Wanita Setaraf Lelaki?

✏️Liberal Feminisme : Wanita Setaraf Lelaki? 

بسم الله الرحمن الرحيم،

 Sering kali hujah para feminisme menggunakan ayat Al-Quran yang menunjukkan bahawa Islam itu menindas wanita. Dan antara ayat yang digunakan adalah Firman Allah yang berikut :

An-Nisa' 4:34

ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ..... 

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan.....

Apabila berhujah tanpa jalan yang benar, menurut hawa nafsu dan akal sendiri, maka, hujah itu seakan - akan benar. 

Namun, 

Sebagai hamba Allah, kita sepatutnya meneliti dengan cara yang betul. Kerana Islam datang secara menyeluruh. 

Golongan feminisme ini menjadikan standard kemuliaan wanita adalah setaraf lelaki. 

Misalnya, 

Wanita layak menjadi Imam solat seperti lelaki, 

Wanita layak menerima pusaka sama banyak dengan lelaki, 

Wanita layak melafazkan talak sama seperti lelaki, 

Lelaki sertai tentera, wanita juga patut sertai. 

Lelaki bermain ragbi, wanita juga boleh bermain ragbi. 

Pada mereka, apabila setaraf lelaki,mereka telah mulia. 

Apabila memandang dari sudut kemuliaan makhluk, maka, golongan feminisme ini telah merendahkan standard wanita jauh dari standard sebenar. 

Sedangkan, 

Allah telah memuliakan seorang ibu 3 kali lebih dari bapa. Sekuat mana lelaki mencuba, dia tidak akan dapat menjadi ibu yang melahirkan anak. 

Siapa lagi yang memahami emosi anak selain ibu yang penuh dengan emosi? 

Siapa lagi yang mampu berjaga malam dengan penuh emosi untuk mengurangkan kesakitan anak? 

Allah muliakan Isteri dengan ketaatan kepada suami, bukan menjadi hamba suami. 

Siapa lagi yang mampu berkorban ketika susah bersama suami? 

Siapa lagi mampu menemani suami ketika sakit terlantar? 

Kemuliaan yang Allah telah tetapkan ini adalah atas dasar taqwa, bukan untuk meraih simpati orang, meraih perhatian manusia dan sebagainya. 

Tetapi,

Kerana wanita dicipta dengan sifat semulajadinya yang mampu bertahan dan taat kepada orang yang wanita itu sayangi. 

Kemuliaan sebenar Allah rakam di dalam Firmannya :

Al-Hujurat 49:13

...... إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 

.......Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Wanita menjadi lebih mulia dari lelaki kerana kelebihan taqwanya. Bukan kerana dapat bersaing dengan lelaki. 

Siapa lebih mulia dari Asiah, Maryam, Khadijah, Aisyah, Fatimah selain dari para Rasul dan Sahabat? 

Mereka mulia kerana menjadi Nabi? Imam solat? Berperang? Atau kerana ketaqwaan mereka kepada Allah? 

Mohd Nasyran 
Utara Perak 
2.46pm.

#WanitaItuMulia

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?