Keutamaan 10 hari awal Bulan Zulhijjah.
✏️ Keutamaan 10 hari awal Bulan Zulhijjah.
1. Firman Allah dalam Surah al-Fajr ayat 1-2:
وَالْفَجْرِ (1) وَلَيَالٍ عَشْرٍ (2)
(maksudnya: Demi waktu fajar. Dan (demi) malam-malam yang sepuluh)
...
Menurut Ibn ‘Abbas,
Apabila Allah bersumpah dengan sepuluh hari Zulhijjah tersebut, pasti ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
...
2. Dalam hadis Nabi s.a.w :
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَا مِنْ أَيَّامٍ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ العَشْرِ"، فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ"
Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya paling Allah sukai melebihi sepuluh hari ini (sepuluh hari awal Zulhijjah)”. Mereka bertanya: “Sekalipun jihad pada jalan Allah?”. Jawab Rasulullah s.a.w: Sekalipun jihad pada jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar (berjuang) dengan diri dan hartanya dan tidak mendapat semua itu kembali walaupun sedikit”
(Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi -lafaz di atas adalah lafaz al-Tirmizi- , Abu Daud, Ibn Majah dll).
...
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani berpendapat keistimewaan sepuluh hari Zulhijjah kerana terkumpul padanya segala ibadah-ibadah utama; solat, puasa, sedekah (zakat) dan haji. Ini tidak terdapat pada waktu yang lain ( Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath Bari)
...
Antara amalan yang biasa dilakukan bagi orang yang tidak mengerjakan haji pada ketika ini ialah berpuasa pada 10 hari awal Zulhijjah.
...
Selain itu, perbanyakkanlah amalan soleh seperti solat malam, sedekah, zikir, tahlil, tahmid dan takbir.
...
Kata para ulama mengatakan bahawa kemuliaan pada 10 malam terakhir Ramadhan kerana adanya Malam Al-Qadar.
Manakala kemuliaan pada 10 hari awal ZulHijjah kerana terdapat Hari Arafah.
Jom tingkatkan amal soleh.
Kita tidak tahu bila akan dijemput Allah bertemu dengan-Nya. 😀
#Tingkat_Amal_Soleh
Comments
Post a Comment