Epitaxis dan teknik nasal packing

Nak kongsi ilmu pasal epistaxis (nasal bleed) dan cara nasal packing sbb semalam baru dgr CME...
 
Epitaxis ialah perkara biasa terjadi di Jabatan Kecemasan..Kebanyakan pendarahan yang berlaku adalah di kawasan (Little's Area) atau dikenali juga sebagai (Kiesselbach's area). Kawasan ini terletak di bahagian anterior septum (septum hadapan) . kawasan tersebut mempunyai cabang 4 arteri utama bahagian nasal iaitu :-
1. Anterior ethmoidal artery (ophtalmic artery)
2. Sphenopalatine artery (terminal branch of maxilary artery)
3. Greater palatine artery (maxilary artery)
4. Superior labial artery (facial artery)
Terdapat juga epitaxis yang berpunca daripada salur darah yang pecah akibat tekanan darah tinggi (Hypertension). Kebiasaannya pendarahan ini tidak berlaku di kawasan hadapan tetapi berlaku dikawasan Posterior (belakang) nasal. Kawasan ini mempunyai artery utama yang menjadi punca kepada cabang artery di bahagian Little's area tadi.
Punca berlaku pendarahan ialah :-
1. Trauma
2. Kekeringan
3. kanser
4. Salur darah pecah
5. Idiopatik
Pengurusan :-
Kebiasaannya jika berlaku epitaxis nasal packing perlu dilakukan untuk menghentikan pendarahan tersebut. Nasal packing terbahagi kepada dua iaitu :-
1. Anterior packing
2. Posterior Packing
ANTERIOR PACKING
Jika berlaku pendarahan pada bahagian depan (little's area), anterior packing perlu dilakukan menggunakan ribbon gauze yang direndam dgn adrenaline dilution 1:1000 (1 adrenaline : 10cc N/S). ini adalah cara paling ringkas. ribbon gauze yang telah direndam perlu dimasukkan ke dalam nasal cavity dan kemudian harus menekan kawasan hidung dari luar untuk mengenakan tekanan pada bahagian pendarahan tersebut. Jika jabatan anda mempunyai bahan yang lebih baik seperti Nasal Surgical patties, Tampon dan sebagainya, proses packing akan menjadi lebih mudah...
POSTERIOR PACKING
Jika pendarahan berlaku dikawasan posterior, posterior packing perlu dilakukan menggunakan teknik balloon inflation. teknik ini menggunakan foley's catheter saiz 8 yang dimasukkan ke dalam hidung hingga ke belakang (seperti memasukkan ryle's tube). apabila telah memasukkan semua foley catheter tersebut. balloon inflation perlu dilakukan menggunakan udara sahaja. jangan sesekali menggunakan air kerana jika belon pecah, air akan masuk terus ke paru2. kemudian masukkan gauze yang direndam dgn adrenaline 1:1000 hingga ke bahagian posterior (belakang).
Jika nasal packing gagal memberhentikan pendarahan...artery ligation, artery cauterization under surgical ENT perlu dilaksanakan.
Sekadar perkongsian....TQ

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?