Dosa Besar ke 37 : Orang yang Mendustakan Qadar (Ketentuan Allah)

Terciptanya kita di dunia ini dengan takdir masing - masing.

Sebahagian ulama berpandangan 500 tahun sebelum kelahiran kita, qada dan qadar Allah telah ada untuk kita.

Umur kita,

Rezeki kita,

Jodoh kita,

Ajal kita,

Segalanya telah ditentukan oleh Allah SWT.

Tidak kira qadar yang berlaku itu baik atau buruk, wajib bagi kita Umat Islam meredhainya.

Sebagai tanda beriman kepada Qada dan Qadar Allah ke atas kita.

Firman Allah SWT

Al-Qamar ayat 49

إِنَّا كُلَّ شَىْءٍ خَلَقْنٰهُ بِقَدَرٍ

Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut qadar (ukuran yang telah ditentukan).
 
 Rukun Iman ke 6, wajib percaya ( beriman) kepada qada dan qadar Allah.

Kerana Allah mencipta kita dengan ketentuan yang telah ditetapkan.

Ulama meletakkan pandangan kepada sikap manusia yang suka bercakap "Kalau" selepas sesuatu perkara terjadi.

Contoh :

Telah Berlaku kemalangan kerana keluar simpang kemudian mangsa berkata "Kalau aku berhenti dulu mesti tidak jadi kemalangan"

Ini adalah ucapan yang menolak qadar Allah.

Maka ia boleh jatuh kufur.

Berbeza dengan mengucap kalau sebelum kejadian berlaku.

Contoh

Pemandu kereta berfikir sebelum keluar simpang,

"kalau berhenti nanti lewat pula, tapi kalau tidak berhenti boleh kemalangan"

Ini adalah berfikir untuk ikhtiar, bukan mempersoal qadar Allah. Maka ia dibolehkan.

Dalam hal ini, setiap perbuatan kita melambangkan aqidah kita.

Kerana kita sememangnya tahu bahawa Allah yang memberi izin atas setiap yang berlaku.

Berlaku sesuatu itu dengan izin Allah

Firman Allah SWT

] Ash-Saffat ayat 96

 وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

"Padahal Allah-lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu".
 
  Ini adalah dalil bahawa, qadar itu adalah hak Allah.

Dan Qadar Allah itu mutlak dari Allah.

  Firman Allah SWT

  Al-A'raf ayat 186

مَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَا هَادِىَ لَهُۥ ۚ وَيَذَرُهُمْ فِى طُغْيٰنِهِمْ يَعْمَهُونَ

Barangsiapa yang Allah sesatkan, maka baginya tak ada orang yang akan memberi petunjuk. Dan Allah membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan.
 
Jika Allah nak bagi sesat, Allah boleh biarkan.

Jika Allah nak bagi petunjuk, Allah berhak memberi hidayah.

  Setiap perkara itu berlaku dengan cara yang dikehendaki oleh Allah.

Bukan mengikit cara kita.

Qadar Allah itu mengikut kehendak Allah

  Firman Allah SWT

  Al-Insan ayat 30

وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَنْ يَشَآءَ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
 
Yang melakukan perbuatan itu kita. Tetapi yang memberi izin untuk sesuatu perkara berlaku, yang memberi isyarat supaya perkara itu dilakukan, adalah hak Allah SWT

  Firman Allah SWT
 
Asy-Syams ayat 8

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوٰىهَا

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
  
Ini merupakan tanda keimanan kita kepada Allah.

Percaya dan redha kepada qadar Allah, adalah bukti keimanan

  Kata pengarang kitab,

"Terdapat nas dalam hal tersebut,

Sebuah hadis tentang pertanyaan Jibril as, diriwayatkan di dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim, katanya"

Wahai Rasulullah SAW, apakah iman? Baginda menjawab, "Ia adalah kamu beriman kepada Allah,

 para malaikat, kitab - kitab, para Rasul, hari kebangkitan selepas kematian, dan ketetapan baik dan 

buruk (qadar)."

Daripada Umar bin Al-Khattab.

 Sabda Rasulullah SAW

  "Enam golongan yang aku laknat dan Allah turut melaknat, dalam keadaan ucapan setiap Nabi dimakbulkan :

1. Orang yang mendustakan qadar (ketentuan Allah) ;

2. Orang yang menambah (mengada - adakan) dalam kitab Allah (Al-Quran) ;

3. Orang yang berusaha mendapat kekuasaan yang tidak layak baginya;

4. Orang yang menghalalkan perbuatan di Tanah Haram Allah.;

5. Orang yang mengharuskan sesuatu yang diharamkan Allah terhadap keturunanku; dan

6. Orang yang meninggalkan sunnahku. "

Riwayat Hakim, sanad hadis ini Sahih.

Daripada Ibnu Umar RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Akan wujud beberapa kaum dalam umatku yang mendustakan qadar"

Riwayat Al-Hakim.

Hadis inj menepati syarat perawi di sisi Muslim.

Dalam Hadis riwayat Abu Shakr, daripada Nafi', bahawa Ibnu Umar Ra di datangi seorang lelaki, lalu dia berkata,

"Sesungguhnya si Polan menyampaikan salam kepadamu." Lalu beliau menjawab, "Sesungguhnya 

berita tentang nya yang telah mengada - adakan sesuatu (melakukan bidaah) telah sampai kepada ku.

 Jika benar dia melakukannya, maka jangan sampaikan salamku kepadanya. Sesungguhnya aku 

mendengar Rasulullah SAW bersabda, " Akan ada dalam kalangan umat ini hukuman tertimbus ke

 dalam bumi, diubah rupa, atau diturunj hujan batu, yang ditimoakan ke atas ahli qadar (golongan

 yang mendustakan ketetapan Allah.)

Riwayat Al-Tirmizi

  Rasulullah SAW bersabda lagi,

"Tidak beriman seorang hamba sehinggalah dia beriman dengan empat perkara :

1. Bersaksi tiada tuhan selain Allah,

2. Bersaksi bahawa aku ialah pesuruh Allah yang diutuskan dengan kebenaran,

3. Beriman dengan kebangkitan selepas kematian,

4. Dan beriman dengan qadar.

Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Tirmizi dengan sanad yang baik.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,

Ucapan (perkataan) tentang qadar diletakkan sebagai yang terakhir dengan sebab kejahatan yang terdapat pada umat ini.

  Riwayat Ibnu Abu 'Asim

Daripada Huzaifah Ra, Rasulullah SAW bersabda,

"Allah telah menciptakan pembuat dan perbuatannya. "

Riwayat Ibnu Abu 'Asim.

  Secara keseluruhannya, setiap apa yang kita buat diketahui oleh Allah SWT.

Sebagai hamba, kita perlu redha dengan qadar Allah.

Apabila dapat nikmat senang, kita bersyukur.

Apabila datang nikmat kesusahan, kita bersabar.

Ini adalah sifat mahmudah yang perlu ada dalam diri kita.

Jangan kita persoal hak Allah, yang berkuasa menentu qadar . Sedangkan diri kita yang perlu banyak diperbaiki supaya iman kita terus mantap untuk redha dengan qadar Allah SWT.

Kitab Dosa - dosa besar, Terjemahan Al- Kabair, Karangan Imam Az- zahabi, terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih