Posts

Showing posts from March, 2016

Asal Usul Taiping - Daerah Larut

Zaman kesultanan Melayu Perak Tahun 1840-1875 Sebelum Taiping di temui, Long Jaafar telah menemui bijih timah di Daerah Larut. Long Jaafar telah memulakan lombong bijih timah pertama iaitu dipercayai di Klian Pauh yang terletak di lokasi Penjara Taiping sekarang. Long Jaafar kemudiannya telah membawa masuk pelombong Cina untuk melombong di situ pada tahun 1844. Kawasan itu kemudiannya di buka sebagai  Klian Pauh Bahru apabila kawasan lombong bijih timah yang baru ditemui. Long Jaafar kemudiannya telah mendapat geran daripada Sultan Perak yang mengesahkan pegangan ke atas Daerah Larut. Long Jaafar digantikan oleh anaknya iaitu Ngah Ibrahim yang dikenali sebagai Menteri Larut. pada tahu 1863, Menteri Larut telah menubuhkan sistem pentadbiran moden iaitu dengan penubuhan Balai Pols, Pasukan Polis, Hakim, Majisterit, Perbendaharaan dan Kerani. Pentadbiran ini berpusat di Kota iaitu 4km dari Klian Pauh 'Taiping sekarang'

Takdir Baru Dunia (Petanda Kiamat) episod 7

Image
Imbasan Empayar Uthmaniyyah yang pernah melatari sejarah keagungan umat islam. Kita pasti akan terbuai dengan perasaan gembira, sedih dan sebak. Kerajaan yang berusia 600 tahun ini boleh tumbang dalam masa yang singkat dengan begitu mudah. Begitupun tragis, inilah lipatan sejarah yang perlu kita terima dan akui dalam hidup kita kerana ia telah berlalu. Kekuatan Kerajaan ini berada disebelah Barat hinggalah ke bahagian bawah Asia. Itulah antara kekuasaan yang dilalui oleh sebuah kerajaan agung. Selepas kejatuhan empayar uthmaniyyah pada tahun 1922, ianya digantikan dengan satu kuasa yang belum pernah wujud lagi ketika itu. Akhirnya, umat islam terpaksa hidup sendiri - sendiri yang kalau dahulunya bernaung dibawah satu empayar. Pada 25 oktober 1955, lahir Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) yang beribu pejabat di New York dengan keanggotaan seramai 193 anggota. Lahirnya persatuan ini adalah untuk memperjuangkan hak asasi manusia kepada seluruh manusia di dun

Fasa Masa Keempat (Petanda Kiamat) episod 6

Image
Sebelum memahami fasa masa keempat, kita harus memahami 5 fasa masa iaitu : 1. Zaman kenabian 2. Zaman khalifah 3. Zaman kerajaan menggigit 4. Zaman pemerintahan yang menyombong 5. Kembali zaman khalifah (kenabian) Fasa masa pertama iaitu zaman kenabian ialah zaman pemerintahan Nabi Muhammad Saw iaitu 23 tahun pemerintahan 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Fasa masa kedua iaitu zaman khalifah iaitu zaman 4 khalifah agung. 4 sahabat baginda Nabi Saw telah melaksanakan tugas sebagai khalifah yang sangat hebat. Dari zaman Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali. Zaman contoh ini berakhir sekitar 30 tahun sahaja. Fasa masa ketiga iaitu zaman kerajaan menggigit dimana empayar islam terbentuk dengan begitu agung. Umaiyyah, Abbasiyah dan Uthmaniyyah yang berakhir pada tahun 1922. Kemudian, fasa masa keempat iaitu zaman pemerintahan menyombong. Kita telah berada sekitar 92 tahun dalam zon biru ini. Inilah fasa masa kita sekarang. Se

5 FASA MASA (Petanda Kiamat) episod 5

Image
Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi, dari Nu'aman bin Basyir dan Huzaifah. Rasulullah SAW bersabda : MASA KENABIAN itu ada ditengah - tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah MASA KHILAFAH yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ala minhaj an nubuwwah),adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya MASA KERAJAAN MENGGIGIT (Mulkan 'Addhan) adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.Selanjutnya MASA KERAJAAN YANG SOMBONG (Mulkan Jabariyyan) adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah MASA KHILAFAH yang mengikut jejak kenabian (Khilafah ala minhaj an nubuwwah),adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Kemudian baginda Rasulullah

Kenapa Ada Kiamat? (Petanda kiamat) episod 2

Image
1. Setelah alam dicipta indah, mengapa kiamat pula dicipta? Kiamat merupakan lambang kehancuran, secara dasarnya, Allah ada kehendak.... Surah Yassin Ayat 82 Yā-Sīn:82 - Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. Allah ada kehendak, diterjemahkan dalam ayat di atas dengan ' kun faya kun'. Allah cipta alam dengan 'iradah' iaitu kebijaksanaan. Allah tidak semberono dengan kehendakNya. Kiamat tercipta ada rahsia dan kebijaksanaan. Surah Ali Imran ayat 185 'Āli `Imrān:185 - Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain ha

Bagaimana Alam Dicipta?(Petanda Kiamat) episod 1

Image
Kiamat Sering diperkatakan orang. Sejauhmana kita faham tentang kiamat?Adakah Tanda-tanda kiamat sudah lengkap? Apakah tanda-tanda besar kiamat? Namun, ia pasti terjadi samaada kita suka ataupun tidak. Melalui perbincangan 'Petanda Kiamat' yang menjadi pilihan kali ini, Analisis berdasarkan Al-Quran, Al-Hadith dan Ilmu sains, kupasan tentang kiamat akan menjadi manfaat ilmiah untuk konteks Islam Sejagat. 1. Adakah alam ini ada permulaannya , dan untuk apa alam di cipta? Allah mencipta segalanya, antara ciptaan Allah ialah alam ini. Setiap ciptaan pasti ada permulaannya. Surah al-anbiya ayat 30 : Surah Al-anbiya ayat 30 Al-'Anbyā':30 - Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? Jika dikaitkan dengan sains, Teor