Fitnah Akhir Zaman : Gelap Malam

✏️Fitnah Akhir Zaman : Gelap Malam.

Kita telah ditakdirkan Allah SWT menjadi Umat akhir zaman.

Makna akhir zaman ini menurut Ulama adalah zaman Islam ditekan dari setiap penjuru sehingga Islam sangat asing dalam dunia. Melihat orang beramal dengan Islam adalah suatu kepelikan dan kemunduran. 

Berada di zaman ini, memerlukan kekuatan aqidah yang konkrit. Asas yang benar - benar utuh. 

Kerana "FITNAH" dalam maksud musibah dan bencana aqidah semakin berleluasa. 

Sehinggakan kita tidak mampu membezakan dengan jelas antara yang HAQ (Benar)  dan BATIL (Salah). 

Rasulullah SAW bersabda melalui riwayat Abu Hurairah RA. 

بَادِرُوا بالأعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ المُظْلِمِ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا، يَبِيعُ دِينَهُ بعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا.

#الفتن
#فتنة

"Bersegeralah melakukan amalan soleh sebelum datangnya fitnah (musibah) seperti potongan malam yang gelap iaitu seseorang pada waktu pagi dalam keadaan beriman dan di petang hari dalam keadaan kufur. Ada pula yang petang hari dalam keadaan beriman dan di pagi hari dalam keadaan kufur. Dia menjual agamanya untuk sedikit keuntungan dunia.” (HR Muslim No. 118)

.....

Manusia semakin ramai yang berpura - pura.  Menyorok disebalik imej baik. 

Rasulullah SAW menggambarkan fitnah iitu datang seperti potongan malam yang gelap. 

Rasulullah SAW guna 2 perkataan الليل dan المظلم. Iaitu malam dan gelap. 

Kita tahu bahawa malam itu gelap, tetapi ditambah dengan perkataan gelap selepasnya. Bermakna malam yang tiada bulan atau bintang atau lampu yang menerangi. 

Keadaannya menggambarkan waktu itu, kita tidak boleh melihat walaupun tapak tangan dekat dengan muka kita. 

Seperti mana kita tidak tahu, sebelah kiri atau kanan atau depan atau belakang kita selamat mahupun bahaya. 

Manusia sekeliling kita berpura - pura sehinggakan pagi dia pergi ke masjid, petang dia beli nombor ekor, 

Petang dia bersedekah, malam dia melanggan pelacur. 

Berada di zaman ini memerlukan kekuatan aqidah, prinsip Islam yang teguh. 

Segeralah beramal dengan amalan yang benar. 

Agar kita terpelihara dari termasuk dikalangan orang yang berpura - pura. 

#Muhasabah_Diri

Mohd Nasyran 
Utara Perak 
734pm

Nukilan dari syarah hadis Sahih Muslim
الموسوعة الحديث.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?