Asal Usul Taiping - Daerah Larut

Zaman kesultanan Melayu Perak Tahun 1840-1875

Sebelum Taiping di temui, Long Jaafar telah menemui bijih timah di Daerah Larut. Long Jaafar telah memulakan lombong bijih timah pertama iaitu dipercayai di Klian Pauh yang terletak di lokasi Penjara Taiping sekarang.

Long Jaafar kemudiannya telah membawa masuk pelombong Cina untuk melombong di situ pada tahun 1844. Kawasan itu kemudiannya di buka sebagai  Klian Pauh Bahru apabila kawasan lombong bijih timah yang baru ditemui.

Long Jaafar kemudiannya telah mendapat geran daripada Sultan Perak yang mengesahkan pegangan ke atas Daerah Larut. Long Jaafar digantikan oleh anaknya iaitu Ngah Ibrahim yang dikenali sebagai Menteri Larut.

pada tahu 1863, Menteri Larut telah menubuhkan sistem pentadbiran moden iaitu dengan penubuhan Balai Pols, Pasukan Polis, Hakim, Majisterit, Perbendaharaan dan Kerani. Pentadbiran ini berpusat di Kota iaitu 4km dari Klian Pauh 'Taiping sekarang'

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih