Dosa besar ke 41: Membenarkan Ahli Sihir dan Tukang Tilik.


Tukang sihir dan tukang tilik ini sangat masyhur setiap zaman.

Zaman Nabi Musa dan zaman selepasnya.

Termasuk zaman Nabi Isa AS, Nabi Sulaiman AS, juga tidak terlepas pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Dan amalan ini kekal hingga hari ini.

Sihir dan tilik tidak pernah hilang dari setiap zaman.

Kerana itu, Allah meletakkan hukum haram kepada kedua dua amalan ini.

Akibat daripada amalan ini sangat teruk sehingga dosa yang paling besar adalah menjadi syirik.

Menjadi tukang sihir dan tukang tilik adalah dosa besar.

Dalam hal yang lain pula, orang yang mengunjungi, berjumpa dengan tukang sihir dan tukang tilik ini juga adalah dosa.

Dosa mengunjungi mereka inilah yang dipanggil membenarkan sihir dan tukang tilik.

Termasuk di dalam dosa ini, orang yang mengatakan kata - kata tukang sihir dan tukang tilik, walaupun tidak berjumpa mereka, tidak menjadi pelanggan mereka.

Percaya dengan kata - kata tukang sihir dan tukang tilik juga termasuk dalam dosa membenarkan ahli sihir dan tukang tilik.

Sekelumit kepercayaan, adalah perjudian pada keimanan kita.

Kerana itu Allah mengharamkan umat Islam untuk mendekati sihir dan tilik ini.

Haramnya perbuatan ini bermula apabila mendekatinya.

Bukan melakukannya baru berdosa.

Tetapi telah bermula dosa itu apabila kita mendekati sihir dan tilik itu.

Iaitu perbuatan mempercayai atau mengiktiraf perbuatan ahli sihir atau tilik, perbuatan mencari ahli sihir atau tilik..

Ini adalah termasuk di dalam membenarkan perbuatan sihir dan tilik tersebut.

Mengapa membenarkan ahli sihir dan tukang tilik ini salah?

Firman Allah SWT

  Al-Isra' ayat 36

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولٰٓئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
 
Ayat ini menyatakan tentang setiap anggota kita dipertanggungjawabkan ke atas perbuatannya.

Kaki kita yang melangkah ke tempat sihir dan tilik, hati kita yang mempercayai perbuatan tersebut.

Semua akan disoal.

Bagaimana kita ingin menjawab dihadapan Allah SWT jika anggota dan hati kita melakukan dosa?

Tidak akan terlepas perbuatan itu walaupun sebesar zarah..

Selain itu, sihir dan tilik ini merupakan rekaan dan hasutan daripada syaitan supaya manusia bersangka - sangka terhadap orang lain.

Pergi jumpa bomoh atau perawat atau pengamal perubatan lama, meminta lihat siapa yang mencuri, siapa yang menghantar santau, siapa, siapa, bagaimana, apa.

Ini adalah sangkaan yang lebih banyak buruk dari baiknya.

Sangkaan yang boleh jadi tidak benar boleh menyebabkan permulaan permusuhan yang berpanjangan.

Firman Allah SWT

Al-Hujurat ayat 12

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
  
Ingat lagi ayat ini?

Purba-sangka yang bermaksud pra-sangka.

Sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa.

Kerana apa, kerana sangka - sangka itu tidak tepat.

Dan kebanyakan sangka itu dari hasutan syaitan.

Seharusnya kita perlu buang sifat sangka - sangka ini. Kerana ia adalah larangan Allah.

Setiap perkara yang kita tidak ketahui seperti kenapa perkara ini terjadi, bagaimana perkara ini terjadi, siapa pelakunya, yang tidak terzahir atau tiada siapa yang melihat perbuatan itu, adalah dalam pengetahuan Allah.

Hanya Allah yang tahu hikmah berlaku keburukan atau kebaikan ke atas kita.

Firman Allah SWT

Al-Jinn ayat 26

عٰلِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلٰى غَيْبِهِۦٓ أَحَدًا

(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu.
 
Allah sahaja yang tahu perkara ghaib.

Kecuali kepada beberapa orang atau manusia terpilih.

Firman Allah SWT

Al-Jinn ayat 27


إِلَّا مَنِ ارْتَضٰى مِنْ رَّسُولٍ فَإِنَّهُۥ يَسْلُكُ مِنۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِۦ رَصَدًا

Kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya.
 
Allah beri pengetahuan khas kepada para Rasul, tetapi, dijaga oleh para Malaikat supaya Syaitan tidak mampu mengganggu pengetahuan tersebut.

Para Rasul mampu melihat masa hadapan dengan izin Allah.

Kerana itu, terdapat hadis - hadis yang menceritakan masa akan datang.

Contoh :

Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya, 

"Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw. bersabda. 

‘Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. 

Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan Ruwaibidhah’. 

Sahabat bertanya,

 ‘Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?’ 


Nabi saw. menjawab,

 ‘Orang yang kerdil (pen. penghasut) dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang
 banyak.’ (HR. Ibnu Majah)

Jika diperhatikan, apakah telah berlaku perkara yang Rasulullah SAW katakan ini?

Ini bukti bahawa Allah memberi pengetahuan perkara ghaib berkaitan ramalan masa hadapan kepada para Rasul.

Tetapi bukan pada manusia biasa.

Bagi manusia biasa seperti kita, ia adalah ramalan yang bersumber daripada sangkaan yang dibawa oleh syaitan.

Kerana sebab ini, maka haram bagi kita mempercayai ahli sihir dan tukang tilik.

Sabda Rasulullah SAW,

"Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang tilik, lalu dia mempercayai kata - katanya, maka dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW."

Riwayat Abu Daud.

Sanad hadis ini Sahih, diriwayatkan oleh 'Auf, daripada Ibnu Sirin, daripada Abu Hurairah.

Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda ketika waktu subuh yang malam sebelumnya hujan telah turun,

"Allah SWT telah berfirman, 

'Pada waktu ini, ada dikalangan hamba-Ku yang beriman dan sesiapa yang berkata : 

(Kami diberi hujan dengan kurnia Allah), maka itulah orang yang beriman kepada-Ku dan kufur terhadap bintang (planet).

Manakala, sesiapa yang berkata :

(Kami diberi hujan dengan sebab bintang sekian), maka itulah orang yang kufur terhadap-Ku dan beriman kepada bintang. "

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani.

Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Sesiapa yang mendatangi tukang ramal, lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, lantas mempercayai, maka solatnya tidak diterima selam 40 hari."

Riwayat Muslim, daripada Hafsah.

Sabda Rasulullah SAW,

"Sesiapa yang mempelajari suatu cabang daripada bintang (nujum), dia telah mengambil suatu cabang daripada sihir."

Riwayat Abu Daud, daripada Ibnu Abbas, dengan sanad yang sahih.

Maka, sebagai seorang yang beriman kepada Allah, seharusnya kita menjauhi ahli sihir dan tukang tilik.

Ia mendatangkan sangkaan yang buruk pada hati kita.

Dan ia adalah suatu kekufuran kepada Allah.

Kitab Dosa - dosa Besar, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Karangan Imam Az- Zahabi, Terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih