Sejarah Syirik
✏️ Sejarah Syirik.
بسم الله االرحمن الرحيم،
Ibnu Jarir (2/334)menukilkan daripada Ibnu Abbas RA. Bahawa beliau menceritakan tentang kesyirikan manusia.
Kata Ibnu Abbas RA. Manusia tidak pernah syirik kepada Allah sebelum zaman Nabi Nuh AS. Antara Nabi Adam AS hingga Nabi Nuh AS terdapat 10 generasi (1000 tahun).
Ketika zaman Nabi Nuh AS, manusia mula memyembah selain daripada Allah. Lalu Allah utus Nabi Nuh AS. Tetapi yang mendengar seruan Nabi Nuh AS tidak sampai 100 orang selepas 950tahun berdakwah. Maka Allah bersihkan dunia ini dari kesyirikan.
Selepas Nabi Nuh AS wafat, anak dan pengikutnya yang taat telah membina peradaban dunia dan melahirkan zuriat yang baharu.
Sampai satu saat, para pengikut Nabi Nuh AS juga mati. Oleh kerana sifat soleh mereka, mereka diingati dan para manusia pada ketika itu membina tugu / patung sebagai tanda peringatan dan penghormatan. Tetapi mereka tidak menyembah tugu tersebut.
Selepas itu, muncul generasi baharu yang memuliakan mereka secara berlebihan. Menghiasi tugu, patung tersebut lalu diberi nama sempena nama sahabat Nabi Nuh tersebut.
Antara orang soleh tersebut, terdapat lima orang yang terkenal iaitu Wad, Suwa', Yaghut, Ya'uq dan Nasra. Lalu tugu itu diberi nama sempena nama orang soleh ini.
Tetapi mereka tidak menyembah tugu tersebut.
Selepas itu, muncul generasi baharu yang menjadikan patung itu perantara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Melakukan upacara tertentu pada tugu tersebut.
Akhirnya, tugu itu menjadi sesembahan mereka kerana menganggap patung tersebut memiliki keramat atau kuasa tertentu. Melihat patung itu terasa seperti tenang, seperti melihat tuhan.
______________________________________________________________________
Inilah kisah bermulanya kesyirikan manusia. Mencari tuhan yang boleh dilihat sebagai kepuasan.
Juga mencari sesuatu benda sebagai perantara kononnya untuk mendekatkan diri kepada tuhan.
Sumber dari Tafsir Ibnu Katsir, surah Al Baqarah 2:213.
Comments
Post a Comment