Penjelasan hukum apabila berlaku kematian, keluarga si mati mengadakan kenduri arwah


بسم الله الرحمن الرحيم
✏️Penjelasan hukum apabila berlaku kematian, keluarga si mati mengadakan kenduri arwah.

الحمد لله رب العالمين
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
 أما بعد 

Apabila dibawakan isu sebagaimana di dalam gambar, ia menjadi sensitif sejak akhir-akhir ini. 
...
Jabatan Mufti Negeri Perak telah membawakan ringkasan bagi menjelaskan hukum mengadakan kenduri arwah. 

Maka apabila ia dinamakan ringkasan, pastinya ia ringkas dan padat. Cukup untuk memberi kefahaman kepada orang awam. Apakah hukum melakukan sesuatu perkara.

Namun, wujud pelbagai komentar yang diberikan di bawah ruangan paparan grafik tersebut. Antara yang menarik ialah :

1. Nabi anjurkan jiran memberi makan kepada keluarga si mati. Ini lebih sunnah.

2. Imam Syafie melarang melakukan kenduri arwah.

3.  Sepatutnya Jabatan Mufti bagitau apa yang dianjurkan oleh Nabi supaya orang ramai boleh ittiba’ Nabi.
.....
Apabila meletakkan diri pada kedudukan “tahu” berbanding “tidak tahu”, maka, komentar sebegini sememangnya wujud. 

Sepatutnya mereka perlu jelas dan faham, apa yang cuba disampaikan oleh Jabatan Mufti. 

Disamping itu, mereka perlu memahami keseluruhan konteks perbahasan yang dibawa dari soalan kepada jawapan. 

Dan mereka juga perlu memahami konsep “Adab al-Mufti wal Mustafti” (Kaedah meminta fatwa dan menerima fatwa).

Sekiranya tidak dapat Memahami apa yang dibawa, maka, terjadilah komentar di atas.
...
Penjelasan :

1. Kefahaman persoalan yang dibawa adalah “HUKUM melakukan kenduri arwah bagi si mati”. 

2. Jawapan kepada soalan tersebut adalah “HARUS iaitu dibenarkan”. BUKAN wajib, BUKAN sunat, BUKAN makruh, BUKAN Haram.

3.  Dijelaskan keadaan yang boleh menjadi HARAM iaitu “Jika dibuat untuk tujuan MERATAP/ MENANGISI/MENGINGATI kesedihan kerana kematian dan Jika dibuat menggunakan HARTA si mati.

Itu sahaja jawapan yang diperlukan oleh orang awam bagi memahami persoalan yang diberikan.
....
Namun begitu, jika ingin penjelasan lebih lanjut tentang perincian sesuatu perkara, maka perlulah MENGHADIRI pengajian dan menadah kitab. 

Saya ulas sedikit komentar yang disebut sebelum ini :

Komen 1 : Nabi anjurkan jiran memberi makan kepada keluarga si mati. Ini lebih sunnah. 

BETUL, Nabi anjurkan sedemikian. Tetapi pada 3 hari kematian sahaja. Tidak bagi hari-hari yang lain. 

Soalan di atas di jawab merangkumi kenduri arwah pada waktu yang lain. Keluarga si mati juga boleh menyediakan makanan bagi menghargai tetamu yang hadir tanpa menggunakan harta si mati.

Komen 2 : Imam Syafie melarang melakukan kenduri arwah. Kenyataan ini sebenarnya silap difahami. 

Jika dibaca dengan teliti dan difahami, Imam Syafie melarang ahli keluarga si mati memasak dan mengajak berhimpun di rumah si mati dengan tujuan bersedih, meratap dan menangisi pemergian si mati. 

Perincian hal ini diberikan di dalam Kitab I’anatuth Thalibin (إعانة الطالبين) adalah kitab Fiqh karangan Al-‘Allamah Asy-Syekh Al-Imam Abi Bakr Ibnu As-Sayyid Muhammad Syatha Ad-Dimyatiy Asy-Syafi’i. 

Beliau menyatakan bahawa berkumpul dengan menyediakan makanan ketika kematian adalah makruh. 

Perkara ini menjadi makruh jika membebani keluarga si mati. 

Makruh berubah menjadi HARUS apabila menurut adat setempat perkara itu tidak menjadi beban keluarga si mati, tetapi kehendak mereka memanggil orang berkumpul untuk berdoa memohon Rahmat Allah bagi si mati (BUKAN HARAM). 

Namun jika dilakukan dengan tujuan bersedih/ berdukacita dan membebankan keluarga si mati maka ia diharamkan.

Komen 3 : Sepatutnya Jabatan Mufti bagitau apa yang dianjurkan oleh Nabi supaya orang ramai boleh ittiba’ Nabi. 

Saranan ini betul, tetapi kembali kepada tujuan asal grafik ini dibuat. Iaitu menjawab soalan hukum melakukan kenduri arwah. 

Jika ingin perincian sebegini, maka perlulah masuk ke ruang pengajian. Dan akan dapat Fadilat tambahan sebegini. Serta pelbagai lagi Fadilat yang lain.

Akhir sekali, saya berharap Jabatan Mufti terus memberikan grafik sebegini untuk orang awam. Nasihat saya, membaca sesuatu kalam perlu disesuaikan dengan kehendak penulis. Bukan kehendak kita.

الله اعلم
Mohd Nasyran Bin Muhmmad Rashid 
Utara Perak 
1035am

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?