Peranan Ayah Kepada Anak.

✏️ Peranan Ayah Kepada Anak. 

Bapa adalah tempat rujuk bagi anak. Berkongsi masalah dan meminta pandangan. 

Contoh peranan bapa ini diperlihatkan oleh Allah SWT dalam Firman-Nya :

Surah Yusuf 12:4

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِى سَٰجِدِينَ 

[Of these stories mention] when Joseph said to his father, "O my father, indeed I have seen [in a dream] eleven stars and the sun and the moon; I saw them prostrating to me."

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
...

Namun begitu, 
Keadaan ini hanya akan wujud jika hubungan bapa dan anak sangat baik. 

Interaksi yang baik, akan mewujudkan suasana yang mesra antara bapa dan anak. 

Anak melihat bapanya sangat berketrampilan dan berilmu. Dan anak sangat bangga dengan bapanya. 

Hal ini, tidak akan wujud, jika bapa tidak mesra anak. 

Senyum susah, muka sentiasa kelat. 

Tiada perbualan berlaku dengan anak. 

Bertambah parah, apabila anak menjadi tempat melepaskan kemarahan. 

Lihat bagaimana seorang ayah menjawab persoalan anaknya di dalam ayat berikutnya :

Surah Yusuf 12:5

قَالَ يَٰبُنَىَّ لَا تَقْصُصْ رُءْيَاكَ عَلَىٰٓ إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا۟ لَكَ كَيْدًاۖ إِنَّ ٱلشَّيْطَٰنَ لِلْإِنسَٰنِ عَدُوٌّ مُّبِينٌ 

He said, "O my son, do not relate your vision to your brothers or they will contrive against you a plan. Indeed Satan, to man, is a manifest enemy.

Bapanya berkata:" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.
...
Bapa dan anak ini sangat rapat dan mampu berkongsi pandangan terbaik. 

Siapa lagi yang lebih mengenali anak - anak berbanding bapa apabila diminta pendapat? 

Maka, 
Bapa harus memainkan peranan yang baik dengan anak. 

Dan jangan terlalu mengharapkan ibu menjadi tempat mereka berkasih sayang. 

Bagaimana anak bertindak dengan kita, adalah hasil sikap ayah kepada anak.

Jika kita sentiasa bengis, jangan pernah mengharap anak akan menghormati kita apabila telah tua dan sakit. 

#Muhasabah_Diri

Mohd Nasyran
Utara Perak
6.15pm

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?