Posts

Showing posts from October, 2023

Tips Penulisan Kajian berbentuk tugasan.

 Tips Penulisan Kajian berbentuk tugasan. 1.0 Pengenalan / Introduction. Ia adalah esei berbentuk tulisan berkenaan dengan isi kandungan kajian dan tajuk kajian. Dilakukan dalam satu perenggan sahaja. Merangkumi penceritaan isi kajian dari Pengenalan hingga Rumusan. Lebih kurang seperti sinopsis. 2.0 Latar Belakang Kajian / Background of Study. Di isi dengan jadual statistik, graf, carta pai dan segala yang berkaitan dengan kajian yang dipilih. Statistik, jadual, carta, graf tersebut mestilah berkaitan secara khusus dengan Tajuk. Dihuraikan perkara-perkara tersebut dalam bentuk esei dan dimasukkan juga fakta-fakta sokongan dari jurnal, buku atau artikel berfakta. 3.0 Pernyataan masalah / Problem statement. Bahagian ini tidak boleh dimasukkan carta, jadual, graf dan apa jua grafik. Ia mesti dalam bentuk tulisan sahaja. Dia dibuat dalam bentuk esei hasil gabungan fakta dan nombor. Penceritaan bahagian ini melibatkan fakta-fakta dan nombor-nombor yang kritikal, utama dan penting sahaja. S