Dosa besar ke 44 : Pengukir Patung atau Lukisan Pada Pakaian dan Dinding.


Lukisan dan ukiran patung adalah antara bidang dalam perkembangan manusia.
Ia memiliki nilai estetika pada hasil kerja tersebut.

Kadangkala ia menjadi identiti kepada bangsa, benua atau negara.

Ia adalah bukti ketamadunan dalam sesebuah negara yang memiliki kerajaan

Namun begitu, terdapat sempadan had, bagi seorang muslim untuk membuktikan kemahirannya dalam bidang seni.

 Kerana apa?

Kerana, sejarah telah membuktikan bahawa hasil ukiran atau lukisan mampu membuatkan seseorang atau masyarakat menjadi kagum lalu menyembah ukiran atau lukisan tersebut.

Firman Allah SWT

Ta ha ayat 85

قَالَ فَإِنَّا قَدْ فَتَنَّا قَوْمَكَ مِنۢ بَعْدِكَ وَأَضَلَّهُمُ السَّامِرِىُّ

Allah berfirman: "Maka sesungguhnya Kami telah menguji kaummu sesudah kamu tinggalkan, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri.

Apa yang dilakukan oleh Samiri ini?

Ta ha ayat 88

فَأَخْرَجَ لَهُمْ عِجْلًا جَسَدًا لَّهُۥ خُوَارٌ فَقَالُوا هٰذَآ إِلٰهُكُمْ وَإِلٰهُ مُوسٰى فَنَسِىَ

kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka (dari lobang itu) anak lembu yang bertubuh dan bersuara, maka mereka berkata: "Inilah Tuhanmu dan Tuhan Musa, tetapi Musa telah lupa".
  
Samiri ukir patung anak lembu menggunakan tanah dan mampu bersuara.
Seolah - olah hidup.

  Lalu Allah berfirman

Ta ha ayat 89

أَفَلَا يَرَوْنَ أَلَّا يَرْجِعُ إِلَيْهِمْ قَوْلًا وَلَا يَمْلِكُ لَهُمْ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا

Maka apakah mereka tidak memperhatikan bahwa patung anak lembu itu tidak dapat memberi jawaban kepada mereka, dan tidak dapat memberi kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan?
 
Suatu soalan berbentuk hujah tentang keimanan.

Adakah menyembah patung lembu dapat manfaat atau mudaharat?

Inilah bukti daripada zaman Nabi Musa as, bahawa, dengan ukiran yang hebat, mampu menggugat Iman.

Kerana itu, pengukir atau pelukis patung adalah suatu dosa.

Bergantung kepada apa yang dilukis.

Sabda Rasulullah SAW

"Sesiapa yang mengukir patung, dia akan disuruh supaya meniupkan roh ke dalamnya pada hari kiamat sedangkan dia bukanlah peniup roh."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Abbas.

Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Golongan manusia yang paling berat azabnya pada hari kiamat ialah para pengukir. Akan diperintahkan kepada mereka, 'Hidupkanlah apa yang kamu ukir'."

Muttafaqun alaih, daripada Ibnu Umar.

Aisyah meriwayatkan,

"Rasulullah SAW pulang daripada satu perjalanan, dan ketika itu aku menutup suatu ruangan kecil (untuk duduk) dengan sehelai kain nipis yang bergambar (objek bernyawa).
Lalu baginda mengoyakkannya sambil wajahnya berubah, dan bersabda,

" Manusia yang paling berat seksaannya disisi Allah ialah mereka yang menyerupai ciptaan Allah."

Muttafaqun alaih.

Diriwayatkan dalam kitab - kitab sunan dengan sanad yang baik,

"Leher api neraka akan keluar lalu berkata, 'Sesungguhnya aku diwakilkan kepada setiap orang yang menyeru tuhan lain bersama Allah, setiap orang yang takbur lagi degil, dan para pengukir."

Riwayat Al-Tirmizi, daripada Abu Hurairah.

Hadia ini disahihkan oleh Al-Tirmizi sendiri.

Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya para pembuat ukiran patung akan diseksa pada hari kiamat, dikatakan kepada mereka, 'Hidupkanlah (berikanlah nyawa) ciptaanmu itu."

Muttafaqun alaih, daripada Abdullah Ibnu Umar.

Ibnu Abbas RA berkata,

"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda",

"Setiap pengukir berada dalam neraka, setiap ukiran yang dibuatnya akan diberi nyawa, lalu menyeksanya di dalam neraka jahannam."

Muttafaqun alaih.

Rasulullah SAW bersabda,

"Allah SWT berfirman, 'Siapa yang lebih zalim daripada orang yang mencipta sesuatu seperti ciptaan-Ku?

Maka, mereka hendaklah mencipta satu bijian, gandum atau biji sawi."

Muttafaqun alaih, daripada Abu Hurairah.

Sabit juga Riwayat bahawa Baginda Rasulullah SAW, melaknat para pengukir.

" Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang hasil (jual beli) darah, anjing, dan bayaran zina.
Baginda melaknat pemakan Riba, pemberi makan riba, perempuan bertatu, perempuan yang meminta dibuat tatu, dan pengukir."

Riwayat Al-Bukhari, daripada Abu Juhaifah.

Pengukir patung atau pelukis potret, bertempat di neraka.

Azab yang sangat berat menanti di sana.

Mengukir sesuatu bentuk patung seperti haiwan dan manusia adalah haram sekiranya dilukis atau diukir secara sempurna.

Jika sebahagian sahaja seperti kepala sahaja, atau kepala hingga badan sahaja.

Itu dibenarkan syarak.

Tetapi meninggalkan ukiran sebegitu adalah lebih baik.

Ukiran atau lukisan yang dibenarkan adalah tumbuhan atau bahagian badan yang tidak lengkap sahaja.

Kitab Dosa - dosa Besar, Terjemahan Kitab Al - Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih