Dosa besar ke 38 : Orang yang Mendengar Ucapan Rahsia Orang Lain


Mendengar rahsia orang lain pada adalah bersifat harus, tidak dihukum sebagai dosa.

Kerana Rahsia itu mungkin diceritakan kepada kita secara sukarela.

Namun begitu, apabila mencuri dengar atau mengintip untuk mendengar rahsia orang lain.

Ia adalah suatu dosa di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT.

Al-Hujurat ayat 12

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
 
Purba-sangka bermaksud prasangka.

Iaitu kita sangka dulu sebelum siasat kebenaran.

Menggunjing bermaksud membicarakan keaiban orang lain dengan cara mengumpat atau memfitnah.

Mengumpat bermaksud mengatakan perkara yang betul atau benar tetapi ia adalah aib kepada yang diperkatakan. Ia adalah dosa.

Memfitnah pula bermaksud mengatakan perkara yang tidak benar atau palsu dan ia bertujuan mengaibkan orang yang diperkatakan. Ia juga adalah dosa.

  Sebab turunnya ayat 12 dari surah Al-Hujurat ialah:

Ibnul Mundzir meriwayatkan dari Ibnu Juraij yang berkata,

 "Orang banyak menyatakan ayat ini turun berkenaan dengan Salman Al-Farisi. Suatu ketika, Salman memakan sesuatu kemudian tidur berdengkur. Seseorang yang mengetahui hal tersebut lantas menyebarkan perihal makan dan tidurnya Salman tadi kepada orang lain. Maka, turunlah ayat ini."

Sifat suka mendengar rahsia orang lain dengan cara mengintip ini dibenarkan di dalam Islam dalam 1 keadaan sahaja.

Iaitu mengintip rahsia strategi perang musuh dengan mendengar perbualan mereka supaya pasukan Islam mendapat kelebihan untuk menang.

Selain dari itu, ia adalah sifat yang tercela, dan Allah gambarkan perangai ini seperti memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati.

Bayangkan, adik beradik kita yang meninggal.

Kita lapah dia dan makan dagingnya.

Apa perasaan kita?

Jijik bukan?

Itulah perangai Tajassasu (mendengar, mencari aib, mencari rahsia orang lain).

Ia sangat hina di sisi Allah.

 Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang mendengar perbualan suatu kaum, sedangkan mereka tidak menyukainya, maka telinganya akan dituang dengan cairan tembaga pada hari kiamat.

Sesiapa yang mengukir patung, dia akan di azab dengan disuruh untuk meniupkan roh ke dalamnya, sedangkan dia bukanlah peniup roh. "

Riwayat Imam Al-Bukhari, daripada Ibnu Abbas.

Kata pengarang kitab,

"Semoga dosa ini tidak termasuk di dalam dosa besar."

Pada hemat pengarang, dosa ini dibicarakan sebagai dosa besar kerana amaran kerana di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

Namun, pengarang berharap ia sekadar hemat dirinya sahaja.

Kerana, ramai di kalangan kita melakukan dosa ini tanpa sekadar bahawa ia dosa yang membawa kepada azab yang pedih.

Dan kadangkala ia berlaku secara tidak sengaja di kalangan kita.

Maka, perbanyakkanlah taubat dan istighfar.

Semoga Allah lindungi kita dari melakukan dosa kepada Allah...

آمين.

Kitab Dosa - dosa Besar, Terjemahan Kitab Al-Kabair, Karangan Imam Az- Zahabi, Terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih