Islam Mundur?

✏️ Orang Islam Mundur? 

Pernah suatu ketika, sekitar Disember 2018, seorang ulama pergi ke London untuk menyampaikan penerangan dan dakwah. 

Tanpa di sangka, hadir di dalam majlis itu orang yang belum-Islam. Apabila dibuka sesi soal jawab, maka, berdirilah dia bertanyakan soalan.

Soalannya ialah, mengapa orang melayu Islam sangat Racist dalam berpolitik? Dan panjang lagi ayatnya. 

Soalan beliau sebenarnya kurang jelas. Jika diamati, lebih kepada luahan rasa tidak puas hati. 

Tetapi,

Apa yang ingin saya petik adalah kenyataan beliau iaitu "otak orang Islam tersangkut dalam buku abad ke-6 (Your head stucked in the 6th century book) "

Beliau maksudkan buku itu adalah Al-Quran Al-Karim. 
---
Kenyataan beliau mungkin bermaksud Orang Islam tidak boleh maju, tidak akan maju kerana fikiran Orang Islam kekal dalam abad ke-6 Masihi. 

Barangkali ada yang tidak memahami apa itu Islam pada sudut yang betul. 
---
Penjelasan.

"Buku" Al-Quran merupakan wahyu atau panduan dari Allah,  Tuhan yang telah menciptakan manusia dan dunia ini. 

Memahami ajaran Islam yang terkandung di dalamnya bukan sekadar membaca, tetapi memahami. 

Al-Quran tidak menghalang perkembangan minda, teknologi, sains dan pelbagai jenis ilmu. 

Kerana itu, isi kandungan Al-Quran mengisyaratkan arahan berfikir dan mengkaji. 

Lalu kajian Sains menunjukkan tiada satu pun isi kandungan Al-Quran yang bercanggah dengan sains, matematik, falsafah dan lain-lain ilmu. 

Al-Quran adalah Perlembagaan supaya kita tahu batas kita sebagai manusia. Dan tidak mengambil alih tugas Tuhan. 

Selain itu, Al-Quran menyatakan apa yang betul dan apa yang salah. Selagi apa yang kita lakukan tidak bercanggah dengan Al-Quran, maka, ia dibenarkan. 

Contoh :

Islam membenarkan teknologi dengan pelbagai cara, mencipta kereta, mencipta Komputer, mencipta roket, mencipta senjata.  Kerana ia bukti kekuatan fikiran. Ia memudahkan urusan manusia, bahkan menambah-baik urusan manusia. 

Tetapi, 

Apabila kereta digunakan untuk merompak, komputer digunakan untuk menggodam teknologi bank, roket digunakan untuk memusnahkan dunia, senjata digunakan untuk jenayah. Ia adalah perkara yang salah. Lalu ia diharamkan. 

Teknologi itu benar, tetapi perbuatan manusia itu yang salah. 

Jadi,

Dimana mundurnya Islam? 

Begitu juga dengan harta dan wang ringgit. 

Kumpul sebanyak mana harta kamu inginkan, duit 2.6B, 6.61B, atau 90M. Ikutlah kemahuan mana yang kamu ingin kumpul. Ia adalah dibenarkan. 

Kekayaan itu juga melambangkan kehebatan Islam. 

Tetapi, apabila kamu kaya dengan cara merompak, menindas pengguna, memgambil rasuah, culas membayar zakat yang 2.5% dari jumlah harta. 

Maka, 

Itu yang tidak dibenarkan Islam. 

Di mana Mundurnya Islam? 

Islam tidak mundur, 

Tetapi, 

Diri kita yang menganggap mundur kerana cara Islam menghalang kita dari berleluasa. 

Kita ingin menguasai segalanya dengan cara kita. 

Tidak mahu ada kuasa yang membatasi kita. 

Apabila sikap ini menguasai diri, 

Ketahuilah, diri kita telah dikuasai nafsu.
Dan diri kita telah bersikap sombong. 

Tidak mengaku lagi? 
Maka, 

Sedarlah, ego kita telah menyebabkan diri kita menjadi Takabbur. Membesarkan diri dari orang lain dan Tuhan. 

Masih melawan? 

Tidak hairanlah, ada orang memilih jalan untuk tidak bertuhan. Atheist. 

Kerana tidak mahu terbatas dengan peraturan. 

Maka, 

Ketahuilah, diri kita lebih sesat dari haiwan. Haiwan masih lagi mengikut peraturan Alam. Kita pula, melanggar semua peraturan. 

Kamu bukan Atheist. Tetapi kamu menganggap diri kamu itu tuhan. 

اللهم صلي على محمد وعلى آله وصحبه أجمعين. 

#Muhasabah

P/S pesanan ini untuk diriku dan para sahabat, sama ada Islam ataupun yang belum-Islam. Nafsu kita sama. Yang berbeza hanyalah kepercayaan kita.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?