Dosa besar ke 42 : Nusyuz seorang Isteri.



Nusyuz adalah sinonim dengan perkahwinan. Dan seringkali dikaitkan dengan ketaatan seorang Isteri kepada suaminya.

Menuruk tafsiran Jabatan Agama Islam.,

Nusyuz bermaksud seorang isteri melakukan suatu yang bertentangan dengan kehendak atau kemahuan suami menurut syarak.

Contoh :

1. Keluar rumah tanpa izin suami.

2. Melakukan hubungan sulit.

3. Lari dari rumah.

Dan lain - lain lagi.

Namun begitu, nusyuz terikat dengan perintah syarak. Apabila melawan perintah suami pada perkara yang dilarang syarak, isteri tidak lagi digelar nusyuz.

Contoh :

1. Tidak mahu istimta' (bersetubuh) ketika haid, nifas atau wiladah.

2. Melawan perintah suami yang menyuruh berbuat maksiat seperti buka tudung dikhalayak ramai.

3. Lari dari rumah kerana suami kaki pukul atau dera.

Ketika berlaku situasi seperti ini, dari isteri melarikan diri atau melwan kehendak suami, ia adalah kebajikan di sisi Allah SWT dan terlepas dari dosa nusyuz.

Nusyuz bukan sahaja dilakukan isteri. Suami juga termasuk di dalam dosa nusyuz.

Suamk yang nusyuz adalah suami yang :

1. Zalim kepada isteri.

2. Memukul isteri tanpa sebab.

3. Meninggalkan nafkah isteri.

4. Mengeluarkan kata - kata kasar, kesat dan menghina isteri.

Sekiranya suami melakukan perkara seperti ini, sebarang bentuk kezaliman kepada isteri, suami itu adalah suami yang nusyuz dan derhaka.

Serta termasuk di dalam orang yang melakukan dosa besar.

Nusyuz seorang Isteri difirmankan Allah SWT di dalam Al-Quran Al-Karim.

An-Nisa' ayat 34

الرِّجَالُ قَوّٰمُونَ عَلَى النِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلٰى بَعْضٍ وَبِمَآ أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوٰلِهِمْ ۚ فَالصّٰلِحٰتُ قٰنِتٰتٌ حٰفِظٰتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَالّٰتِى تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِى الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
 
Dalam ayat ini menceritakan bagaimana nusyuz boleh berlaku kepada seorang Isteri.

Cuba perhatikan permulaan ayat,

Sebelum disebut isteri yang nusyuz, disebut dahulu tentang kewajipan seorang lelaki (suami).

Iaitu :

1. Lelaki diberi kelebihan oleh Allah sebagai pemimpin kaum wanita. Maka lelaki mesti berlaku baik, memimpin wanita dengan ciri seorang suami yang mulia terlebih dahulu.
Kerana apa?

2. Kerana Allah telah melebihkan kaum lelaki dengan kekuatan badan, kesihatan, kebolehan berfikir secara rasional dan terbuka berbanding kaum wanita. Bertujuan supaya suami mampu bekerja.

Mengapa Allah bagi kelebihan ini kepada lelaki?

3. Supaya suami keluar mencari nafkah untuk menyara isteri dan anak-anak. Kerana susah payah suami ini, Allah beri lebihan rezeki bertujuan untuk menafkahi isteri. Oleh kerana susah payah ini, Isteri wajib taat kepada suami. Sebagai balasan pengorbanan Suami sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab.

Sebaliknya, jika suami gagal menjadi pemimpin pada Isteri dan keluarga. Gagal melaksanakan tanggungjawab, maka suami itu adalah nusyuz.

Selepas Allah ceritakan tentang kelebihan lelaki, Allah sambubg cerita tentang perempuan, iaitu :

1. Isteri yang baik (solehah) adalah yang taat kepada Allah. Isteri yang taat kepada Allah akan taat kepada suami.

2. Isteri yang taat kepada Allah akan memelihara kehormatan dirinya ketika suami keluar bekerja. Kerana Allah telah memelihara (menjaga) mereka melalui Usaha suami mereka seperti (makanan, pakaian, tempat tinggal, kasih sayang, kesihatan dan lain-lain).

Jika isteri gagal mentaati Allah, tidak mustahil dia gagal juga mentaati suami. Maka, bergelarlah dia sebagai isteri yang nusyuz. Kerana tidak bersyukur kepada pemberian Allah melalui suaminya.

Allah sambung ayat itu dengan perintah kepada suami. 

Jika khuatir isteri terus kekal dengan perangai nusyuz, suami perlu melakukan 3 perkara ini sebagai jalan untuk memperbaiki rumahtangga :

1. Menasihati isteri dengan cara yang bijak. Cakao dengan penuh hikmah dan kasih sayang, tetapi perlu tegas dengan isteri. Kerana ini adalah bentuk kezaliman. Perbuatan nusyuz adalah dosa yang besar.

2. Meninggalkan tempat tidur sama ada di bilik yang berasingan atau rumah yang berasingan. Selama mana isteri tidak kembali taat, maka, tinggalkan tempat tidur.

3. Pukul mereka dengan pukulan yang mendidik, bertujuan untuk menyedarkan mereka bahawa mereka telah melepasi had kesabaran dan tahap tertinggi nusyuz.

Jangan pula pukul untuk mencederakan, pukul sampai bengkak mata, terbelah bibir, patah rusuk. Ini adalah perbuatan haram dan berdosa.

Didiklah isteri dengan jalan Allah.

Pada hujung ayat,

Jika isteri taat kembali, jangan pula dicari salah yang lain, jangan pula ungkit kesalahan mereka.

Jangan pula cuba menyusahkan mereka.

Jangan bersikap tinggi diri kerana kita suami, kita ketua keluarga. Ini adalah ego dan takabbur.

Perlu ingat, Allah maha Tinggi lagi maha Besar.

Jangan kita pula lagi tinggi dari Allah.

Sikap nusyuz seorang isteri turut digambarkan oleh Rasulullah SAW,

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda,

"Apabila seorang suami memanggil isterinya ke katil (untuk melakukan hubungan), namun isteri enggan datang, lalu suaminya tidur dalam keadaan marah, maka malaikat melaknat isteri sampai waktu subuh."

Muttafaqun alaih, daripada Abu Hurairah.

Hadis ini menyatakan tentang hak suami dan ketaatan isteri.

Bukan semata - hubungan. Tetapi hak suami terhadap isterinya.

isteri perlu sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan untuk suaminya.

Dan para suami, perlu melihat keadaan isteri. Jangan pula bersikap mementingkan diri sendiri.

Dalam lafaz yang lain,

Sabda Rasulullah SAW,

"Apabila seorang isteri tidur dalam keadaan mengasingkan diri (enggan) daripada melakukan hubungan bersama suaminya, maka malaikat melaknatnya."

Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah.

Rasulullah SAW bersabda,

"Tidak halal bagi seorang isteri ubtuk berpuasa sunat, sedangkan suaminya ada, melainkan dengan izinnya. Dia juga tidak boleh mengizinkan orang lain masuk ke rumah suaminya melainkan dengan izinnya."

Riwayat Al-Bukhari, daripada Abu Hurairah.

Sebarang ibadah sunat perlu izin suami, terutama puasa.

Bertujuan supaya suami tidak meminta untuk melakukan hubungan ketika isteri puasa. Lalu isteri terpaksa membatalkan puasa.

Ibadah wajib tidak perlu izin suami. Tetapi sunat memberitahu.

Sabda Rasulullah SAW,

"seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain, tentu aku memerintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya."

Riwayat Al-Tirmizi, daripada Abu Hurairah.

Al - Tirmizi mensahihkan hadis ini.

Hadis ini bukan bertujuan menghina Isteri, tetapi menggambarkan pentingnya ketaatan isteri kepada suami.

Taat kepada suami adalah ibadah, dan ia adalah perintah Allah.

Bukan kerana Suami itu ketua keluarga. Tetapi kerana ia adalah perintah daripada Allah.

Ibu saudara (sebelah bapa) kepada Ibnu Mishan menceritakan hal suaminya kepada Rasulullah SAW,

Kemudian baginda bersabda,

"Lihatlah di mana kedudukanmu (dalam pergaulan ) di sisi suamimu, kerana sesungguhnya, suamimu adalah syurga dan nerakamu."

Riwayat An-Nasa'i.

Maksud hadis ini adalah Cara bercakap, berkomunikasi, dan berkhidmat untuk suami akan menentukan kedudukan isteri di Akhirat.

Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Allah tidak memandang kepada wanita yang tidak bersyukur kepada suaminya, sedangkan dia sangat memerlukannya."

Sanad hadis sahih, diriwayatkan oleh An-Nasa'i.

Kata pengarang kitab, terdapat banyak hadis di dalam bab ini.

Hanya sebahagian sahaja dinyatakan di sini.

Kesimpulan,

Isteri yang nusyuz adalah hina di sisi Allah.

Di dunia, haknya sebagai isteri akan hilang seperti hak mendapat nafkah akan tergugur, hak mewarisi harta juga akan tergugur.

Di akhirat, Allah tidak mahu memandang isteri yang nusyuz.

Maka berhati - hati dalam perbuatan kita seharian.

Perbuatan nusyuz hanya berlaku kepada isteri yangvtidak taat kepada suami yang baik, 

suami yang melaksanakan tanggungjawab, suami yang menjaga kebajikan isteri.

Namun, ia tidak terpakai kepada suami yang turut nusyuz, menzalimi isteri, dan 

meninggalkan tanggungjawab.

Kepada para suami, jadikan sikap anda sebagai pendorong isteri untuk berlaku nusyuz.

Kepada para isteri, taatlah kepada suami kerana menjunjung titah perintah Allah.

Selagi mana ia berada dalam lingkungan syarak.

Kitab Dosa - dosa Besar, Terjemahan kitab Al-Kabair, Karangan Imam Az- Zahabi, Terbitan Telaga biru.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih