Tips Penulisan Kajian berbentuk tugasan.

 Tips Penulisan Kajian berbentuk tugasan.

1.0 Pengenalan / Introduction.

Ia adalah esei berbentuk tulisan berkenaan dengan isi kandungan kajian dan tajuk kajian. Dilakukan dalam satu perenggan sahaja. Merangkumi penceritaan isi kajian dari Pengenalan hingga Rumusan. Lebih kurang seperti sinopsis.

2.0 Latar Belakang Kajian / Background of Study.

Di isi dengan jadual statistik, graf, carta pai dan segala yang berkaitan dengan kajian yang dipilih. Statistik, jadual, carta, graf tersebut mestilah berkaitan secara khusus dengan Tajuk. Dihuraikan perkara-perkara tersebut dalam bentuk esei dan dimasukkan juga fakta-fakta sokongan dari jurnal, buku atau artikel berfakta.

3.0 Pernyataan masalah / Problem statement.

Bahagian ini tidak boleh dimasukkan carta, jadual, graf dan apa jua grafik. Ia mesti dalam bentuk tulisan sahaja. Dia dibuat dalam bentuk esei hasil gabungan fakta dan nombor. Penceritaan bahagian ini melibatkan fakta-fakta dan nombor-nombor yang kritikal, utama dan penting sahaja. Setiap satunya terkait dengan Tajuk yang dipilih. 


Isi kandungan bahagian ini perlu difokuskan kepada masalah kajian sahaja. Contohnya “punca masalah perceraian” atau “punca luka dijangkiti kuman”. Ambil fakta yang telah dicari untuk menulis Ulasan Karya/Literature Review. Penanda wacana seperti “Dewasa ini, Era ini, Umum mengetahui dan lain-lain” adalah tidak bersesuaian digunakan dalam bahagian ini.

4.0 Persoalan Kajian / Research Question.

Ia ditulis dalam bentuk persoalan. Sekurang-kurangnya 3 persoalan. Elakkan persoalan “Mengapa / Why, Bagaimana / How dan Apakah / What”. Persoalan “Adakah / Is?” dan yang seumpamanya lebih bersesuaian.

5.0 Objektif / Objectives

Mesti dibahagikan kepada objektif umum dan objektif khusus. Ambil dari persoalan kajian yang telah dibentuk bagi Mewujudkan objektif. Elak menggunakan perkataan “Untuk mengkaji / To investigate, Untuk mendalami / To Explore, Untuk mengenal pasti / to Discover”.  Gunakan perkataan “untuk menjelaskan / to explain, untuk membandingkan / to differentiate” yang lebih sesuai bagi esei dalam bentuk huraian.

6.0 Kepentingan kajian / Significant of study.

Jangan ambil dari fakta, jurnal atau artikel. Kepentingan adalah berkaitan dengan Tajuk yang dipilih. Mengapa Tajuk ini penting untuk dibincangkan. Penting untuk siapa? Letakan 2 kepentingan kajian serta penerangan, huraian yang berkaitan. Huraian adalah berkaitan Kepentingan dari sudut kajian. Bukan dari sudut lain.

7.0 Ulasan Karya / Literature Review.

Ia adalah gabungan dan olahan isi karya-karya, jurnal, artikel dan buku ilmiah yang berkaitan dengan Tajuk kajian. Dalam bahagian ini definisi kepada pemboleh ubah kajian adalah sangat penting. Definisi yang boleh digunakan datang dari Kamus, Ensiklopedia dan Jurnal kajian. Ia memerlukan huraian yang sangat tuntas dan tidak menimbulkan persoalan.

8.0 Kerangka Konseptual.

Ia adalah rangka kajian yang memberi gambaran konsep kajian yang ingin dilakukan. Ia dibuat dalam bentuk grafik anak panah, carta alir yang bertujuan memberi gambaran dan hala tuju kajian.

9.0 Hipotesis.

 
Ia adalah jangkaan awal pengkaji terhadap hasil kajian atau rumusan awal pengkaji terhadap kajiannya sendiri. Ia dibentuk dengan 3 hipotesis yang menunjukkan bahawa pengkaji tahu apa yang dikaji. Ia juga merupakan anggapan sementara mengikut pandangan pengkaji sebelum dibuktikan dengan hasil kajian.

10.0 Metodologi kajian/Research Methodology


Ia adalah kaedah kajian seperti kajian kualitatif atau kajian kuantitatif. Kaedah ini perlu diterangkan supaya kajian itu tidak menjadi persoalan dan hasil kajian tidak mengelirukan. Misal kaedah pengukuran yang digunakan untuk mengukur jantina, umur, taraf Pendidikan, pengalaman, skala persetujuan dan lain-lain.

Kaedah persampelan juga perlu diterangkan supaya sampel yang diambil bertepatan dengan Tajuk kajian. Hal ini kerana ketepatan sampel dengan tujuan kajian akan mengurangkan ralat kepada keputusan persampelan. Sampel yang tepat akan memberikan keputusan yang tepat dan berpadanan dengan kajian.

Hasil sampel dan pengukuran perlu dianalisis. Ia perlu diberikan dalam betuk graf, jadual atau carta. Kemudian ia diterangkan dalam bentuk esei menandakan pengkaji faham apa yang dilakukan.

11.0 Rujukan / References

Bahan rujukan perlu disenaraikan mengikut format yang ditetapkan. Selain itu, rujukan perlu bersesuaian dengan Tajuk dan merupakan rujukan yang terkini. Rujukan yang terlalu lama tidak sesuai dijadikan rujukan.


Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?