Bagaimana Alam Dicipta?(Petanda Kiamat) episod 1

Kiamat Sering diperkatakan orang. Sejauhmana kita faham tentang kiamat?Adakah Tanda-tanda kiamat sudah lengkap? Apakah tanda-tanda besar kiamat? Namun, ia pasti terjadi samaada kita suka ataupun tidak. Melalui perbincangan 'Petanda Kiamat' yang menjadi pilihan kali ini, Analisis berdasarkan Al-Quran, Al-Hadith dan Ilmu sains, kupasan tentang kiamat akan menjadi manfaat ilmiah untuk konteks Islam Sejagat.

1. Adakah alam ini ada permulaannya , dan untuk apa alam di cipta?


Allah mencipta segalanya, antara ciptaan Allah ialah alam ini. Setiap ciptaan pasti ada permulaannya.

Surah al-anbiya ayat 30 :

Surah Al-anbiya ayat 30

Al-'Anbyā':30 - Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Jika dikaitkan dengan sains, Teori Bing Bang adalah permulaan tunggal (singularity). Selepas berlaku letupan besar yang membawa kepada kelahiran Sub atom, Atom, Nitrogen, Helium, Bintang, Galaksi, Planet dan Alam terus tercipta.

Letupan Big Bang
 Teori Big Bang bukan aqidah bagi umat islam, tetapi kita menerima teori ini kerana terdapat persamaan dalam kajian para saintis dengan Firman Allah dalam Al-Quran.

Menurut para ulama, dalam Al-Quran menyatakan bahawa Alam ini terjadi dengan 'Kun Faya Kun'.

Sajadah ayat 4

As-Sajdah:4 - Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?

'Kun Faya Kun' didalam Al-Quran ini dinyatakan jelas dengan perkataan 'fi sittati ayyam'. Indikator dari Al-Quran ini bukan menyatakan 6 hari tetapi ulama mentafsirkan bahawa ia adalah 6 Masa/6 Fasa/ 6 Waktu. Tidak secara spontan, tetapi berperingkat.

2. Bolehkah teori Big Bang ini diterima islam?

Teori ini adalah teori dari Barat. Ia berasaskan kiraan formula matematik berdasarkan sokongan gambarajah dan bukti pemerhatian. Terdapat persamaannya dalam Al-Quran dengan teori ini. Kerana persamaan ini, kita terima. Tetapi jika bercanggah, kita menolak bulat - bulat teori ini.

Surah Al-Anbiya ayat 30 - 31
Al-'Anbyā':30 - Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
Al-'Anbyā':31 - Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. 

3. Bagaimana Allah cipta alam berdasarkan dalil Al-Quran?
Kita percaya bahawa segalanya bermula dari Allah. Ini aqidah kita. Berdasarkan Syeikh Syed Hawa di dalam Kitab beliau Al- Asassi Fi Tafsir, kajian dilakukan berkaitan bahasa arab dan sains tentang alam ini dicipta menunjukkan bahawa Allah mencipta alam ini dengan 2 tafsiran.

A. Alam ini bermula dengan singularity (bercantum) dan kemudiannya berlaku letupan seterusnya alam ini terpisah dan terjadinya alam dan planet - planet.

B. Langit dan Bumi adalah berkaitan dengan sistem suria. Berlaku letupan bintang yang dinamakan sebagai supernova.
supernova
Kemudian terjadinya asap besar yang dinamakan sebagai Nebula,
Nebula
Nebula ini mengandungi bahan - bahan asas untuk membentuk Bintang, Matahari, dan Planet. Ini adalah manfaat sains dan inilah permulaan alam berdasarkan fakta sains. Maka berdasarkan Al-Quran, 'kun faya kun' ini bukan serentak, tetapi berperingkat dan berfasa fasa. 

Usia Bumi ini dianggarkan berjumlah 15 juta tahun dimana bumi ini tercipta selepas 500 juta tahun terciptanya bintang.

4. Sebelum manusia, siapa yang menghuni Bumi?


Ini soalan besar, seperti soalan benarkah ada dinosaur? berdasarkan kajian sains, dinosaur memang wujud iaitu 66 juta tahun dahulu sebelum Nabi Adam dicipta oleh Allah. Namun, yang perlu diperincikan adalah berdasarkan dalil dari surah Al- Baqarah ayat 30.

Al-Baqarah - 30

Al-Baqarah:30 - Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Berdasarkan ayat ini, ada sebahagian ulama menyoal di dalam kitab, bagaimana malaikat boleh kenal perangai manusia? Jawapan dari kitab tafsir ulama, menyatakan bahawa itu adalah merujuk kepada perangai Jin.

Dalam kitab Tafsir Al- Azhar oleh HAMKA, ada menyebut tentang lagenda dari ulama - ulama sebelum itu tentang makhluk bernama Sin & Rin, Hin & Bin. Namun, perkara ini ditolak ulama kerana tiada dalil yang menyokong dan hanya lagenda yang lemah.

Dalam kitab ulama Syiah, menyatakan bahawa sebelum Adam terdapat 30 Adam, pandangan ini ditolak kerana bukti yang lemah. Dalam kitab Ruhul Amani dan Kitab ahli Sufi, dinyatakan juga terdapat Adam sebelum Adam. Namun, pendapat ini ditolak kerana berdasarkan Al-Quran, Allah berfirman bahawa hanya ada satu Adam sahaja.

Menurut HAMKA, ada makhluk yang fizikalnya menyerupai manusia, Fikirannya seperti manusia, perangainya juga seperti manusia.

Menurut kajian sains pula, terdapat makhluk yang wujud sebelum manusia dikenali sebagai AMH (Anatomically Modern Human) atau Hominics. ia adalah makhluk seperti manusia, tetapi bukan manusia. Kemungkinan harus kita percaya? Allahu 'alam....

Surah Qaf ayat 38.
Qaf ayat 38

Qāf:38 - Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.

5. Adakah Allah berkehendakkan rehat?

Mencipta alam ini melalui 6 fasa waktu yang panjang, fasa berkaitan Bumi, Fasa berkaitan Langit. Dan selepas 6 fasa waktu yang dilalui, mustahil bagi Allah memerlukan rehat kerana  jelas dalam ayat di atas bahawa Allah tidak mengalami sebarang susah payah.

Waktu berperingkat ini hanya berkaitan penciptaan alam sahaja.

6. Berapakah Usia Alam semesta ini ?

Anggaran awal, alam ini berusia 15 bilion tahun, anggaran kini menunjukkan dunia berusia 13.8 bilion tahun. Bumi telah wujud selama 4.5 bilion tahun. Berdasarkan pendapat Sheikh Syed Hawa dalam kita Assasi Fi Tafsir, anggaran berkenaan munasabah dan boleh diterima dalam konteks islam.

7. Bagaimana tanda kiamat / pengakhiran dunia dari sudut sains?

Kiamat pasti datang tidak kira kita beriman dengannya atau tidak. Sama ada kita suka atau tidak, ia tetap berlaku.

A. Saintis akui bahawa alam ini akan hancur kerana bukti sains menunjuk ke arah itu. Menurut sains berdasarkan kiraan matematiknya, terdapat satu tenaga dalaman pada alam ini yang tidak tahu asal usulnya. Tenaga ini wujud berlawanan dengan graviti yang di panggil 'Dark Energy'. Tenaga ini yang akan menghancurkan dunia suatu masa nanti.

B. Batu bata, bahan mineral untuk mencipta bintang semakin berkurangan. Sebelum ini, bintang - bintang banyak lahir dari minerl ini. Namun, kini, para saintis akui bahawa bahan asas untuk melahirkan bintang semakin berkurangan. Hydrogen dan Helium semakin kurang dialam semesta menjadi bukti tanda alam ini akan berakhir.

8. Apakah tujuan Allah mencipta Alam jika ada pengakhiran?


Allah menciptakan alam ini mengikut kehendak Allah, Kerana itu Allah utus para rasul sebagai pemimpin menuju agamaNya.

Surah Azzriyat ayat 56

Allah menurunkan Kitab Taurat, Injil, Al-Quran dan Suhuf sebagai panduan buat manusia. Di dalam Kitab terdapat pelbagai petunjuk memberi sebab dan tujuan untuk kita hidup di Bumi.

9. Kiamat lewat lagi, bagaimana dengan hujah seperti ini?

Benar, kiamat lewat lagi, namun, kita tetap akui bahawa kiamat itu akan tiba bila bila masa tanpa kita sedari. Tanda seperti Peperangan, Kejatuhan empayar islam, Kematian mengejut banyak sekali. Banyak lagi tanda telah muncul menandakan kiamat semakin hampir. Apa yang penting bukan bila dan bukan bagaimana kiamat berlaku, tetapi persiapan dan persiapan kita menghadapi kiamat yang dashsyat itu.

Surah Al- 'araf ayat 187.



Kupasan dari Bintang Ilmuwan Dr. Danial Zainal Abidin
Indikator Dalil daripada Ustaz Tarmizi

#halaqahtv9

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?