Fasa Masa Keempat (Petanda Kiamat) episod 6

Sebelum memahami fasa masa keempat, kita harus memahami 5 fasa masa iaitu :

1. Zaman kenabian
2. Zaman khalifah
3. Zaman kerajaan menggigit
4. Zaman pemerintahan yang menyombong
5. Kembali zaman khalifah (kenabian)

Fasa masa pertama iaitu zaman kenabian ialah zaman pemerintahan Nabi Muhammad Saw iaitu 23 tahun pemerintahan 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Fasa masa kedua iaitu zaman khalifah iaitu zaman 4 khalifah agung. 4 sahabat baginda Nabi Saw telah melaksanakan tugas sebagai khalifah yang sangat hebat. Dari zaman Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali. Zaman contoh ini berakhir sekitar 30 tahun sahaja.

Fasa masa ketiga iaitu zaman kerajaan menggigit dimana empayar islam terbentuk dengan begitu agung. Umaiyyah, Abbasiyah dan Uthmaniyyah yang berakhir pada tahun 1922.

Kemudian, fasa masa keempat iaitu zaman pemerintahan menyombong. Kita telah berada sekitar 92 tahun dalam zon biru ini. Inilah fasa masa kita sekarang.

Selepas ini kita akan masuk ke fasa masa kelima iaitu kembali ke zaman khalifah. Disinilah, tanda besar kiamat akan muncul.

Kita akan bahaskan fasa masa keempat pada hari ini, dimana menurut Hadith dan Al-Quran yang menceritakan tentang Imam Mahadi, Dajjal, Nabi Isa A.S, Yakjuj dan Makjuj serta banyak lagi tanda - tanda besar hari kiamat.

Adakah kita yang akan menempuhi zaman ini ataupun anak cucu kita yang akan lalui, ataupun ia masih jauh lagi?

Apa yang akan dibincangkan di dalam halaqah bukan memerlukan fakta yang kuat tetapi kita perlu fahami apa yang tersirat di dalam perbincangan dan apa yang akan diceritakan.

1. Apa ada di dalam fasa keempat ini?

Dalam Kitab Jundullah karangan Syeikh Said Hawwa, selepas kejatuhan Uthmaniyyah, kita telah memasuki fasa masa keempat.

Fasa Masa keempat di dalam bahasa Rasulullah adalah Mulkan Jabariyyah atau Sombong atau Bongkak atau Diktator iaitu pemerintahan yang MENEKAN atau MENGHIMPIT atau TIDAK PEDULI HAK ORANG LAIN.

Nabi SAW menyifatkan dalam konteks Mulkan Jabariyyah ini akan lahir negara yang menekan negara lain untuk mengikut telunjuknya. Misalnya :

A.  PBB/UN mempunyai negara berkuasa besar dan berkuasa VETO. Pemimpin negara kita (Malaysia) pernah menyentuh hal ini suatu ketika dahulu. Negara - negara VETO ini seringkali menyebut tentang demokrasi, namun sebaliknya, negara - negara ini sendiri tidak demokrasi. Kerana itu, apabila Israel melakukan pelbagai kezaliman ke atas Palestin, PBB/UN membuat satu resolusi iaitu jika Amerika yang mempunyai kuasa VETO tidak mahu Campur tangan, maka UN/PBB tidak boleh melakukan apa - apa. Inilah Contoh Mulkan Jabariyyah.

B. Dengan kuasa yang ada pada kuasa VETO, Islam diberi tekanan. Islam dilabel sebagai pengganas. Kita lihat , jika seseorang yang bukan beragama islam melakukan keganasan, dia hanya dikira bertindak sendiri. Tidak dikaitkan dengan agamanya, sebaliknya, jika orang islam yang melakukannya, bukan orang itu sahaja bertanggungjawab, bahkan agama Islam yang turut menerima salahnya. Ini eranya, di dalam era ini, Islam sukar untuk menapak semula.

C. Kolonialisme iaitu bentuk penjajahan, negara - negara Islam dijajah oleh negara Jabariyyah misalnya Malaysia yang dijajah British, Indonesia dijajah Belanda, Mesir dijajah Perancis, Palestin dijajah British dan diserahkan kepada Israel. Negara islam dimamah oleh negara Barat.

Imam Abu Dawud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Kamu akan ditekan dan diratah seperti manusia menerpa makanan. - Al-Hadith.
Nabi SAW mengkiaskan, negara Islam akan menjadi seperti makanan itu. 1400 tahun lalu, Nabi SAW telah mengisyaratkan dalam hadith baginda tentang fasa masa demi fasa masa. Kini, kita berada pada fasa masa keempat iaitu zaman kezaliman dan kuku besi yang tidak memberikan keadilan kepada manusia.

Dunia hari ini tiada khalifah untuk memimpin umat islam dan Fasa Masa Keempat ini sangat MENAKUTKAN.

2. Apakah 'isme' yang menjadi anutan yang bercanggah dengan agama?

 Agama merupakan sendi hidup, tetapi hari ini, ia semakin longgar. Muncul pula pemikiran manusia yang berfikiran bebas dan liberal seterusnya melahirkan 'isme' iaitu ideologi yang menghasilkan kepercayaan atau anutan.

Berdasarkan ensiklopedia Britanica dan Marian Website Dictinory,:

A. Sekularisme iaitu ideologi atau pegangan yang memisahkan agama dengan Politik, Ekonomi serta Cara Hidup. Sekaligus, jika ingin bercakap mengenai agama perlu ke masjid, surau. Jangan bercakap tentang islam di dalam ekonomi. Apalagi nak berbicara tentang sains diperingkat antarabangsa. Bercakap tentang sains, jangan bercakap tentang tuhan, sains bercerita tentang sebab musabab sahaja dan tuhan tiada kena mengena dengan sains. Inilah contoh Sekularisme.

Segelintir umat islam terpengaruh dengan ideologi ini, maka lahirlah pemisahan agama dengan politik, pemisahan agama dengan cara hidup. Kita boleh buat apa sahaja asal ia mendatangkan keuntungan. Bahaya bila agama ditolak ke tepi.

B. Machiavellianisme pula berasal daripada seorang penulis barat iaitu Niccolo Machiavelli yang menulis buku  'The Prince'. Konsep ini menerapkan kepercayaan bahawa jika niat baik cara kotor tidak ada masalah. Matlamat menghalalkan cara. Namun, menurut Islam, niat dan cara perlulah seiring. Niat kerana Allah, cara perlu ikut syariat.

C. Hedonisme, ideologi bahawa perkara paling penting adalah keseronokan, mengikut nafsu. Maka lahirlah golongan songsang seperti Gay, Lesbian - LGBT.

D. Saintisme, belajar tinggi, bergelar Professor yang kemudiannya melahirkan ideologi saintisme iaitu  apa - apa yang tiada bukti saintifik perlu ditolak. Di dalam agama, ada perkara boleh dikaji seperti hijaunya daun ada kaitan dengan klorofil.

Namun, menurut Al- Quran, antara ciri orang yang beriman adalah percaya kepada perkara ghaib. Bagaimana ingin bukti saintifik adanya Jibrail? Bagaimana hendak membuktikan adanya Syurga dan Neraka dengan sains? Bukan bermakna sains itu diketepikan tetapi ada perkara sains itu tidak boleh digunakan. Itu adalah agama.

Secara kesimpulannya, 'isme' ini sememangnya melawan arus agama, oleh itu, agama perlu menjadi sendi kehidupana. Apa yang berlawan, bertentangan dengan agama perlu ditolak. Jangan biar ia masuk ke hati untuk dibanggakan.

Surah Al - An'am ayat 153


Al-'An`ām:153 - Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Di dalam fasa masa keempat ini, orang melihat orang yang beragama adalah pelik. Adakah masa ini membawa keuntungan mahupun kerugian kepada kita, kita tetap dan harus menghadapinya.

3. Terdapat perkara yang menjadi perhatian umum hari ini iaitu satu gerakan yang dikatakan memuja syaitan dan kuasa jahat. Ia dikenali sebagai Illuminati. Apakah Illuminati ini dan kejahatan apa yang mereka lakukan kepada umat manusia?




 Apabila masuk fasa keempat, kita turut menbincangkan tentang Dajjal, Adakah Dajjal ini berkaitan dengan Illuminati?

Gerakan Illuminati bermula pada 17 Mei 1776 di Bavaria (Jerman Hari ini). Ia merupakan pertubuhan sulit yang fokusnya adalah menghapuskan agama daripada kehidupan. Selain itu, ia bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan, namun, ia kemudiannya diharamkan.

Adakah illuminati ini wujud semula selepas diharamkan? Adakah wujud Konspirasi menjatuhkan sesebuah kerajaan serta merancang kejahatan disana sini?

Hasil kajian mendapati terdapat laman web rasmi pertubuhan illuminati ini. Antara yang disebutkan ialah mereka ini dianggotai oleh pemimpin - pemimpin negara dan tokoh - tokoh bisnes yang terpilih (elit). Sememangnya kumpulan ini wujud.

Adakah mereka ini merancang kejatuhan sesebuah negara? Sukar untuk dijawab.

Bekas Presiden Amerika John F. Kennedy, menyatakan dalam ucapannya pada tanggal 27 April 1961 :
For we are opposed around the world by a monolithic and ruthless conspiracy that relies on covert means for expanding its sphere of influence - on infiltration instead of invasion. - JFK

Jika diambil daripada siapa yang berucap, sudah pasti seorang presiden tidak akan berucap secara semberono. Tidak mustahil, golongan dahsyat ini cuba menguasai dunia. Adakah ia illuminati? Mungkin Ya, tetapi Mungkin Tidak. Namun, kemungkinan itu ada.

Dalam konteks fasa masa keempat ini, kemungkinan wujud golongan ini pada era Dajjal yang mengutamakan kafarah.

4. Adakah Illuminati ini golongan penyembah Dajjal?

Ada orang mengatakan illuminati ini Dajjal kerana simbolnya Piramid Bermata Satu dan ia berada diseluruh dunia. Perkara ini tidak mustahil.

Pentafsiran Dajjal itu sebagai simbolik adalah salah. Menurut ulama, Nabi SAW dengan tegas dan jelas menyatakan bahawa Dajjal itu manusia. Nabi juga pernah mengaitkan Dajjal dengan Ibnu Sayyad iaitu seorang manusia. Tidak mustahil bahawa dia di dalam bentuk manusia yang mengetuai suatu kumpulan yang bertindak ganas, agresif dan mengikut nafsunya sahaja.

Ada Hadith sahih menyatakan bahawa di belakang Dajjal ada Yahudi. Ada juga hadith menyatakan 'dan selainnya'.

Tidak mustahil Dajjal ini adalah seorang manusia yang menjadi ketua dan mempunyai kuasa yang cuba menguasai dunia dan ada pengikutnya.

Jika illuminati ini golongan jahat, kelompok yang merancang kejahatan disana sini, tidak mustahil ia adalah Dajjal.

5. Adakah illuminati ini telah berada di dalam diri umat Islam tanpa kita sedari? Adakah ia mengawal pemikiran kita?

Kita yakin bahawa wujudnya gerakan menjatuhkan islam sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah riwayat sahih :

Islam itu bermula asing, ia akan kembali asing, maka beruntunglah orang yang asing itu. - Al-Hadith
Islam itu asing kerana tidak mahu dan tidak akan mengikut arus yang terus sesat dengan 'isme' nya. Antara cara pendekatan untuk masuk  di dalam  kita hari ini adalah :
a) Hiburan melampau
b) Artis yang akhlaknya terbabas diidolakan.
c) Seks, zina tiada masalah dan menjadi bukan kesalahan.

Ada artis yang akhlaknya terbabas ini dijadikan duta kepada keamanan.

Cara untuk tangani hal ini adalah dengan kembali semula ke jalan Allah, apa yang ingin diterapkan kepada anak- adalah firman Allah dari Surah Al-an'am ayat 153 :


 Al-'An`ām:153 - Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
Ini sahaja jalan yang betul dan lurus iaitu kembali kepada islam. Kita perlu tahu bahawa islam itu moden, islam itu saintifik, islam itu mahukan pembangunan tetapi syariat perlu di atas.

Boleh berpakaian canti dan elok tetapi menutup aurat. Boleh makan makanan yang sedap tetapi halal. Boleh bergaul lelaki dan perempuan tetapi bernikah. Landasannya mestilah islam.

6. Bagaimana mengenali khalifah sebenarnya di dunia akhir zaman ini? 

Idola masyarakat masa kini adalah salah, kembali pada zaman Rasulullah iaitu ketika Nabi baru sampai, dunia adalah Jahiliyyah. Apa Nabi buat? Nabi bermula dengan pendidikan. Nabi membawa Al-Quran dengan cra membaca, memahami dan menghayati Al-Quran. Maka didik anak perlu bertunjangkan Al-Quran supaya anan-anak dapat membezakan perkara baik dengan buruk. Hasil pengetahuan dari pendidikan Al-Quran, kita akan dapat kenali siapa khalifah sebenar pada dunia akhir zaman ini.

Analisis bersama Dr. Daniel Zainal Abidin
Indikator bersama Ustaz Tarmizi.
#Halaqahtv9

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?