Terlepasnya Ikatan Dajjal - petanda kiamat episod 17

1. Siapakah Dajjal dan Apakah ia sebenarnya?

Hadis riwayat Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Al Hakim.
Rasulullah SAW bersabda
"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini sejak Allah menciptakan Nabi Adam AS dan keturunannya, yang lebih dahsyat daripada Dajjal. Aku adalah nabi terakhir, dan kamu sekalian adalah umatku yang terakhir pula. Dajjal pasti keluar di tengah - tengah kalian. Jika ia keluar, sedang aku di antara kalian, maka aku akan mengalahkannya. Musuhnya Allah adalah pengganti setiap muslim." Al Hadith.
Fitnah di sini dimaksudkan sebagai huru-hara dan malapetaka.
Berdasarkan hadis sahih, Nabi SAW menampakkan kepada kita bahawa Dajjal Al Masih ini adalah manusia. Ini kerana Nabi SAW menggambarkan Dajjal ini seperti Ibnu Khattan. Rasulullah SAW menyatakan dalam beberapa riwayat bahawa, Dajjal ini gemuk, badannya besar, rambutnya kerinting, dahinya besar yang menunjukkan Dajjal ini Manusia.
Dajjal ini, sebelah matanya tiada cahaya iaitu seperti buah anggur yang tiada cahaya. Mata sebelah kirinya boleh melihat, tetapi ada kulit yang menyelaputi sedikit pada mata kiri tersebut. Ulama menyimpulkan bahawa Dajjal ini tidak sempurna penglihatannya termasuk dari sudut kerohanian.
Di antara matanya, iaitu di dahi, tertulis perkataan Kaf Fa Ro yang dapat di baca oleh yang boleh membaca dan orang yang buta huruf dikalangan orang mukmin.
Ulama mengatakan tulisan Kaf Fa Ro ini berdasarkan hadis sahih, bukan simbolik. Ia adalah benar dan jelas. Dajjal akan sebarkan kekufuran di muka bumi ini dengan cara yang licik.
Akhirnya, para ulama memutuskan nama Dajjal ini berasal daripada kalimat Dajala, yang bermaksud menutup sesuatu. Maka Dajjal bermakna Menutup kebenaran. Itulah fitnah paling besar.
Riwayat Imam Ahmad, daripada Abu Darda', sabda Rasulullah SAW
"Barang siapa yang menghafal 10  ayat pertama dalam surah Al Kahfi, dia akan terlindung daripada fitnah Dajjal." Al Hadith
Surah Al Kahfi ayat 1-10

Al-Kahf:1 - Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

Al-Kahf:2 - (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

Al-Kahf:3 - Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
Al-Kahf:4 - Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
Al-Kahf:5 - (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
Al-Kahf:6 - Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
Al-Kahf:7 - Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
Al-Kahf:8 - Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
Al-Kahf:9 - Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
Al-Kahf:10 - (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".

 2. Apakah kisah disebalik seorang Sahabat bernama Tamim Ad Dari yang telah bertemu dengan Dajjal, dan apakah kaitan Dajjal dengan Tasik Galilee atau Tasik Tiberias?


Hadis riwayat Imam Muslim, daripada Fatimah Binti Qais RA.
"Berkata Fatimah bahawa beliau bersembahyang jemaah bersama Nabi SAW dengan Para sahabat, tiba-tiba dalam satu solat, baginda berkata, jangan sesiapapun bergerak. Sebab baginda ingin menceritakan tentang sesuatu, hasil pengalaman seorang sahabat yang bernama Tamim Ad Dari. Dia adalah seorang penganut agama Nasrani yang kemudiannya memeluk islam.
Tamim Ad Dari memberitahu baginda SAW bahawa beliau bersama 30 orang lelaki telah belayar di lautan dalam sebuah kapal. Pelayaran itu mengambil masa dalam sebulan, tiba - tiba, kapal itu terdampar disebuah pulau dan.mereka turun dari kapal tersebut. Ketika mereka turun, mereka ternampak satu makhluk berbulu yang hodoh. Makhluk itu memperkenalkan dirinya sebagai 'Jassasah' yang bermaksud, pengintip. Ia memberitahu kepada kumpulan lelaki ini bahawa "Kawanku di atas bukit sedang menantimu dan ingin berbicara denganmu." Maka, Tamim Ad Dari dan rakannya pergi bertemu dengan makhluk yang juga hodoh dengan tangan dan kakinya dirantai. Dia tidak mampu bergerak. Kemudian dia memberitahu bahawa "akulah dajjal." Dajjal ini bertanya dengan para sahabat tentang beberapa soalan. Salah satunya tentang sebuah tasik iaitu Tasik Tiberias. Dajjal bertanya "adakah tasik tiberias ini airnya masih banyak digunakan untuk mengairi tanaman dan sebagainya?" Sahabat menjawab "Tasik Tiberias airnya masih banyak." Dajjal memberitahu bahawa "satu hari nanti ia akan kering." - Al Hadith

Dajjal mengetahui air tasik ini akan kering. Maka, isyarat bahawa air tasik tiberias ini kering, rantai akan putus dan Dajjal akan keluar.
Dajjal juga memberitahu bahawa, ketika dia dilepaskan, dia akan mengelilingi dunia selama 40 malam atau lebih kurang 40 hari. Dia akan mendatangkan fitnah iaitu malapetaka selama 40 hari 40 malam.
Ketika Dajjal mengelilingi dunia, hadis mengatakan tiada desa yang dia terlepas. Tafsiran pertama, ketika Dajjal datang, kenderaannya canggih. Hadis Sahih mengatakan kenderaannya selaju angin yang membawa hujan. Selaju angin memukul awan. Tidak mustahil tafsiran ini melibatkan jet. Angin yang paling laju pernah direkodkan ialah di Australia iaitu selaju 408km/j. Itu tafsiran Hadis yang mempunyai unsur simboliknya. Tidak Mustahil.
Maka, dia kelilingi dunia, cuma dalam hadis muslim menyatakan Dajjal tidak dapat memasuki 2 tempat. Dajjal menyebut " aku cuba memasuki 2 tempat ini, tetapi tidak berdaya." Tempat ini adalah :

1. MEKAH

2. TOYYIBAH

Maka Nabi SAW ketika memberitahu sahabat tentang kisah ini "Sesungguhnya, inilah Toyyibah. Madinah itulah Toyyibah"

Dajjal tidak mampu memasuki Mekah dan Madinah kerana dikawal para Malaikat.

Di era Dajjal, alat -alat sophisticated telah ada, teknologi hebat ketika itu. Dengan cara itu, Dajjal dapat masuk ke setiap rumah melalui media massa, media sosial dan sebagainya. Begitulah Dajjal. Allah izinkan dia keluar untuk mengacau kita selama 40 hari dengan fitnah yang dahsyat.

Dajjal telah dekat dengan kita, kerana sebelum ini kira telah bicarakan bahawa kita berada dalam fasa masa ke4.

Rasul As telah pergi, Khulafa Ar Rasyidin telah pergi, Pemerintahan yang mendaulatkan syariat telah pergi. Kini, kita berada pada era kedatangan Imam Al mahdi dan disusuli dengan Dajjal.

Setiap Rasul telah memperingatkan kita tentang Dajjal termasuk Nabi kita Muhammad SAW. Kerana itu kita perlu kembali kepada Islam.

Surah al kahfi ayat 7
Al-Kahf:7 - Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

3. Berdasar situasi Tasik Galilee, bagaimanakah keadaan Tasik tersebut pada masa kini?


Dalam atlas, Tasik Tiberias dikenali sebagai sea of Galilee. Bagi orang Israel, mereka turut menamakan Tasik tersebut sebagai Lake Kinneret. Panjang Tasik ini adalah 21km dan lebarnya 13km. Dalamnya adalah 43m. 

Sejak tahun 2008, air tasik ini semakin menurun. Laporan 8 februari 2016, paras air Tasik Kinneret yang menjadi sumber air tawar Israel semakin mengering. Paras itu telah sampai ke paras merah.

Kenapa kita bercakap tentang tasik ini, kerana Tasik ini disebut didalam hadith Sahih riwayat imam muslim. 

Dunia kini penuh tipu daya yang menjauhkan umat islam jauh dari agama. Seolah - olah dunia ini tidak akan kiamat. Seharusnya kita bangun dan sedar dari tipu daya ini supaya kita sentiasa bersedia tentang akhirat.

Dalam Hadith sebelum ini, sahabat yang bernama Tamim Ad dari terkandas disebuah pulau. Pulau ini dikatakan terletak di Segitiga Bermuda. Ada yang berkata demikian. Salah seorang penulisnya adalah Muhammad Isa Daud.

Dia menulis sebuah buku yang menceritakan bahawa Dajjal adalah ketua Jin. 

Segitiga bermuda ini terletak di Florida, Puerto Rico dan Bermuda. Nabi SAW mengatakan dalam Hadis sahih, Dajjal akan datang dari Timur. Segitiga bermuda berada di Barat. Maka, pendapat ini seharusnya tidak dimanfaatkan kerana apa yang kita harus pegang adalah Hadis Sahih.

4. Sebelum Dajjal Keluar atau dilepaskan, bagaimanakah keadaan dunia dan umat manusia ketika itu?


Sebelum Dajjal Al Masih keluar, Imam Al Mahdi akan  hadir terlebih dahulu. Hadis mengatakan bahawa Imam al mahdi akan membawa umat islam berperang dengan Rom iaitu ditafsirkan sebagai eropah masa kini.

Peperangan tersebut memakan masa 6 tahun dan Konstantinopol akan dikuasai semula. Ini berdasarkan Hadis Abu Daud.
Selepas itulah Dajjal akan keluar. 

Hadis imam ahmad menyebutkan bahawa ketika itu, umat islam mundur agamanya, terkebelakang ilmunya.

Hadis kedua yang diriwayatkan oleh Al Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah yang menceritakan tentang Alam. 3 tahun sebelum Dajjal keluar,  Allah tahan 1/3 hujan dari turun, kesuburan bumi pun hilang 1/3. 2 tahun sebelum Dajjal keluar, Allah tahan 2/3 hujan dari turun dan kesuburan bumi akan berkurang 2/3. Setahun sebelum dajjal keluar, bumi kemarau 100%. Bumi kering tanpa hujan.

Para sahabar bertanya, umat islam makan apa? Rasulullah SAW menjawab, "tasbih dan takbir." Kerana kelaparan, umat islam berhubung terus kepada Allah melalui zikir. Seolah olah, itulah makanan mereka.

kita perlu sedar bahawa, hal ini bukan kajian daripada saintis. Ia adalah berdasarkan kata2 Rasulullah SAW. 

5. Adakah gambar2 yang tersebar dalam media sosial tentang bayi yang bermata satu yang lahir di Israael adalah untuk memesongkan hajikat sebenar kehadiran Dajjal?


Dalam  Hadis menyatakan bahawa, Dajjal bukan bermata satu, tetapi matanya dua. Cuma sebelah kanan itu tiada cahaya seperti anggur yang tersembul keluar. Sebelah kiri matanya tertutup dengan kulit.

Hadis kedua pula menyatakan bahawa Tamim Ad dari telah bertemu Dajjal di era Nabi disebuah pulau. Dajjal telah lahir dan dewasa, bukan bayi yang baru lahir. Jadi fakta ini kita tolak.

bintang ilmuwan Dato Dr. DANIAL  Zainal Abidin

indikator Al Quran ustaz Ahmad Tarmizi abdul Rahman.

#Halaqahtv9


Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?