Qunut dibaca Jahar atau kuat pada keseluruhan bacaan.

Imam baca slow doa Qunut bahagian Faiinaka Taqdhi.

Di dalam Doa Qunut yang selalu dibaca, ada  3 bahagian iaitu:

1- Permintaan.
2-  Pujian kepada Allah (الثناء) 
3-  Selawat ke atas Nabi.

Bahagian permintaan ialah kita meminta kepada Allah supaya memberi hidayah, afiah (kesihatan), pemeliharaan, keberkatan dan keselamatan daripada keburukan yang telah ditakdirkanNya. Setelah selesai meminta kepada Allah, maka kita pun memuji ALLAH dengan mengucapkan:

فإنك تقضي ولا يقضى عليك،  

Maksudnya: Maka Sesungguhnya Engkaulah yang menghukum (mentakdirkan sesuatu) dan tidaklah Engkau yang kena hukum.(yakni tiada yang akan dapat memberi mudarat  kepada Allah)

إنه لا يذل من واليت
Sesungguhnya tiada kehinaan bagi sesiapa yang yang telah Engkau pimpin (beri kemuliaan)

ولا يعز من عاديت

Dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi.

تباركت ربنا وتعاليت

Maha suci Engkau dan Maha Tinggi Engkau Wahai Tuhan kami.

Isu

Apabila solat berjemaah, Imam yang akan mewakili kita membacakan doa Qunut. Maka part yang pertama iaitu permintaan, maka makmum perlu berkata āmīn yang bermaksud wahai Allah perkenankanlah.

Apabila tiba ke part yang kedua iaitu pujian kepada Allah maka sebahagian Imam terus memperlahankan suaranya lalu makmun pun membaca sekali bersama Imam dengan suara yang perlahan. 

Ralatnya ialah pada Imam yang memperlahankan suara. Sepatutnya imam kekal membaca dengan jahar (keraskan suara) bukan dengan sirr (perlahan). 

Tapi takkan orang dulu salah kot? Takkan imam-imam kami salah kot? Ustaz pun baca perlahan part tu. 

Jawapannya:

Perkara ini terhasil kerana kekeliruan memahami teks kitab. Jadi saya tampilkan teks yang menjadi kekeliruan.

Dalam Fathul Mu'in

أما الثناء وهو: فإنك تقضي - إلى آخره - فيقوله سرا.

Adapun bahagian pujian: iaitu -فإنك تقضي- sehingga habis- maka "dia" ucapkannya secara sirr (perlahan).

Kekeliruan terhasil apabila dipahami "dia" pada teks ini merujuk kepada Imam. Walhal yang sebenarnya "dia" itu merujuk kepada makmum. 

Maksudnya makmum tak perlu kata amin seperti bahagian permintaan kerana ianya adalah pujian. Maka selayaknya makmun juga mengikuti bacaan imam tapi dengan perlahan. Yelah, kau makmum takkan nak sailang Imam baca kuat-kuat. 

Buktinya dengan merujuk kepada syarah Ulama Syafiiyah bagi teks ini dan juga merujuk kepada kitab-kitab lain yang membicarakan perihal doa qunut. 

Dalam kitab I'anah al-Tolibin dalam mensyarahkan lafaz-lafaz kitab Fathul Mu'in:

(قوله: فيقول سرا) أي أو يقول: أشهد، أو: بلى وأنا على ذلك من الشاهدين، أو نحو ذلك، أو يستمع. والأول أولى.

perkataan "dia" mengucapkam secara perlahan atau "dia" katakan أشهد (aku bersaksi) atau 
Bahkan sesungguhnya aku dari kalangan yang telah menyaksikan atau seumpamanya atau "dia" dengar sahaja (yakni dia diam dan dengar tanpa ucap apa-apa). Dan yang pertama adalah yang lebih utama.

Perhatikan "dia" ini merujuk kepada Imam atau makmum? Sudah pastilah merujuk kepada makmum. Makmum ada pilihan samada baca sekali atau sebut ashadu atau diam sahaja. Namun kata pengarang pilihan pertama adalah lebih utama yakni membaca bersama imam dengan perlahan. 

Jelas di sini yang membaca secara perlahan adalah makmum bukannya imam. 

Begitu jugalah yang dikatakan Imam Nawawi dalam Majmu':

"وأما الثناء وهو قوله فإنك تقضي ولا يقضى عليك إلى آخره فيشاركه في قوله أو يسكت والمشاركة أولى لأنه ثناء وذكر لا يليق فيه التأمين"

Begitu juga Imam al-Syairazi dalam al-Muhazzab.

ويستحب له أن يشاركه في الثناء لأنه لا يصلح التأمين على ذلك فكانت المشاركة أولى

Begitu juga kata Syeikh al-Islam Zakariya al-Ansori dalam  athna al-Matholib:

وفي الثناء يشارك الإمام سرا، أو يستمع له؛ لأنه ثناء وذكر لا يليق به التأمين

Insyaallah saya akan bentangkan  pelbagai lagi rujukan dalam buku yang sedang ditulis dan jawapan yang mengatakan ada juga pandangan marjuh dalam mazhab syafie yang mengatakan imam baca perlahan.

Wallhualam.
Salinan dari tulisan
Akhukum Fillah
MAHAT

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?