Tanda Keampunan Dari Allah.
✏️Tanda Keampunan Dari Allah.
Apabila tiba suatu ketika,
Sekelompok manusia akan rasa bersalah dan mengakui dosanya kepada Allah.
Lalu bangunlah dia pada waktu malam, berlinang air mata, memohon ampun kepada Allah.
Merayu dengan sesungguh hati.
Adakah Allah akan menerima taubat ini? Adakah Allah akan mengampunkan dosa yang pernah dilakukan?
Allah khabarkan kepada kita, tanda keampunan Allah untuk kita.
Firman Allah SWT
An-Nur 24:22
وَلَا يَأْتَلِ أُو۟لُوا۟ ٱلْفَضْلِ مِنكُمْ وَٱلسَّعَةِ أَن يُؤْتُوٓا۟ أُو۟لِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينَ وَٱلْمُهَٰجِرِينَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَلْيَعْفُوا۟ وَلْيَصْفَحُوٓا۟ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ ٱللَّهُ لَكُمْۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
And let not those of virtue among you and wealth swear not to give [aid] to their relatives and the needy and the emigrants for the cause of Allah, and let them pardon and overlook. Would you not like that Allah should forgive you? And Allah is Forgiving and Merciful.
Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
...
Ya.....
Antara tanda Allah mengampuni dosa kita adalah, kita memaafkan kesalahan orang lain, tanpa orang itu memohon maaf kepada kita.
....
Adalah pelik dan janggal,
Apabila kita memohon ampun kepada Allah, tetapi kita tidak mahu mengampunkan kesalahan orang kepada kita.
Kita mohon belas kasihan Allah, tetapi kita tidak mahu mengasihi orang lain.
...
Maafkanlah...
Terutama ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga atau siapa pun.
Seandainya ia kesalahan peribadi, maafkanlah.
Jika kita ingin keampunan Allah...
P/S : ayat dari surah An Nur adalah teguran Allah kepada Saidina Abu Bakar kerana menarik infaq peribadi beliau kepada salah seorang ahli keluarga beliau, yang menuduh Aisyah berzina, selepas teguran ini, Saidina Abu Bakar memaafkan hal itu, dan mengembalikan infaq tersebut. Betapa besar ujian dan kesalahan, Saidina Abu Bakar memaafkan kerana dia mengejar Keampunan Allah.
#Muhasabah_Diri
Mohd Nasyran
Utara Perak
4.45pm
Comments
Post a Comment