Posts

Showing posts from August, 2023

Penjelasan hukum apabila berlaku kematian, keluarga si mati mengadakan kenduri arwah

Image
بسم الله الرحمن الرحيم ✏️Penjelasan hukum apabila berlaku kematian, keluarga si mati mengadakan kenduri arwah. الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  أما بعد  Apabila dibawakan isu sebagaimana di dalam gambar, ia menjadi sensitif sejak akhir-akhir ini.  ... Jabatan Mufti Negeri Perak telah membawakan ringkasan bagi menjelaskan hukum mengadakan kenduri arwah.  Maka apabila ia dinamakan ringkasan, pastinya ia ringkas dan padat. Cukup untuk memberi kefahaman kepada orang awam. Apakah hukum melakukan sesuatu perkara. Namun, wujud pelbagai komentar yang diberikan di bawah ruangan paparan grafik tersebut. Antara yang menarik ialah : 1. Nabi anjurkan jiran memberi makan kepada keluarga si mati. Ini lebih sunnah. 2. Imam Syafie melarang melakukan kenduri arwah. 3.  Sepatutnya Jabatan Mufti bagitau apa yang dianjurkan oleh Nabi supaya orang ramai boleh ittiba’ Nabi. ..... Apabila meletakkan diri pada kedudukan “tahu” berbanding “tidak tahu”, maka, komentar sebegin