Takdir Baru Dunia (Petanda Kiamat) episod 7

Imbasan Empayar Uthmaniyyah yang pernah melatari sejarah keagungan umat islam. Kita pasti akan terbuai dengan perasaan gembira, sedih dan sebak.

Kerajaan yang berusia 600 tahun ini boleh tumbang dalam masa yang singkat dengan begitu mudah.

Begitupun tragis, inilah lipatan sejarah yang perlu kita terima dan akui dalam hidup kita kerana ia telah berlalu.

Kekuatan Kerajaan ini berada disebelah Barat hinggalah ke bahagian bawah Asia. Itulah antara kekuasaan yang dilalui oleh sebuah kerajaan agung.

Selepas kejatuhan empayar uthmaniyyah pada tahun 1922, ianya digantikan dengan satu kuasa yang belum pernah wujud lagi ketika itu.

Akhirnya, umat islam terpaksa hidup sendiri - sendiri yang kalau dahulunya bernaung dibawah satu empayar.

Pada 25 oktober 1955, lahir Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) yang beribu pejabat di New York dengan keanggotaan seramai 193 anggota. Lahirnya persatuan ini adalah untuk memperjuangkan hak asasi manusia kepada seluruh manusia di dunia ini. Namun, mampukah PBB ini memberikan kekuatan kepada umat islam di seluruh dunia? Walaupun banyak kejayaan yang telah disumbangkan PBB tetapi apakah peranan PBB kepada umat islam.

Jika diimbau tragedi MH17, keadilan bagi penumpang dan anak kapal yang ditembak ini dilihat terhalang kerana adanya kuasa veto PBB. Oleh itu, niat dan hasrat terkubur begitu sahaja. Persoalannya, apakah keadilan yang kita ada pada hari ini?

1. Selepas takdir baru dunia iaitu selepas kejatuhan Uthmaniyyah, umat islam dihina, dijajah dan dibuli sesuka hati. Apakah ini satu perkara yang dianggap sebagai takdir yang tersurat di dalam kanta Islam?


Bila kita melihat semula ke dalam senario sejarah, kita dapati bahawa itulah sesuatu yang telah berlaku kepada umat islam. Selepas 95 tahun kejatuhan uthmaniyyah, secara umumnya, kita tidak boleh sekadar menyatakan penyesalan, sifat hiba dan sedih kerana berpaksikan kepada Hadith Nabi SAW :

"Akan tetap ada segolongan umatku yang duduk di dalam kebenaran, menegakkan islam, mempertahankan agama dan iman mereka dan menyatukan umat."-Al-Hadith
Kata Nabi SAW lagi
"Akan tetap ada golongan umat islam yang bangkit memenangkan islam dan mengenangkan umat islam, sehingga Allah memberikan mereka kemenangan."
Itu hadith Nabi SAW. Sementara itu, kita diuji sebenarnya kerana apa yang berlaku ialah kerana Kelemahan umat islam itu sendiri. Kelemahan kita paling ketara menurut para ulama ialah : 

A. Keimanan yang tidak mantap. 
B. Perpecahan melanda umat islam.

Kita tidak nafikan, walaupun PBB telah beroperasi sejak 1945, mereka dianggap satu badan yang besar, tetapi adakah kita mengharapkan mereka untuk mendaulatkan islam? Tidak sama sekali. Kekuatan sebenarnya adalah umat islam itu sendiri. 

surah Az-Zukhruf ayat 43

  Az-Zukhruf:43 - Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.

sesiapa yang berpegang dengan tali Allah, Allah akan bimbing ke jalan yang lurus.

Senario ini menunjukkan bahawa, memang dalam tempoh yang lama ini kita dihina, difitnah, diserang, dibuli dan dibunuh. Itu sudah jarahnya, tetapi apa yang penting adalah ia akan berakhir apabila umat islam mendaulatkan islam di dalam kehidupan.
Kesatuan diperkukuhkan. Keimanan diikat sesama kita. Kekuatan negara islam disatukan atas nama keimanan TULEN.

2. Apakah islam boleh bangkit semula selepas ini?

Kata Nabi SAW :
"Islam memang asing dan berdagang tetapi islam akan bangkit semula."
Bukan PBB, bahkan bukan OIC, tetapi islam merupakan agama yang akan membangunkan kembali peradaban umat sejagat hingga hari kiamat.

3. Apakah PBB benar - benar telah memberikan perlindungan kepada seluruh manusia ataupun mengamalkan pilih kasih kepada umat islam?

Kalau kita pandang ke sisi, yang sepatutnya kita pandang ialah banyak unsur yang kita kena lihat dengan penuh keinsafan.

Pertamanya, kewujudan PBB pada Oktober 1945 yang dianggotai 193 buah negara. Kebanyakan negara anggotanya adalah negara bukan islam, sebahagian kecilnya sahaja negara islam. Semenjak penubuhan PBB, presiden dan setiausaha agungnya adalah orang bukan islam.

Apakah kita sebagai umat islam masih meyakini kewujudan mereka sebagai pintu ke arah kemenangan umat islam?

Sedangkan dalam tempoh 70 tahun PBB dibentuk, banyak negara islam sudah dijajah. Bahkan dalam sejarah PBB sendiri didapati peta negara Israel dilakar di atas peta dunia, sedangkan Israel tidak pernah ada di dalam peta dunia. Tel Aviv tiada. Tetapi kuasa besar dunia seperti Amerika, Rusia dan lain - lain telah melakar peta ini.

Menunjukkan bahawa mereka ini tidak boleh menjadi pelindung yang hakiki kepada umat islam. Umat islam harus melihat cara untuk memberi saranan, sokongan dan segala bentuk cadangan yang membina bagi menjamin kekuatan islam.

Jika kita mengharapkan mereka menjadi pelindung umat islam, ia tidak akan berlaku.

Kurt Waldheim ( bekas SU agung PBB ke -4)

"Kemenangan dunia ini tidak akan sama sekali di ambil umat islam" kurt 1990-an
Bermakna, dalam perancangan mereka, islam akan ditekan dan di tindas. Dan telah terbukti pada hari ini.

Apakah susah hendak menyelesaikan isu Palestin? Apakah susah menyelesaikan isu Syria? Jika mereka benar - benar berjiwa besar untuk membantu islam, maka, harapkan apapun disebalik itu, kita akan dihujani dengan 1001 masalah.

Oleh itu, kekuatan sebenar umat islam, bersatu dan berpadu atas dasar agama yang sebenarnya. Sememangnya PBB memang satu unsur penting,  tetapi bukan untuk umat islam. Bahkan, mereka membantu menitiskan darah umat islam.

Ibarat kata di dalam fasa masa keempat ini, umat islam sudah jatuh ditimpa tangga.

Surah Al baqarah ayat 120


Al-Baqarah:120 - Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

4. Setelah 95 tahun umat islam kehilangan khalifah, kita merindui dan mengharapkan, agar lahirnya umat islam yang dilindungi. Namun, Khalifah yang bagaimana sebenarnya kita perlukan?

Di masjid Nabawi, terbaring jasad Nabi kita yang telah membawa kita ke jalan yang penuh keimanan dan keselamatan. Bahkan, Nabi SAW telah mendewasakan umat manusia sebenarnya.

Dengan kepimpinan yang tulen, perpaduan dalam erti kata sebenar, yang islam dan bukan islam disatukan, yang arab dan bukan arab disatukan, yang kulit hitam dan kulit putih disatukan, itulah satu warna yang kita hilang.

Tidak kita nafikan, setelah Nabi wafat, islam ditekan dan umat islam dibunuh. Kemunculan Khilafah Uthmaniyyah sekitar 600 tahun pemerintahan memberi kedamaian seketika. Setelah itu, empayar ini dijatuhkan, menyebabkan kita kehilangan tempat berteduh, kesatuan mula terburai, masyarakat tiada nilai perpaduan sebenar, negara mula berada dalam keadaan nafsi - nafsi (mementingkan diri sendiri, bersendiri-sendiri, bersendirian: di kota yg ramai dan besar, manusia hidup bernafsi-nafsi, tidak peduli akan orang - Kamus Dewan Edisi Ke-4). Perpecahan timbul, akhirnya negara kita dijuzukkan oleh mereka.

Ada riwayat menyatakan bahawa 

"Akan ada orang yang akan bangkitkan kembali umat ini, ketika mana tangan - tangan kita telah berdosa, kejahatan melanda." - Al Hadith
Antara unsur besar dalam membina semula keimanan  dan kekuatan : 

A. Kekuatan iman dan taqwa.
B. Kesatuan dikalangan masyarakat
C. Negara dipimpin oleh mereka yang bertaqwa kepada Allah swt.

Maka warna iman dan taqwa itu bukan yang lain, tetapi adalah warna islam yang syumul.

5. Apakah umat islam cukup merasa terhormat sekadar menjadi penonton melihat penyembelihan yang dilakukan oleh musuh - musuh islam kepada saudara di Palestin dan Syria?

Bagaimana yang disebut sebelum ini, pentas untuk membantu umat islam bukan di pentas PBB, untuk membawa semula kekuatan islam dan umat islam, merupakan amanah buat umat islam sendiri.

Setakat mana komitmen umat islam dalam menangani hal ini? Khaled Meshaal (Pemimpin Hamas) pernah berkata 


"sebenarnya tidak akan dapat kemenangan mutlak kepada Palestin melainkan mereka bangkit atas satu kesatuan iaitu kesatuan hati dan fikrah antara umat."

Mungkin kita menabur wang ringgit untuk membantu Palestin. Tetapi mana ia membantu umat islam yang setiap hari disembelih, dirogol, dibunuh, dicerca dan dibakar hidup - hidup.

Sayangnya umat islam hari ini hanya bersendirian, tidak duduk dibawah satu kesatuan iaitu al-wahidah di mana pandangan sisi mereka tidak jelas tentang islam.
Ini merupakan ujian besar dari Allah.

Firman Allah dalam surah Al Hujarat ayat 10

Al-Ĥujurāt:10 - Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.


Ia merupakan amanah Allah bagi umat islam.

Selain itu, kita perlu ada kekuatan ketenteraan. Kemenangan umat islam zaman berzaman seperti Salehuddin Al- Ayubi. Bukan menjana kekuatan tentera, tetapi ini adalah laluan kita menuju kemenangan kerana mereka telah membunuh jutaan umat islam.


Kekuatan Sultan Muhammad Al Fateh adalah atas peperangan, islam harus dipertahankan kerana Aqidah. Kita seharusnya mempunyai kekuatan untuk mempertahankan islam.

Surah al - araf ayat 96


Al-'A`rāf:96 - Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

6. Apakah pesanan buat umat islam dalam fasa masa keempat hari ini?

Satu kesimpulan pasti yang kita perlu terima ialah, dunia sudah hampir kiamat. Kerana tanda kiamat semakin hampir dengan kita. Yang kecil telah melata, yang besar semakin menghampiri.

Persoalannya, fasa ini adalah fasa yang cukup - cukup  membebankan kita, fasa dimana kerajaan menyombong, yang angkuh. Fasa yang seumpama bala buat umat islam. Tetapi, dipenghujungnya tetap akan ada cahaya kemenangan islam sejati.

Zaman ini, kita perlu kekuatan, kekuatan apa? Kekuatan ilmu dan iman. Kesatuan yang tidak akan membeza - bezakan. Tiada kesatuan sejati melainkan atas dasar iman dan ilmu.

Pesanan Nabi SAW : 

"Bertaqwalah dimana sahaja kamu berada."
Kerana kunci taqwa adalah kunci yang boleh menyatukan perasaan dan hati kita yang akhirnya akan membuahkan kemenangan. Musuh tidak akan selamanya mampu untuk membunuh umat islam walau di atas apa jua keadaan.

Di Parlimen Israel masih tercatat hingga kini.


Menachem Begin, perdana menteri israel menyatakan :
 " dimana umat islam ada kekuatan agama dan iman, selam itulah kita tidak mampu menewaskan mereka, tetapi, bila umat islam hilang agama dan iman, kita akan mampu menewaskan mereka."
Dimana kita sekarang? Jika kita meletak persoalan iman dan taqwa mengatasi segalanya, percayalah bahawa masa depan umat islam akan lebih teratur dan lebih bercahaya.

Namun, jika kita pinggirkan islam, kita akan dikuasai, kita akan dihujani pelbagai musibah kerana kelemahan kita sendiri.

#halaqahtv9
Ustaz Roslan Mohamed
Indikator Ustaz Tarmizi

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih