Pemerintahan Dajjal - Petanda kiamat episod 18
1. Siapakah para pengikut Dajjal dan apakah faedah pengikut ini kepada Dajjal?
Dajjal datang diera Al Mahdi, Hadith menyebut Imam Al- Mahdi dan tentera islam akan berperang dalam peperangan Al - Malhamah Al- Kubra.
Dalam peperangan tersebut, dinyatakan peperangan ini melibatkan Imam Al - Mahdi dan Umat Islam menentang Rom. Rom ditafsirkan sebagai Eropah pada masa moden iaitu masa kini.
Kemudian, umat islam akan menakluki semula Konstantinopol, Turki. Menunjukkan bahawa Turki bakal dikuasai musuh islam tetapi dikuasai semula oleh umat islam. Itu memakan masa lebih kurang 6 tahun dan pada tahun ke - 7, datanglah Dajjal bersama tenteranya.
Riwayat Imam Muslim :
"Dajjal datang dari sebelah Timur, dan bersama Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi Isfahan dengan Pakaian Yayalissah." Al-Hadith
Ada Hadith menyatakan Dajjal akan datang dari Khurasan. Isfahan dan Khurasan adalah berkait rapat.
Hadith Tirmizi juga menyebut bahawa pengikut Dajjal adalah manusia yang bermuka gelap dan ini memerlukan tafsiran dari ulama.
Kelompok ke-3 pengikut Dajjal adalah Arab Kampung. Berdasarkan Hadith riwayat Ibnu Majah, Dajjal akan memasuki kampung orang - orang Arab dan dia berkata kepada mereka, " Mahukah kamu aku kembalikan semula ibubapamu?" Mereka menjawab "Mahu." dan Dajjal yang dibantu iblis serta syaitan menyamar seolah - olah menjadi ibubapa mereka untuk memperdaya orang Arab Kampung ini untuk menjadi pengikutnya.
Ada yang menyatakan ia adalah teknologi Klon yang digunakan oleh Dajjal. Melalui Hadith, mereka didatangkan semula dengan menggunakan 'kehebatan' iblis dan syaitan.
Kelompok ke-4, Kaum wanita akan menjadi pengikut Dajjal.
Ini adalah pengikut Dajjal secara umum. Dajjal akan memerintah dunia lebih kurang 40 hari dan dia akan menjelajah seluruh pelusuk dunia kecuali Mekah dan Madinah. Ini adalah gerakan Dajjal dan pengikut - pengikut yang akan membawa fitnah paling besar di muka bumi Allah.
Tiada fitnah lebih dahsyat dari fitnah seluruh alam melainkan fitnah Dajjal. Dia membawa malapetaka yang dahsyat dan sudah pasti umat islam ketika itu berada dalam keadaan lemah agama dan terkebelakang dari sudut ilmu.
Dajjal mempunyai kekuatan tentera yang bergerak dengan kelajuan seperti angin memukul awan, seperti angin memukul hujan dan ia digambarkan seperti Jet Pejuang pada masa ini. Dia mendatangkan bencana selama 40 hari dalam keadaan umat islam yang lemah agama dan terkebelkang dari sudut ilmu.
Kerana itu, kita bicarakan hal ini supaya kita ada persiapan. Jangan tunggu Dajjal datang. Persiapan untuk akhirat perlu sentiasa ada.
2. Apakah Imam Al-Mahdi berkemampuan untuk menumpaskan Dajjal?
Imam Al - Mahdi akan datang sebelum datangnya Dajjal. Dajjal hanya datang selepas peperangan dengan eropah ketika itu. Umat Islam di era Imam Al-Mahdi adalah golongan terpilih, iaitu satu giolongan yang duduk dibawah naungan Manhaj An-Nubuwwah. Ia adalah landasan hidup yang dibawa Nabi SAW. Ketika Dajjal datang, ia datang dengan fitnah. Ada riwayat menyatakan umat islam ketika itu semakin lama semakin berkurangan dan dalam keadaan lemah agama serta ilmunya terkebelakang sebelum turunnya Nabi Isa AS.
Nabi Isa As yang akan membunuh Dajjal. Bukan Imam Al-Mahdi. Imam Al- Mahdi merupakan benih-benih elok yang Allah lahirkan sebelum datangnya Dajjal, sebelum turunnya Nabi Isa As.
Surah Al- Ghafir/al-mu'min ayat 57
Ghāfir:57 - Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui.
Dajjal datang diera Al Mahdi, Hadith menyebut Imam Al- Mahdi dan tentera islam akan berperang dalam peperangan Al - Malhamah Al- Kubra.
Dalam peperangan tersebut, dinyatakan peperangan ini melibatkan Imam Al - Mahdi dan Umat Islam menentang Rom. Rom ditafsirkan sebagai Eropah pada masa moden iaitu masa kini.
Kemudian, umat islam akan menakluki semula Konstantinopol, Turki. Menunjukkan bahawa Turki bakal dikuasai musuh islam tetapi dikuasai semula oleh umat islam. Itu memakan masa lebih kurang 6 tahun dan pada tahun ke - 7, datanglah Dajjal bersama tenteranya.
Riwayat Imam Muslim :
"Dajjal datang dari sebelah Timur, dan bersama Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi Isfahan dengan Pakaian Yayalissah." Al-Hadith
Ada Hadith menyatakan Dajjal akan datang dari Khurasan. Isfahan dan Khurasan adalah berkait rapat.
Khurasan |
Hadith Tirmizi juga menyebut bahawa pengikut Dajjal adalah manusia yang bermuka gelap dan ini memerlukan tafsiran dari ulama.
Kelompok ke-3 pengikut Dajjal adalah Arab Kampung. Berdasarkan Hadith riwayat Ibnu Majah, Dajjal akan memasuki kampung orang - orang Arab dan dia berkata kepada mereka, " Mahukah kamu aku kembalikan semula ibubapamu?" Mereka menjawab "Mahu." dan Dajjal yang dibantu iblis serta syaitan menyamar seolah - olah menjadi ibubapa mereka untuk memperdaya orang Arab Kampung ini untuk menjadi pengikutnya.
Ada yang menyatakan ia adalah teknologi Klon yang digunakan oleh Dajjal. Melalui Hadith, mereka didatangkan semula dengan menggunakan 'kehebatan' iblis dan syaitan.
Kelompok ke-4, Kaum wanita akan menjadi pengikut Dajjal.
Ini adalah pengikut Dajjal secara umum. Dajjal akan memerintah dunia lebih kurang 40 hari dan dia akan menjelajah seluruh pelusuk dunia kecuali Mekah dan Madinah. Ini adalah gerakan Dajjal dan pengikut - pengikut yang akan membawa fitnah paling besar di muka bumi Allah.
Tiada fitnah lebih dahsyat dari fitnah seluruh alam melainkan fitnah Dajjal. Dia membawa malapetaka yang dahsyat dan sudah pasti umat islam ketika itu berada dalam keadaan lemah agama dan terkebelakang dari sudut ilmu.
Dajjal mempunyai kekuatan tentera yang bergerak dengan kelajuan seperti angin memukul awan, seperti angin memukul hujan dan ia digambarkan seperti Jet Pejuang pada masa ini. Dia mendatangkan bencana selama 40 hari dalam keadaan umat islam yang lemah agama dan terkebelkang dari sudut ilmu.
Kerana itu, kita bicarakan hal ini supaya kita ada persiapan. Jangan tunggu Dajjal datang. Persiapan untuk akhirat perlu sentiasa ada.
2. Apakah Imam Al-Mahdi berkemampuan untuk menumpaskan Dajjal?
Imam Al - Mahdi akan datang sebelum datangnya Dajjal. Dajjal hanya datang selepas peperangan dengan eropah ketika itu. Umat Islam di era Imam Al-Mahdi adalah golongan terpilih, iaitu satu giolongan yang duduk dibawah naungan Manhaj An-Nubuwwah. Ia adalah landasan hidup yang dibawa Nabi SAW. Ketika Dajjal datang, ia datang dengan fitnah. Ada riwayat menyatakan umat islam ketika itu semakin lama semakin berkurangan dan dalam keadaan lemah agama serta ilmunya terkebelakang sebelum turunnya Nabi Isa AS.
Nabi Isa As yang akan membunuh Dajjal. Bukan Imam Al-Mahdi. Imam Al- Mahdi merupakan benih-benih elok yang Allah lahirkan sebelum datangnya Dajjal, sebelum turunnya Nabi Isa As.
Surah Al- Ghafir/al-mu'min ayat 57
Tiada perkataan jelas di dalam Al-Quran tentang Dajjal. Sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibnu Qasid, oleh kerana sifatnya yang begitu keji, Allah tidak meletakkna namanya di dalam Al-Quran.
3. Umat islam akan melalui tempoh masa 40 hari dalam pemerintahan Dajjal. Ia bukan 40 hari biasa, ia adalah 40 hari penuh derita. Khabarnya, 40 hari ini akan menyaksikan ramai umat islam yang akan murtad dan menjadi pengikut Dajjal kerana kesusahan hidup ketika itu.
Benar, fitnah paling besar adalah fitnah Dajjal sehingga umat islam menjadi kelam kabut. terdapat beberapa tafsiran tentang hal ini :
A. Menurut tafsiran Muhammad Asad yang menulis buku 'The Road to Mecca', Dajjal akan memanfaatkan teknologi canggih di era akhir zaman ini. Sebagai contoh, Hadith Riwayat sahih muslim menceritakan Dajjal akan berkata "Wahai hujan, turun." maka turunlah hujan. Menampakkan bahawa di tangan Dajjal ada teknologi yang mengawal cuaca.
B. Disebut Dajjal akan membawa syurga dan neraka. Apabila disebut perkara ini, ia berkait dengan pegangan agama. Syurga yang dibawa Dajjal ini sebenarnya neraka Allah. Dia akan memperdaya manusia dengan ideologinya. Seolah - olah demikian.
Adakah Dajjal mewujudkan suatu agama baharu? Jika kita perhatikan sekarang, pada abad ke - 20 ini, telah wujud satu agama baharu iaitu 'a trully unique temporary religion.' juga dikenali sebagai 'Scientology'
Ia didaftarkan sebagai agama rasmi di beberapa buah negara. Ideologinya menegaskan manusia ini adalah makhluk asing dari luar bumi iaitu kita bukan penduduk asal bumi.
Scientology juga menganjurkan beberapa cara penyembahan dan ritual yang mahu kita keluar dari sarang manusia supaya kita menjadi makhluk asing yang asal yang tidak mati bernama 'Thetan'. Maka Scientology merupakan agama baharu bagi abad ke -20
C. Hadith riwayat Muslim, menyebut Dajjal akan membawa 2 sungai. Sungai pertama adalah air dan sungai ke -2 adalah api. Jika kita terjun dalam sungai air, ia sebenarnya api dan jika kita terjun ke dalam sungai api, ia adalah air.
Ertinya, Dajjal membawa sesuatu yang mengelirukan. itu yang paling jelas. Dan dunia kini sememangnya mengelirukan serta penuh tipu daya.
Contohnya arak, arak ini adalah haram walaupun setitik, tetapi kerana tipu daya, terdapat kajian menunjukkan sedikit wain bagus untuk jantung. Kononnya arak itu bagus. Ini adalah contoh tipu daya.
Kerana itu, pendidikan bertunjangkan Al-Quran dan As-sunnah perlu ada dalam masyarakat. Dengan Al-Quran dan As-sunnah, kita dapat menentang tipu daya itu. Kita dapat menapis dan menilai baik buruknya tipu daya itu.
4. Dajjal akan berada diseluruh dunia dalam tempoh 40 hari. Ada pendapat menyatakan tenpoh Dajjal memerintah. 1 Hari pertama adalah setahun, 1 hari kedua adalah sebulan dan 1 hari ketiga adalah seminggu. 37 hari berikutnya adalah sama seperti hari biasa. Apakah penjelasannya?
Setelah bertahun Hadith ini dibaca dan dilihat, memang susah untuk difahami dalam bentuk logik. Apabila berhadapan dengan semua Hadith Sahih, kita kembali kepada nas asas. Dan sehingga sekarang, saya belum memahaminya.
Cuma ada kenyataan dibuat oleh Syeikh Imran Hossen, pengarang buku ' Juresalem In The Quran'. Dia mengaitkan 1 hari dunia dengan hari di sisi Allah iaitu 1 hari Allah adalah 1000 tahun kita dan Syeikh Imran membuat formula untuk kita memahami yang disebut dalam Hadith ini.
Menurut Syeikh Imran Hossen :
1 hari = 1tahun = 1000 tahun = Pemerintahan British
1 hari = 1 bulan = 83 tahun = Pemerintahan Amerika
1 hari = 1 minggu = 19 tahun = Pemerintahan Israel
Syeikh Imran Hossen berpendapat bahawa Dajjal memerintah dalam bentuk fasa yang berbeza.
Fasa pertama dalam bentuk kekuasaan British
Fasa kedua dalam bentuk kekuasaan Amerika
Fasa Ketiga dalam bentuk kekuasaan Israel.
Kemudian 37 hari seperti hari kita adala dalam bentuk seorang lelaki yang kejam memerintah dunia.
Ini adalah pandangan yang diutarakan oleh Syeikh Imran Hossen untuk memahmi Hadith. apabila kita melaluinya, barulah kita akan memahaminya.
5. Mengapa wanita menjadi salah satu kelompok pengikut Dajjal?
Wanita tidak pernah dihina oleh Islam. Ayat-ayat Al-Quran memuliakan wanita. Itu adalah kalam Allah. Lantas adakah wanita dihina islam? Nabi Saw menceritakan senario atau keadaan ketika pemerintahan Dajjal.
Nabi menyatakan ramai wanita akan mengikut Dajjal. Pada Hari ini, isu yang paling banyak dibicarakan adalah isu wanita yang ingin hak kebebasan. Maka lahirlah wanita Liberal yang meminta itu dan ini.
Sehinggakan di Barat, jika disebut dalam kitab Bible atau kitab suci disebut Tuhan itu 'He' wanita Liberal akan marah. Kenapa 'He', bukan 'She'? Mereka merasakan wanita itu dihina. Di Barat sudah hebat. Pengaruhnya kepada wanita islam sudah ada sehingga memasuki ibadah. Ibadah juga ingin diubah mengikut formula jantina.
Jika sudah ada gerakan wanita Liberal ini, gerakan sesat yang kononnya wanita itu mengatasi segalanya. Maka, Nabi telah menceritakan pengaruh Dajjal yang menarik wanita untuk menjadi pengikutnya. Tidak mustahil.
Surah Al An'am ayat 158
Al-'An`ām:158 - Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)".

6. Bagaimana dahsyatnya pengepungan yang dilakukan oleh Dajjal bersama pengikutnya ke atas Baitul Maqdis?
Dajjal akan datang dari Timur, (Hadith riwayat Muslim) kemudian Dajjal akan melalui kawasan Syam (Syria) Iraq dan membuat kerosakan di kiri kanannya. kemudian dia akan mengelilingi dunia dan cuba untuk memasuki Madinah tetapi dihalang oleh para Malaikat.
Riwayat Imam Ahmad, ketika jumlah umat isalam bersama Imam Al-Mahdi sudah mengecil, umat islam duduk di kawasan Baitul Maqdis. Maka, Dajjal datang mengepung Baitul Maqdis.
Ada Hadith menyatakan, selain Mekah dan Madinah, Baitul Maqdis juga tidak boleh dimasuki Dajjal. Dia hanya akan berjaya mengepung dari luar.
Menurut Hadith, Dajjal akan mendatangkan goncangan demi goncangan. Apakah maksud goncangan itu? Adakah Dajjal menggunakan teknologi cuaca untuk hasilkan gegaran? Adakah bermaksud mendatangkan bencana dari atas dan bawah? itu tafsiran yang berlaku, tetapi yang jelas, pengepungan dahsyat sehingga menyebabkan umat islam menderita.
Kemuncak pertembungan antara umat islam dan Dajjal adalah di Damsyik. Ketika itu, Dajjal benar-benar ingin menghancurkan umat islam yang dipimpin oleh Imam Al-Mahdi, ketika itulah turunnya Nabi Isa As di menara putih, Timur Damsyik.
Menurut riwayat Sahih, Ketika Nabi Isa As turun, baginda turun pada waktu subuh sewaktu umat islam hendak menunaikan solat subuh. Imam Al-Mahdi melihat Nabi Isa As sudah turun lalu Imam Al-Mahdi menjemput Nabi Isa As untuk mengimamkan solat subuh. Tetapi, Nabi Isa As menolak. Selesai solat, dibuka pintu kota, Nun disana, Dajjal sedang menanti dengan tenteranya.
dalam Hadith sahih, apabila Dajjal melihat Nabi Isa As, dia seolah-olah cair seperti garam di dalam air. Dajjal tahu riwayatnya hampir tamat, dia mengenali Nabi Isa As dan dia tahu itulah satu-satunya orang yang dapat membunuhnya. Maka dia melarikan diri.
Nabi Isa As dan umat isalam mengejarnya hingga ke Kota Lod lalu membunuhnya. Kota Lod adalah pangkalan ketenteraan Israel pada masa kini. Itulah pengakhiran Dajjal dimuka bumi ini.
Doa Berlindung dari fitnah Dajjal
Bintang Ilmuwan Dato' Dr. Danial Zainal Abidin
Indikator Al-Quran Ustaz Tirmizi Haji Ali.
#Halaqahtv9
Dajjal akan datang dari Timur, (Hadith riwayat Muslim) kemudian Dajjal akan melalui kawasan Syam (Syria) Iraq dan membuat kerosakan di kiri kanannya. kemudian dia akan mengelilingi dunia dan cuba untuk memasuki Madinah tetapi dihalang oleh para Malaikat.
Riwayat Imam Ahmad, ketika jumlah umat isalam bersama Imam Al-Mahdi sudah mengecil, umat islam duduk di kawasan Baitul Maqdis. Maka, Dajjal datang mengepung Baitul Maqdis.
Ada Hadith menyatakan, selain Mekah dan Madinah, Baitul Maqdis juga tidak boleh dimasuki Dajjal. Dia hanya akan berjaya mengepung dari luar.
Menurut Hadith, Dajjal akan mendatangkan goncangan demi goncangan. Apakah maksud goncangan itu? Adakah Dajjal menggunakan teknologi cuaca untuk hasilkan gegaran? Adakah bermaksud mendatangkan bencana dari atas dan bawah? itu tafsiran yang berlaku, tetapi yang jelas, pengepungan dahsyat sehingga menyebabkan umat islam menderita.
Kemuncak pertembungan antara umat islam dan Dajjal adalah di Damsyik. Ketika itu, Dajjal benar-benar ingin menghancurkan umat islam yang dipimpin oleh Imam Al-Mahdi, ketika itulah turunnya Nabi Isa As di menara putih, Timur Damsyik.
Menara Putih |
Kota Damsyik |
Nabi Isa As dan umat isalam mengejarnya hingga ke Kota Lod lalu membunuhnya. Kota Lod adalah pangkalan ketenteraan Israel pada masa kini. Itulah pengakhiran Dajjal dimuka bumi ini.
Lokasi Kota LOD |
Doa Berlindung dari fitnah Dajjal
Bintang Ilmuwan Dato' Dr. Danial Zainal Abidin
Indikator Al-Quran Ustaz Tirmizi Haji Ali.
#Halaqahtv9
Comments
Post a Comment