Tuduh
✏️ Tuduhan? : Ia Akan Kembali Semula.
Antara sikap yang paling sukar dibuang dari diri manusia adalah bersangka - sangka dan menuduh.
Kerana ia adalah Nafsu.
Keseronokan dan Kepuasan dalam hati dengan hasil tuduhan itu yang membuatkan manusia sangat suka menuduh.
Kita suka perjalanan hidup ini mengikut kehendak kita,
Sedangkan Allah telah menetapkan takdir.
Maka, perjalanan hidup ini perlu ikut acuan Allah sebagaimana yang telah dititahkan.
Sekiranya kita menuduh orang melakukan sesuatu, tanpa ada bukti atau fakta.
Hanya sesedap rasa,
Sebenarnya tuduhan itu akan kembali kepada diri kita sendiri.
Misalnya, kita menuduh orang lain menjaja cerita tentang keburukan diri kita, sedangkan tiada bukti menunjukkan orang itu menjaja cerita, lalu kita mengadu kepada orang tentang hal itu, dari seorang kepada seorang yang lain, apabila diteliti, siapa yang sebenarnya menjaja keburukan tersebut?
Kebenaran ini disabdakan oleh Rasulullah SAW :
عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالْفُسُوقِ وَلَا يَرْمِيهِ بِالْكُفْرِ إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ
Daripada Abu Zar RA bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda:
"Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasikan, dan tidak pula menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu."
(HR Bukhari No: 5585) Status: Hadis Sahih.
Tuduhan - tuduhan ini terjadi dalam pelbagai bentuk dan keadaan seperti :
1. Politik
2. Perniagaan
3. Rakan sejawat
4. Persaudaraan
5. Persahabatan
6. Dan banyak lagi.
Merangkumi keseluruhan hidup.
Sebaiknya, kita muhasabah diri, nilai diri sendiri, apakah kita suka pada tuduhan atau suka menuduh.
Nilaian pada diri ini menjadi cerminan akhlak kita.
Seandainya kita miliki Iman, kita tidak akan sibuk untuk menuduh orang lain, kerana kita tahu, kita pasti bertemu Allah untuk diadili.
Mohd Nasyran
Utara Perak
11.06am.
#Muhasabah_Diri
Comments
Post a Comment