Dosa besar ke 40 : Mengkhianati Ketua dan Seumpamanya.

Ketua merupakan individu penting dalam masyarakat.

Dalam apa jua keadaan, pasti memerlukan ketua sebagai pemandu

Sekiranya tiada ketua, pasti akan ada masalah dalam situasi tersebut kerana tiada yang dapat menjadi rujukan.

Apabila kita memilih ketua, tidak kira dalam apa keadaan sekalipun.

Baik memilih ketua keluarga (memilih suami)

Ketua kampung

Pengerusi

Penghulu

Menteri dan sebagainya.

Kita perlu terikat dengan perjanjian taat setia.

Bagi umat Islam, taat setia ini berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Sekiranya sumber utama di atas dilanggar, maka,

Orang bawah perlu menegur dan membetulkan.

Sekiranya teguran itu diterima dan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah, maka, 

kembalilah org bawah untuk taat.

Sekiranya dia gagal untuk menerima teguran dan kembali kepada jalan yang benar, 

maka ketua itu tidak lagi layak untuk ditaati.

Oleh itu, umat Islam terikat dengan perjanjian taat setia dengan ketua.

Sekiranya kita melanggar perjanjian ini, maka, bermulalah musibah kepada Umat Islam.

Firman Allah SWT

  Al-Isra' ayat 34

وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِى هِىَ أَحْسَنُ حَتّٰى يَبْلُغَ أَشُدَّهُۥ ۚ وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ ۖ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولًا

Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya.
 
Hujung ayat ini menceritakan bahawa janji itu adalah tanggungjawab.

Apabila telah berjanji taat setia, maka, perlu kekal dengan sikap setia pada perjanjian.

Allah SWT memerintahkan kita untuk memenuhi perjanjian.

Firman Allah SWT

Al-Ma'idah ayat 1

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ ۚ أُحِلَّتْ لَكُمْ بَهِيمَةُ الْأَنْعٰمِ إِلَّا مَا يُتْلٰى عَلَيْكُمْ غَيْرَ مُحِلِّى الصَّيْدِ وَأَنْتُمْ حُرُمٌ ۗ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ مَا يُرِيدُ

Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad (perjanjian) itu. Dihalalkan bagimu binatang ternak, kecuali yang akan dibacakan kepadamu. (Yang demikian itu) dengan tidak menghalalkan berburu ketika kamu sedang mengerjakan haji. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum-hukum menurut yang dikehendaki-Nya.
 
Pada awal ayat ini, perintah memenuhi janji dinyatakan.

Maka, wajib kita memenuhi janji kita.

Firman Allah SWT lagi

 An-Nahl ayat 91

وَأَوْفُوا بِعَهْدِ اللَّهِ إِذَا عٰهَدتُّمْ وَلَا تَنْقُضُوا الْأَيْمٰنَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمُ اللَّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلًا ۚ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ

Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpahmu itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.
 
Ayat ini membicarakan tentang perintah Allah dalam perjanjian.

Serta larangan membatalkan janji tersebut tanpa sebarang sebab.

Apabila berlaku pengkhianatan kepada janji taat setia, maka, orang tersebut termasuk dikalangan orang yang memiliki ciri munafik.

Sabda Rasulullah SAW,

"Empat perkara yang jika terhimpun pada diri seseorang, dia adalah seorang munafik sebenar :

1. Apabila berbicara, dia berdusta.

2. Apabila diberi amanah, dia khianat,

3. Apabila berjanji, dia mungkiri,

4. Apabila dia bertengkar, dia akan berbuat jahat. "

Muttafaqun alaih, daripada Abdullah bin 'Amru.

Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Setiap pengkhianat mempunyai satu panji pada hari kiamat yang dipunggungnya di tulis, 'Inilah pengkhianatan si fulan'.

Ingatlah, tiada pengkhianat yang lebih besar pengkhianatannya selain pemimpin kepada 

masyarakat (yang mengkhianati orang bawahannya)."

Riwayat Muslim, daripada Abu Said Al-Khudri.

Rasulullah SAW bersabda lagi,

"Sesiapa yang berlepas tangan daripada suatu ketaatan (kepada pemimpin), maka dia bertemu Allah pada hari kiamat dalam keadaan tidak mempunyai hujah (untuk membelanya).

Sesiapa yang mati sedangkan dilehernya tidak terdapat perjanjian taat setia (kepada pemimpin), maka dia mati dengan kematian Jahiliyyah. "

Riwayat Muslim, daripada Ibnu Umar.

Dalam sebuah hadis yang berbicara tentang janji taat setia, Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang suka agar dijauhkan daripada neraka dan masuk ke dalam syurga, maka hendaklah menghadapai mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan hari kiamat serta bergaul dengan manusia dengan cara yang mereka sukai.

Sesiapa yang membaiah seorang pemimpin, lalu menghulurkan tangan dengan sepenuh hati kepadanya, maka taatilah dia semampunya.

Apabila datang orang lain yang hendak merampas kuasanya, maka penggallah leher orang itu. "

Riwayat Muslim, daripada Abdullah bin 'Amru

Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Sesiapa yang mentaati ku, maka dia mentaati Allah. Sesiapa derhaka kepada ku, maka dia derhaka kepada Allah.

Sesiapa yang mentaati pemimpin, maka dia mentaati aku, sesiapa derhaka kepada pemimpin, dia derhaka kepada ku."

Muttafaqun alaih, daripada Abu Hurairah.

Rasulullah SAW bersabda lagi,

"Sesiapa yang membenci pemimpinnya kerana suatu perkara, maka hendaklah dia bersabar kerana sesiapa yang keluar menentang pemimpin walau sekadar sejengkal, dia mati dengan kematian Jahiliyyah."

Muttafaqun alaih, daripada Ibnu Abbas.

Hadis ini menceritakan perihal sikap membenci pemimpin sehingga membawa kepada pemberontakan.

Sesiapa yang melakukan pemberontakan (menyerang kerajaan) mati, dia mati dalam keadaan Jahiliyyah.

Mati katak.

Kata pengarang kitab,

"Jenayah apakah yang lebih besar dariapda kamu membaiah ketua, kemudian melepaskan tanganmu daripada taat kepadanya,

Dan daripada mencabuli janji setia serta membunuhnya dengan pedangmu,

Atau tidak membantunya sehingga terbunuh?"

Sabda Rasulullah SAW,

"Sesiapa yang mengangkat senjata terhadap kami, maka dia bukanlah dikalangan kami."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah Ibnu Umar

Hadis ini Sahih.

Maka, umat Islam yang menentang pemimpin Islam, ia bukan di kalangan orang Islam.

Menentang pemimpin adalah pemberontakan. Ia adalah jenayah yang sangat berat di sisi Islam.

Hukumannya adalah bunuh.

Pemberontakan adalah bersifat perang bersenjata.

Tidak sama dengan demokrasi yang bertujuan memilih pemimpin berdasarkan undian.

Ia tidak termasuk perbuatan memberontak.

Kitab Dosa - dosa Besar, Terjemahan  Kitab Al- Kabair, Karangan Imam Az- Zahabi, Terbitan telaga biru.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih