Posts

Showing posts from July, 2016

Terlepasnya Ikatan Dajjal - petanda kiamat episod 17

Image
1. Siapakah Dajjal dan Apakah ia sebenarnya? Hadis riwayat Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Al Hakim. Rasulullah SAW bersabda "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini sejak Allah menciptakan Nabi Adam AS dan keturunannya, yang lebih dahsyat daripada Dajjal. Aku adalah nabi terakhir, dan kamu sekalian adalah umatku yang terakhir pula. Dajjal pasti keluar di tengah - tengah kalian. Jika ia keluar, sedang aku di antara kalian, maka aku akan mengalahkannya. Musuhnya Allah adalah pengganti setiap muslim." Al Hadith. Fitnah di sini dimaksudkan sebagai huru-hara dan malapetaka. Berdasarkan hadis sahih, Nabi SAW menampakkan kepada kita bahawa Dajjal Al Masih ini adalah manusia. Ini kerana Nabi SAW menggambarkan Dajjal ini seperti Ibnu Khattan. Rasulullah SAW menyatakan dalam beberapa riwayat bahawa, Dajjal ini gemuk, badannya besar, rambutnya kerinting, dahinya besar yang menunjukkan Dajjal ini Manusia. Dajjal ini, sebelah matanya tiad

Pemerintahan Dajjal - Petanda kiamat episod 18

Image
1. Siapakah para pengikut Dajjal dan apakah faedah pengikut ini kepada Dajjal? Dajjal datang diera Al Mahdi, Hadith menyebut Imam Al- Mahdi dan tentera islam akan berperang dalam peperangan Al - Malhamah Al- Kubra. Dalam peperangan tersebut, dinyatakan peperangan ini melibatkan Imam Al - Mahdi dan Umat Islam menentang Rom. Rom ditafsirkan sebagai Eropah pada masa moden iaitu masa kini. Kemudian, umat islam akan menakluki semula Konstantinopol, Turki. Menunjukkan bahawa Turki bakal dikuasai musuh islam tetapi dikuasai semula oleh umat islam. Itu memakan masa lebih kurang 6 tahun dan pada tahun ke - 7, datanglah Dajjal bersama tenteranya. Riwayat Imam Muslim : "Dajjal datang dari sebelah Timur, dan bersama Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi Isfahan dengan Pakaian Yayalissah." Al-Hadith Ada Hadith menyatakan Dajjal akan datang dari Khurasan. Isfahan dan Khurasan adalah berkait rapat. Khurasan Hadith Tirmizi juga menyebut bahawa pengikut Dajjal adalah manusia