Dosa besar ke 35 : Menuntut Ilmu Kerana Dunia Dan Menyembunyikan Ilmu.


  Setiap Muslim diwajibkan untuk menuntut ilmu.

Yang paling utama adalah ilmu fardu Ain (agama) .

Dan ditambah dengan ilmu fardu kifayah (dunia).

Ilmu merupakan jalan untuk mengenali sesuatu.

Ilmu tauhid cara mengenali Allah,

Ilmu Feqah cara untuk beribadah kepada Allah.

Ilmu Matematik cara untuk mengira.

Ilmu bahasa cara untuk berkomunikasi.

Dan sebagainya...

Cabang ilmu sangat luas

  Namun begitu, bagi setiap Muslim, apa jua cabang ilmu, ia perlu berteraskan ibadah.

Iaitu kerana Allah.

  Jika mempelajari ilmu perubatan, maka, hasilnya seorang yang menjadi doktor yang berkhidmat kerana Allah.

Mempelajari ilmu jurutera, maka, hasilnya menjadi jurutera kerana Allah.

Inilah hidup seorang muslim, di mana, apa jua pekerjaannya, dia tidak lari dari menjadi Hamba Allah yang taat dan patuh.

Maka, apabila ahli ilmu, iaitu orang yang belajar ini tahu kedudukan diri sebagai hamba Allah, dia pasti akan sentiasa bertaqwa kepada Allah, iaitu taat kepada perintah Allah, dan takut melanggar larangan Allah.

  Firman Allah SWT

  Fatir ayat 28

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَآبِّ وَالْأَنْعٰمِ مُخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ كَذٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمٰٓؤُا ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama (ahli ilmu) . Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

Ulama, atau ahli ilmu atau orang yang berilmu, pasti akan takut kepada Allah.

Terutama apabila ilmunya itu adalah ilmu agama.

Namun begitu, ulama, ahli ilmu atau mereka yang berilmu, perlu sentiasa menyampaikan ilmu, serta beramal dengannya.

Sekiranya ilmu yang dianugerahkan oleh Allah itu disimpan, tanpa niat untuk menyampai atau beramal, maka, Allah melaknat ulama tersebut.

Inilah tugas berat yang perlu dipikul eh para alim ulama.

Firman Allah SWT

  Al-Baqarah ayat 159

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَآ أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنٰتِ وَالْهُدٰى مِنۢ بَعْدِ مَا بَيَّنّٰهُ لِلنَّاسِ فِى الْكِتٰبِ ۙ أُولٰٓئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللّٰعِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat melaknati,

Menyampaikan adalah tugas Rasulullah SAW, kemudian para sahabat, kemudian para tabi'in, kemudian para tabi' tabi'in dan kemudian para Ulama yang mengetahui.

Tugas ini perlu dilaksanakan dengan penuh amanah tanpa menyembunyikan fakta sedikit pun.

Sekiranya menyimpan, atau berahsia, atau menyembunyi ilmu, atau mengubah atau meminda ilmu mengikut hawa nafsu.

Maka, Allah menyediakan azab yang pedih.

  Firman Allah SWT

  Al-Baqarah ayat 174

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَآ أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتٰبِ وَيَشْتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنًا قَلِيلًا ۙ أُولٰٓئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِى بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, yaitu Al Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih.

 Mengapa Allah tegur hal ini?

Kerana, sifat menyembunyi dan  mengubah ilmu mengikut hawa nafsu ini terjadi kepada kaum terdahulu.

Yahudi dan Nasrani.

Para Rasul sampaikan kepada mereka ilmu.

Tetapi mereka mengubah dan sampaikan kepada manusia mengikut suka.

Lalu menjerumus kepada kesesatan.

  Amaran ini dinyatakan lagi dalam firman Allah SWT yang lain

Al-'Imran ayat 187

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثٰقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ لَتُبَيِّنُنَّهُۥ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُۥ فَنَبَذُوهُ وَرَآءَ ظُهُورِهِمْ وَاشْتَرَوْا بِهِۦ ثَمَنًا قَلِيلًا ۖ فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ

Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (yaitu): "Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya," lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarnya dengan harga yang sedikit. Amatlah buruknya tukaran yang mereka terima.

  Allah menggambarkan Perangai pendeta yahudi dan nasrani dengan cara yang jelas. Iaitu keterangan daripada kitab - kitab Allah, mereka letak dibelakang punggung.

Tidak mahu  lihat dan guna langsung.

Pakai bila perlu sahaja.

Inilah sikap yang sangat keji di sisi Allah.

Begitu juga umat Islam, Al-Quran perlu dipelajari dan di fahami supaya kita dapat kenal seluruh isi Al-Quran.

Lalu kita beramal dengannya sepenuhnya.

Jangan kita menyimpan tanpa beramal, menyembunyi tanpa menyampaikan.

 Dalam sebuah hadis,

Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang mempelajari suatu ilmu yang sepatutnya diharapkan redha Allah melaluinya, namun, dia tidak mempelajarinya melainkan kerana hendak mencari habuan dunia, maka dia tidak akan mencium bau Syurga."

Hadis Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih.

Diriwayatkan datipada Yahya bin Ayyub, daripan Ibnu Juraij, daripada Abu Al-Zubair, daripada Jabir secara marfu,

Sabda Rasulullah SAW,

"Janganlah menuntut ilmu dengan tujuan berbangga di hadapan ulama atau berbalah dengan orang jahil, dan janganlah melakukannya bertujuan untuk mendapat perhatian dalam majlis - majlis. Maka sesiapa ya g bervuat demikian, nerakalah baginya, nerakalah baginya. "

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Wahb daripada Ibnu Juraij yang mengirsalkannya.

[20/08, 23:11] محمد نشران: Sabda Rasulullah SAW lagi,


"Sesiapa yang ditanya tentang suatu ilmu namun menyembunyikannya, maka pada hari kiamat nanti dia akan dikekang (pada mulut) dengan kekangan neraka."

Sanad hadis ini sahih, ia diriwayatkan daripada 'Atha' daripada Abu Hurairah.

Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang menuntut ilmu bukan kerana Allah, atau mengharap selain Allah, maka, dia hendaklah mempersiapkan tempatnya di neraka."

Riwayat Imam Al-Tirmizi, daripada Ibnu Umar.

Menurut pengarang,

Al-Tirmizi menghukum hadis ini sebagai Hassan

  Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud, katanya,

"Sesiapa yang mempelajari ilmu namun tidak beramal dengannya, maka ilmu tersebut hanyalah menambah sifat takbur di dalam dirinya."

  Diriwayatkan daripada Abu Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda,

 "Pada hari kiamat, akan dibawakan seorang alim yang jahat lalu dilempar ke dalam neraka. 

Kemudian dia berpusing dengan ususnya seperti keldai berpusing pada penggiling. Lalu dia ditanya, 

" Mengapa kamu menerima nasib seperti ini? Sedangkan kami mendapat petunjuk melalui kamu?"  

Dia menjawab, "Aku menyalahi kamu dengan melakukan perkara yang aku larang ke atas kamu."

Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Kata pengarang kitab,

Hilal bin Al-'Ala' berkata,

"Menuntut imu sangat sukar, menjaganya lebih sukar daripada menuntutnya, mengamalkannya lebih sukar daripada menjaganya, dan selamat dengannya lebih sukar daripada mengamalkannya."

 Menjadi penuntut ilmu  perlu mengharap kepada Allah.

Bukan mudah menjadi orang yang berilmu.

Menyampaikan ilmu juga boleh boleh mendatangkan dosa.

Tidak menyampaikan juga boleh mendatangkan dosa.

Sangat berat ujian yang dihadapi oleh para ulama.

Semoga Allah pelihara dan lindungi para alim ulama, dan diri kita dari bersikap dengan sikap 

menyembunyi ilmu, tidak beramal dengan ilmu.

Besar dosa kami Ya Allah.

Ampuni kami ya Allah.

Kitab Dosa - dosa besar, Terjemahan Al- Kabair, Karangan Imam Az- Zahabi, Terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih