَةُ وَلَهُمْ سُوٓءُ الدَّارِ

Orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahannam).
 
Inilah nasib orang yang engkar kepada perintah Allah.

  Kata pengarang kitab,

"Sesiapa yang memutuskan silaturahim dengan golongan fakir sedangkan dia kaya,
Maka orang inilah yang dimaksudkan dalam hadis secara pasti.

Begitu juga orang yang memutuskan silaturahim dengan mereka dengan cara bersikap kasar, tidak peduli, dan memperbodohkan mereka. "

Sabda Rasulullah SAW,

"Sambunglah tali persaudaraan kamu walaupun dengan memberi salam."

Riwayat Al-Baihaqi dalam Syu'ab al - Iman, daripada Suwaid bin 'Amir.

Sebaiknya kita menjadi orang yang menghubung silaturahim.

Sekiranya telah terputus, segera perbaiki hubungan dan menyambung semula silaturahim.

Orang yang menyambung silaturahim adalah yang paling baik amalannya.

Hingga Allah kurnia ganjaran umur yang panjang dan rezeki yang luas.

Kitab Dosa -dosa besar, Terjemahan Al- Kabair, Karangan Imam Az-zahabi, Terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih