Kaitan Dosa dan Bencana : Amaran Dari Rasulullah صل الله عليه وسلم .
✏️ Kaitan Dosa dan Bencana : Amaran Dari Rasulullah صل الله عليه وسلم .
Bencana atau bala hadir kerana dosa yang kita lakukan.
Bencana dan bala ini hadir dalam pelbagai bentuk seperti Wabak Penyakit, Kemarau, Kelaparan, Krisis Politik, Orang Islam dikuasai orang kafir, Permusuhan sesama bangsa dan agama.
Perhatikan keadaan kita mutakhir ini.
Pejam mata, diam dan berfikir.
Kemudian kita amati sabda Rasulullah صل الله عليه وسلم :
يا مَعشَرَ المُهاجِرينَ، خَمسُ خِصالٍ إذا ابتُليتُم بهنَّ -وأعوذُ باللهِ أنْ تُدرِكوهنَّ-:
Wahai sekalian kaum Muhajirin, ada lima hal yang jika kalian terjatuh ke dalamnya, dan aku berlindung kepada Allah supaya kalian tidak menjumpainya :-
١. لم تَظهَرِ الفاحِشةُ في قَومٍ قَطُّ حتى يُعلِنوا بها إلَّا فَشا فيهمُ الطَّاعونُ والأوجاعُ التي لم تَكُنْ مَضَتْ في أسلافِهمُ الذين مَضَوْا،
1. Tidaklah nampak zina di suatu kaum, sehingga dilakukan secara terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka taun (wabak) dan penyakit-penyakit yang tidak pernah menjangkiti generasi sebelumnya.
٢. ولم يَنقُصوا المِكيالَ إلَّا أُخِذوا بالسِّنينَ، وشِدَّةِ المَؤونةِ، وجَورِ السُّلطانِ عليهم،
2. Tidaklah mereka menipu dalam timbangan kecuali akan ditimpa dengan kemarau berpanjangan dan kekurangan bekalan, serta kezaliman penguasa atas mereka.
٣. ولم يَمنَعوا زَكاةَ أموالِهم إلَّا مُنِعوا القَطرَ مِن السَّماءِ،
ولولا البَهائمُ لم يُمطَروا،
3. Tidaklah mereka menahan zakat (tidak membayarnya) kecuali hujan dari langit akan ditahan dari turun ke atas mereka, dan sekiranya bukan kerana haiwan-haiwan (yang sentiasa berzikir kepada Allah), nescaya manusia tidak akan diberikan hujan.
٤. ولم يَنقُضوا عَهدَ اللهِ وعَهدَ رسولِه إلَّا سَلَّطَ عليهم عَدُوًّا مِن غَيرِهم، فأخَذوا بعضَ ما في أيديهم،
4. Tidaklah mereka melanggar perjanjian mereka dengan Allah SWT dan Rasul-Nya, kecuali Allah SWT akan menjadikan musuh mereka dari kalangan orang kafir berkuasa atas mereka, lalu musuh tersebut mengambil sebahagian apa yang mereka miliki.
٥. وما لم تَحكُمْ أئمَّتُهم بكِتابِ اللهِ وسَخِروا بما أنزَلَ اللهُ إلَّا جعَلَ اللهُ بأْسَهم بَينَهم.
5. Dan selama pemimpin-pemimpin mereka (kaum muslimin) tidak berhukum dengan Kitabullah (al-Quran) dan mengambil yang terbaik dari apa-apa yang diturunkan oleh Allah (syariat Islam), melainkan Allah akan menjadikan permusuhan di antara mereka.”
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : ابن كثير | المصدر : نهاية البداية والنهاية
Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Umar RA / diambil melalui Muhaddis Imam Ibnu Katsir dari Kitab Nihayah Al - Bidayah Wa Al-Nihayah.
الصفحة أو الرقم: 1/33 | خلاصة حكم المحدث : فيه غرابة
Halaman 1, Nombor 33 : kata Ibnu Katsir Hadis ini Gharib.
التخريج : أخرجه ابن ماجه (4019)، والطبراني في ((المعجم الأوسط)) (4671)، والحاكم (8623)
Perawi Hadis : Imam Ibnu Majah (4019), Imam At - Thabrani di dalam kitab Mu'jam Al-Ausat (4671) dan Imam Al-Hakim (8623).
Dalam lafaz yang sama. Diambil hadis di atas dari :
راوي : عبدالله ابن عمر | المحدث : ابن حجر العسقلاني | المصدر : بذل الماعون
Riwayat Abdullah Ibnu Umar RA / diambil dari Muhaddis Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dari kitab Bazal Al-Ma'un.
الصفحة أو الرقم: 124 | خلاصة حكم المحدث : للحديث شواهد
Halaman 124. Imam Ibnu Hajar mengatakan Hadis ini Syawahid
Hasil pengamatan kita dari Sabda Rasulullah صل الله عليه وسلم ini barangkali mampu menyedarkan kita.
Kita banyak melakukan dosa.
Dosa yang menyebabkan kita diberikan peringatan dalam bentuk bala.
Sedarlah kalian, kembali ke jalan Islam yang sebenar.
Kita bakal bertemu Allah. Biarlah kita bertemu dalam keadaan yang Bersih. Bukan diselaputi dosa yang mengotori jiwa.
Rujukan :
Apps الموسوعة الحديث
Artikel Dr. Nur Mohamad Hadi bin Zahalan, Pensyarah USIM.
Comments
Post a Comment